Abang Long Fadil 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abang Long Fadil 2
PengarahSyafiq Yusof
Lakon layarSyafiq Yusof
BerdasarkanKL Gangster oleh
Syamsul Yusof
Dihasilkan olehDatuk Yusof Haslam
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Disunting olehSyafiq Yusof
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
24 Ogos 2017 (Malaysia, Singapura & Brunei)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 3.2 juta[1]
Pecah panggungRM 18.15 juta[2][3]

Abang Long Fadil 2 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan dan lakon layar oleh Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.[4][5] Filem ini meranting dengan watak-watak sampingan dari filem pokok KL Gangster dan berkesinambungan kepada filem 2014 Abang Long Fadil yang juga ditulis dan diarahkan oleh Syafiq Yusof.[6][7][8] Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato' AC Mizal, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib,[a] A. Galak dan Mas Khan. Ia mengisahkan Fadil yang telah disalah anggap sebagai seorang pembunuh upahan profesional bernama Tiger. Beliau secara terpaksa ditarik masuk ke dalam kancah kongsi gelap diketuai Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Tania menjayakan watak sebagai Yana, kekasih Fadil dan juga seorang wartawan ditugaskan untuk meliputi kes Tiger manakala Syamsul sebagai Inspektor Wahab sedang menyiasat kes yang sama.[9][10][11]

Penggambaran dijalankan pada November 2015, manakala pasca-penerbitan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.[12] Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 di 130 panggung wayang seluruh negara selama 56 hari.[13][14] Filem ini merupakan kejayaan komersial dan kritikal, memperolehi sebanyak RM17.9 juta keseluruhan,[15] menjadikannya filem Malaysia dengan kutipan tertinggi pada 2017 dan filem Malaysia dengan kutipan tertinggi keseluruhan, mengatasi filem Polis EVO (2015).[16][17] Filem ini merupakan antara filem baharu yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia ke-29 yang berlangsung pada 23 September 2017.[18] Pada Disember 2017, Abang Long Fadil 2 telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem tempatan terbaik 2017 oleh Harian Metro.[19]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus ke dalam dunia kongsi gelap, didalangi oleh Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) dan Inspektor Shuib (Shuib Sepahtu) sebagai pengganas upahan kejam bernama Tiger. Pada masa yang sama, Yana (Tania Hudson), seorang wartawan TVKL yang sering membuat liputan kes kes pembunuhan Tiger, juga terperangkap menjadi mangsa buruan yang dihadapi Fadil. Fadil terpaksa hidup sebagai pembunuh walaupun tidak bersalah. Sasaran pertama beliau adalah King Kong (AC Mizal), seorang kongsi gelap gila dan musuh kepada Taji Samprit. Pelbagai insiden dan situasi berlaku pada Fadil sebagai pembunuh upahan. Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah.

Pada waktu malam, Fadil pergi ke kelab King Kong dengan menyamar sebagai peguam King Kong. Tetapi apabila mereka ternampak pisau itu King Kong dibunuh, maka polis sampai di kelabnya yang mana Tiger (Fadil) membunuh King Kong. Inspektor Wahab dan rakannya mengejar Tiger (Fadil) dengan menaiki motosikal, menyebabkan kereta polis ditimpa kemalangan selepas lori yang sarat membawa silinder gas terjatuh dan Inspektor Wahab dan pegawainya dicedera semasa mengejar Tiger (Fadil).

Keesokan harinya, Wak Doyok membayar RM 10 juta dan mengupah Fadil untuk membunuh seorang lagi iaitu Taji Samprit kerana dia telah mengupahnya membunuh maknya sendiri. Wak Doyok menyuruh Fadil untuk membunuh Taji Samprit dan merampas loket yang ada kunci disimpan oleh bapanya sendiri. Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib melawat ke rumah Yana dan menyoal siasat bahawa pembunuhan Datin Mona yang dibunuh Tiger. Inspektor Wahab menasihati kepada Yana bahawa suspek itu berbahaya. Ketiga-tiga mereka telah diserang oleh Cobra, abang kepada King Kong dan kereta TVKL yang dinaiki mereka terbabas.[b] Selepas ditimpa kemalangan, Fadil menyuruh Ali dan Yana supaya pergi dan membiarkan tinggal seorang dirinya. Pertaruhan di antara Cobra dan Fadil sehingga Fadil insaf kepada Cobra dan membawa Cobra ke rumahnya yang ada duit RM500 juta.

Pada waktu yang sama, Wak Doyok terkejut apabila bapanya masih hidup, sehingga bapanya menyuruh geng-gengnya menghapuskan anaknya sendiri. Wak Doyok hampir menumpaskan geng-geng Taji Samprit, termasuk Rudy. Wak Doyok bertarung dengan bapanya, sehingga bapanya menumpas Wak Doyok. Taji Samprit cuba untuk membunuh Wak Doyok, tetapi dibunuh oleh Tiger. Tiger menjelaskan kepada Wak Doyok bahawa Fadil adalah gengster kelas bawahan. Wak Doyok marah dan menyuruh Tiger untuk membunuh Fadil.

Di kawasan gudang, Fadil mencampak loket kepada Wak Doyok dan Wak Doyok melepaskan Yana sehingga Tiger dan Wak Doyok bersama-sama untuk membunuh Fadil. Bermula dalam pertembungan terakhir, Fadil dan Yana melarikan diri sehingga Wak Doyok bertarung dengan Fadil. Manakala Cobra bertarung dengan Tiger untuk membalas dendam atas kematian adiknya. Fadil hendak membunuh Wak Doyok, sehingga Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib mengepung semua kawasan gudang. Inspektor Shuib menyasarkan Inspektor Wahab kerana Shuib tahu dia merupakan sebagai orang kanan Taji. Tetapi Inspektor Wahab menjelaskan bahawa Fadil tidak bersalah. Walau bagaimanapun, Inspektor Wahab mengupah Rudy berkerja sebagai polis. Inspektor Wahab mengingatkan bahawa penyamaran Tiger iaitu Ali.

Bersambung dalam pertembungan terakhir, Cobra dibunuh oleh Ali. Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib mengejar Ali sehingga Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib menembak Ali dengan bahan letupan. Ali bangkit semula, Inspektor Wahab berjaya membunuh Ali. Wak Doyok bertarung dengan Fadil sekali lagi, sehingga Wak Doyok menumpaskan Fadil. Wak Doyok hendak membunuh Fadil tetapi dihalang oleh Yana yang telah ditembak oleh Wak Doyok. Fadil sangat marah, lalu bertarung Wak Doyok. Fadil berjaya menumpaskan Wak Doyok lalu pihak polis membekas Wak Doyok. Yana telah dihantar ke hospital akibat ditembak di tangannya. Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib mengucapkan terima kasih kepada Fadil kerana membantu pihak polis dan membebaskan Fadil.

Di penghujung cerita, Fadil membuka kontena Taji dengan menggunakan rantai yang ada kunci. Dalam kontena itu, terdapat banyak duit berjuta yang disimpan oleh Taji. Kini Fadil dan Yana bergembira dengan kekayaan itu. Fadil berjaya memiliki kereta dan Datuk Yusof Haslam akan membuat filem 'Abang Long Fadil 3'. Fadil akan membuat filem 'Abang Long Fadil vs Teransformer' tetapi ia tidak akan dikeluarkan di pawagam kerana Fadil telah masuk penjara.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Mas Khan sebagai Inspektor Rudy
  • Delimawati sebagai Datin Mona
  • Hafiz Bahari sebagai Kuncu King Kong
  • Syed Haikal sebagai Pengawal keselamatan
  • Ashraf Rahman sebagai Mat moto

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Majlis pelancaran filem ini telah diadakan pada 13 November 2015 di Restoran Haslam, Kuala Lumpur. Penggambaran dijalankan dua hari kemudian, iaitu pada 15 November 2015 di sekitar Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Putrajaya serta mengambil masa selama 50 hari, dan berakhir pada 3 Januari 2016.[20] Sebanyak 30% daripada filem ini melibatkan imej janaan komputer (CGI).[21] Zizan kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil, untuk filem ini, beliau melakukan aksi lagak ngeri.[22] Ketika penggambaran dijalankan, penerbit Datuk Yusof Haslam bertekak dengan Syafiq ekoran babak pertarungan yang mengambil masa enam hari untuk disiapkan.[23]

Untuk menjadikan Abang Long Fadil 2 lebih realistik, Syafiq memuatkan elemen Hollywood dengan memuatkan babak Transformers seperti dalam filem pertama, Syafiq menjelaskan ia adalah kepuasan sendiri di samping memberi sesuatu yang berbeza untuk penonton.[24] Ketika pra-penerbitan filem ini dijalankan, pelakon Kamal Adli yang memegang watak Adam dalam filem pertama, dilaporkan telah digugurkan daripada membintangi Abang Long Fadil 2 bagi mengelakkan sebarang konflik ketika penggambaran berlangsung. Syafiq berkata: "Saya jelaskan apa yang berlaku bukan kami gugurkan Kamal tetapi kami hanya kekalkan Zizan seorang sahaja dalam filem itu. Manakala pelakon-pelakon lain kesemuanya adalah pelakon baharu atau yang tidak pernah ada dalam filem pertama sebelum ini,".[25] Bapa Syafiq, Yusof Haslam membuat penampilan khas.[d] Manakala abangnya, Syamsul Yusof yang sebelum ini menjayakan filem pertama dengan melakonkan tiga watak dari tiga filem arahannya, memegang watak sebagai Inspektor Wahab bersama Shuib Sepahtu yang memegang watak Inspektor Shuib. A. Galak yang sebelum ini memegang watak Taji Samprit dalam filem Bayangan Maut (1991), kembali menjayakan peranannya dalam filem ini.

AC Mizal yang kali terakhir berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie II (2002) terbitan Skop Productions, memegang watak sebagai Kingkong dan Cobra. Abang Long Fadil 2 merupakan filem ketiganya bersama Skop dan filem pertama lakonannya dalam tempoh 10 tahun.[26] Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok menjayakan watak dirinya sendiri, sebagai anak kepada Taji Samprit lakonan A. Galak.[27][28] Poster filem ini direkabentuk oleh Kukubesi yang sebelum ini merekabentuk poster untuk filem Mat Moto dan Desolasi, kedua-duanya juga arahan Syafiq.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Promosi[sunting | sunting sumber]

Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem Abang Long Fadil 2 telah dimuat naik di akaun YouTube Astro Gempak pada 18 Julai 2017 dan telah mencatat melibihi 879,478 tontonan.[29] Ia dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai 2017 dalam rancangan meleTOP di Astro Ria,[30] Sementara Di Belakang Tabir filem ini telah disiarkan di semua stesen televisyen di seluruh negara termasuk TV3, Astro Ria dan Astro Citra.[31]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan umum Abang Long Fadil 2 bermula di pawagam seluruh negara bermula 24 Ogos 2017. Sebanyak 120 pawagam di seluruh Malaysia menayangkan filem ini. Filem ini juga ditayangkan di Singapura dan Brunei. Menurut Datuk Yusof Haslam, pemilik rangkaian pawagam atau pemamir memberi keyakinan tinggi kepada Abang Long Fadil 2 hingga menawarkan tempat yang banyak untuk tayangannya.[32] Syafiq kemudiannya menyatakan rasa cuak kerana hanya empat orang sahaja yang tonton Abang Long Fadil 2 di sebuah pawagam di KLCC (TGV KLCC).[33]

Zizan kemudiannya menyatakan rasa terharu bahawa kejayaan Abang Long Fadil 2 bukan hanya beliau seorang sahaja, tetapi semua warga kerjanya.[34]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Dalam tempoh 5 hari tayangan rasminya, Abang Long Fadil 2 berjaya mencatat kutipan memberangsangkan sebanyak RM5 juta, sekaligus mengatasi filem-filem dari luar negara.[35] Menurut laporan Astro Gempak, kutipan filem ini juga berjaya mengatasi kutipan filem prekuelnya iaitu Abang Long Fadil jika dibandingkan mengikut hari tayangan.[36][37][38][39] Filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM700,000 semasa tayangan perdananya di Kuala Terengganu, Terengganu.[40] Abang Long Fadil 2 berjaya mengaut kutipan pecah panggung sebanyak RM13 juta dalam masa dua minggu tayangan,[41][42][43][44] sekaligus membenamkan rekod kutipan yang dipegang oleh Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar juga dibintangi oleh Zizan.[45][46] Selepas 3 minggu tayangan, filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM16 juta sekaligus mengatasi kutipan filem prekuelnya iaitu Abang Long Fadil berbanding hari tayangan setakat pada 17 September 2017.[47][48][49] Pada hari terakhir tayangannya, filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM17.9 juta sekaligus mengatasi kutipan RM17.8 juta yang diraih oleh filem Polis EVO yang juga merupakan terbitan Astro Shaw.[50][51][52][53][54][55][56]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Abang Long Fadil 2 mendapat ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem. Adam Salleh dari Harian Metro menyifatkan asas pembikinan filem Abang Long Fadil 2 tidak lari kerana sarat dengan aksi, sudut penggambaran menepati filem gambaran dan sesekali terselit dialog serta adegan lucu membuatkan penonton terbahak dan unsur suspen. Beliau turut membandingkan filem ini dengan filem Hollywood, Baby Driver arahan Edgar Wright dari segi nilai moral.[57] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online memuji filem ini dari segi garapan plot dan jalan cerita. Beliau mempunyai alasan tersendiri mengenai filem ini dan berkata: "Ternyata Abang Long Fadil 2 dihasilkan dengan penuh kekemasan dengan jalan cerita yang lebih menarik dan mudah difahami sekaligus memenuhi kehendak pasaran massa yang sentiasa dahagakan filem bercorak sedemikian.[58] Angelin Yeoh, menulis untuk Star2 mengulas bahawa filem ini ialah "aksi komedi yang menghiburkan dengan lebih banyak kejutan. Filem ini mempamerkan urutan tindakan yang memaparkan sejenis pelakon yang anda fikir tidak akan dapat melepaskan adegan melawan.". Beliau memberikan taraf 7 hingga 10 bintang untuk filem ini.[59] Aina Izzah menulis untuk The Daily Seni berkata: "agak jelas bahawa pelakon tidak meninju satu sama lain yang membuatnya sukar untuk terkesan."[60] Portal web Toodia dalam ulasan mengenai filem ini dan memberikan taraf 3.5 bintang berkata "Abang Long Fadil 2 penuh dengan ketenangan komedi yang akan semua orang ketawa dari awal hingga akhir. Campuran dinamik pelakon baru dan veteran bekerja dengan baik untuk dialog humor dan adegan aksi."[61]

Maklum balas[sunting | sunting sumber]

Menurut Astro Gempak, ramai di kalangan penonton memberi maklum balas positif terhadap Abang Long Fadil 2, malah ada antara netizen menyuarakan hasrat untuk menonton filem ini lagi di pawagam[62] dan berharap ia diteruskan ke trilogi.[63]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Ogos 2017, industri perfileman negara dikejutkan dengan penyebaran rakaman sedutan video filem Abang Long Fadil 2 di internet tanpa kebenaran. Ekoran insiden itu, Datuk Yusof Haslam membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati sebagai langkah untuk memastikan ia tidak berulang.[64] Empat hari selepas tayangan perdananya, filem ini dirompak kali kedua, dan ia dimuatnaik oleh individu tidak bertanggungjawab di laman perkongsian video, YouTube. Ketua Pegawai Eksekutif Astro Shaw, Najwa Abu Bakar membuat laporan polis berhubung kes tersebut.[65][66][67] Datuk Yusof dan Najwa menegaskan pihak Skop dan Astro Shaw tidak akan berkompromi berhubung kes berkenaan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.[68] Skop Productions dan Astro Shaw juga telah memaklumkan perkara ini kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan membuat pemantauan berhubung insiden ini.[69]

Muzik[sunting | sunting sumber]

"Senorita"
Single oleh Syamsul Yusof, AC Mizal dan Shuib Sepahtu
Dilancarkan pada1 Ogos 2017
Dirakamkan pada2017
GenreHip hop
Panjang3:43 minit
SyarikatArteffects International
PenulisSyamsul Yusof, Anwar Fazal
PenerbitAstro Shaw
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu OST untuk filem ini ialah "Senorita" oleh Syamsul Yusof, AC Mizal dan Shuib Sepahtu.[70] Muzik video untuk lagu ini telah dimuatkan ke dalam YouTube pada 1 Ogos 2017 dan mendapat sambutan positif dari pendengar.[71] Ia boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes[72] dan penstriman digital di Spotify.[73] Selain itu, Zizan turut menyumbangkan suaranya untuk OST filem ini menerusi lagu "Kaki Licik".[74][75] Lagu "Peace Y’All" nyanyian AC Mizal turut dimuatkan dalam filem ini.

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[72][74]
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Senorita"Syamsul YusofSyamsul Yusof, AC Mizal dan Shuib Sepahtu4:02
2."Kaki Licik"Sabbala & Daney On The Beat, Amzar Viral & Adik ViralZizan Razak3:06
3."Peace Y’All"AC Mizal3:22


Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 1 Ogos 2017 Muat turun digital[72] Arteffects International

Tayangan media[sunting | sunting sumber]

Abang Long Fadil 2 telah ditayangkan buat pertama kalinya di televisyen untuk tontonan rumah yang mana pelanggan ASTRO boleh melanggannya di saluran Astro First Saluran 480. Filem ini telah dipertontonkan serentak buat julung kalinya di televisyen menerusi Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 24 Jun 2018 jam 10 malam, manakala siaran ulangan pada 25 Jun 2018 jam 9 malam.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima Karya tercalon Kategori Keputusan Rujukan
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Syafiq Yusof Abang Long Fadil 2 Filem Box Office Menang [76][77]
Filem Terbaik Tercalon
Tania Hudson Pelakon Harapan Wanita Tercalon
2018 Anugerah Skrin 2018 Syafiq Yusof Filem Terbaik Tercalon

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Abang Long Fadil 3 (2022)[sunting | sunting sumber]

Susulan kejayaan Abang Long Fadil 2, Yusof Haslam berkata pihaknya mengesahkan kesinambungan Abang Long Fadil 3 akan diteruskan melibatkan kos sebanyak RM4 juta dan penggambaran akan bermula selepas Aidilfitri sekitar penghujung Jun 2018,[78] dengan Zizan kekal menjayakan watak utama.[78] Kos pembikinan dianggarkan RM4 juta. Penggambarannya dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri 2018 iaitu selepas filem KL Special Force pada 8 Mac 2018.[79][80] Syafiq dilaporkan berhasrat untuk menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah produk francais.[81][82][83]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dikreditkan sebagai Syuib Sepahtu.
  2. ^ Adegan kemalangan dalam filem ini diinspirasikan oleh adegan kemalangan pada penghujung filem Evolusi KL Drift (2008) dan Evolusi KL Drift 2 (2010).
  3. ^ Watak ini pernah dilakonkan oleh A. Galak dalam filem Bayangan Maut (1991).
  4. ^ Datuk Yusof Haslam membuat penampilan khas pada adegan awal dan akhir, diinspirasikan oleh Rosyam Nor yang membuat penampilan khas pada adegan awal dan akhir filem MX3 (2003) arahan Yusof Kelana.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Akmal Abdullah (22 November 2015). "Filem 'Abang Long Fadil 2' bakal jalani penggambaran 50 hari, kos RM3.2 juta". Tabloidseni.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-21. Dicapai pada 2016-04-11.
  2. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2017". Finas.
  3. ^ CLARISSA CHUNG, CRYSTAL CHIAM SHIYING and R. ARAVINTHAN (10 Oktober 2017). "'Abang Long Fadil 2' breaks box office record". The Star (Malaysia). Dicapai pada 25 Mei 2018.
  4. ^ "Astro Shaw dan Skop Productions berganding hasilkan Abang Long Fadil 2". Astro Awani. 11 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ "8 Sebab Anda Patut Tengok Abang Long Fadil 2!". Astro Gempak. 8 September 2017. Dicapai pada 9 September 2017. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". Kosmo!. 6 August 2017. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ "Abang Long Fadil 2 bakal 'mengamuk'". Astro Awani. 5 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  8. ^ "Abang Long Fadil 2 kembali mengegarkan pawagam pada 24 Ogos ini". Astro Awani. 11 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ "'Abang Long Fadil 2' leading Malaysia's 2017 box office chart". The Malay Mail. 9 September 2017. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  10. ^ Mumtaj Begum (2 Oktober 2017). "'Abang Long Fadil 2' is the new king of Malaysian cinema". MSN. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (30 Ogos 2017). "Penonton 'gemarkan' Abang Long Fadil 2". Harian Metro. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  12. ^ "Abang's back with a bang!". New Straits Times. August 28, 2017.
  13. ^ "Abang Long Fadil 2 pecah rekod". Media Permata. 30 Ogos 2017.
  14. ^ "Abang Long Fadil 2 Layak Dianggap Sebagai Filem Bertaraf Antarabangsa". Bro Framestone. 31 Ogos 2017.
  15. ^ Mumtaj Begum (2 Oktober 2017). "'Abang Long Fadil 2' is the new king of Malaysian cinema". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-28. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  16. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2017". Finas.
  17. ^ Aqmar Mustaza (9 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 2 pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  18. ^ "Abang Long Fadil 2, Bisik Pada Langit Antara 53 filem Bertanding Di FFM29" (1 Oktober 2017). Astro Gempak. 20 September 2017. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  19. ^ Michelle Gun (25 Disember 2017). "Karya tempatan terbaik 2017". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  20. ^ Kemalia Othman (15 November 2015). "Zizan Cari Jalan Paling Baik Jika Ada Tawaran Bersama Kamal Adli". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 16 November 2015.
  21. ^ "Zizan Razak takes on Wak Doyok in new film". star2.com. Dicapai pada 2015-11-30. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  22. ^ Najiy Jefri (5 September 2017). "Dapat kepuasan". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  23. ^ Kamaruddin Razal (15 Ogos 2017). "Kerana Abang Long Fadil 2, Yusof Haslam Bertekak Dengan Anak Sendiri". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  24. ^ Aqmar Mustaza (19 Ogos 2017). "Syafiq suntik elemen Hollywood dalam ALF2". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Mei 2017.
  25. ^ Kemalia Othman (15 November 2015). "Zizan Cari Jalan Paling Baik Jika Ada Tawaran Bersama Kamal Adli". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 16 November 2015.
  26. ^ Kamaruddin Razal (16 Ogos 2017). "Menyepi hampir 10 tahun, AC Mizal kembali bintangi filem". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Ogos 2017.
  27. ^ Angelin Yeoh (29 Ogos 2017). "Wak Doyok suits up role in Abang Long Fadil 2". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  28. ^ "Wak Doyok Terus Berlakon Jika 'Abang Long Fadil 2' Box Office". mstar.com. 11 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 2018-02-20.
  29. ^ "ABANG LONG FADIL 2 - Official Trailer [HD] DI PAWAGAM 24 OGOS 2017". YouTube. Dicapai pada 7 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  30. ^ "Trailer Abang Long Fadil 2 dilancar malam ini". Astro Awani. 18 Julai 2017. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  31. ^ "Di Sebalik Tabir Abang Long Fadil 2". YouTube. Dicapai pada 28 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  32. ^ Rozdan Mazalan (20 Ogos 2017). "Abang Long Fadil 2 ditayang di 120 pawagam". Berita Harian. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  33. ^ Nadia Azam (19 September 2017). "Syafiq cuak cuma 4 orang tonton Abang Long Fadil 2". Malaysiakini. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  34. ^ Mohamad, Zaidi (31 Ogos 2017). ""Kejayaan ALF2 bukan kerana saya seorang": Zizan Razak". Berita Harian. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  35. ^ Sudirman Mohd Tahir (30 Ogos 2017). "Penonton 'gemarkan' Abang Long Fadil 2". Harian Metro. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  36. ^ "Abang Long Fadil 2 Kutip RM5 Juta Dalam 5 Hari". Infomamak. 30 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  37. ^ "Abang Long Fadil 2 Kutip RM5 Juta Dalam 5 Hari". Rotikaya. 30 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  38. ^ "Abang Long Fadil 2 kutip RM5 juta". Sarawakiana. 1 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-22. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  39. ^ "Sambutan Luar Jangkaan! 5 Hari Tayangan Abang Long Fadil 2 Kutip Lebih RM5 Juta!". Soya Lemon. 30 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  40. ^ Aslina Abu Bakar (31 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 2 kutip RM700,000 di Terengganu". Berita Harian. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  41. ^ Idzham Mispan (6 September 2017). "Baru dua minggu ditayangkan, 'Abang Long Fadil 2' raih kutipan RM13 juta". Astro Awani. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  42. ^ "Pecah panggung, filem ALF2 kutip RM13 juta dalam dua minggu". The Malay Mail Online. 6 September 2017. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  43. ^ Angelin Yeoh (7 September 2017). "Action-comedy 'Abang Long Fadil 2' earns RM13mil in just 13 days". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-28. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  44. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (6 September 2017). "Abang Long Fadil 2 catat kutipan RM13 Juta". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  45. ^ Rozdan Mazalan (1 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 2 benam rekod Polis Evo". Berita Harian. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  46. ^ Rozdan Mazalan (6 September 2017). "Abang Long Fadil 2 kaut RM13 juta". Berita Harian. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  47. ^ "3 Minggu Tayang, Abang Long Fadil 2 Kutip RM16 Juta". Rotikaya. 17 September 2017. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  48. ^ Syed Zakier Faruqi (17 September 2017). "Abang Long Fadil 2 Raih Kutipan Lebih RM16 Juta". Suara TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-25. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  49. ^ Wani Arifin (17 September 2017). "Tiga munggu RM16 juta, tahniah Abang Long Fadil 2!". Suara TV. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  50. ^ "Pecah rekod, 'Abang Long Fadil 2' kutip RM17.9 juta atasi 'Polis Evo'". Projek MMO. 3 Oktober 2017. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  51. ^ "Abang Long Fadil 2 Catat Sejarah Box Office Malaysia". Malaysian Digest. 2 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-25. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  52. ^ "Abang Long Fadil 2 Catat Rekod Baru Jualan Tertinggi!". My News Hub. 2 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-25. Dicapai pada 25 Mei 2018. Sejak mula ditayangkan 24 Ogos lalu, filem Abang Long Fadil 2 sememangnya mendapat tempat di hati penggemar filem Melayu.
  53. ^ HM Digital (3 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 2 kutip RM17.9 juta". Harian Metro. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  54. ^ Khadijah Ibrahim (2 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 2 kutip RM17.9 juta". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-25. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  55. ^ Siti Nursyazwani (2 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 2 kutip RM17.9 juta, di tangga pertama 'box office' Malaysia". Astro Awani. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  56. ^ Siti Nursyazwani (2 Oktober 2017). "'Abang Long Fadil 2' tops local box office, beats 'Polis Evo' record". Astro Awani. Dicapai pada 28 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  57. ^ Adam Salleh (30 Ogos 2017). "Menilai kelebihan moral Abang Long Fadil 2 dan Baby Driver". Harian Metro. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  58. ^ Shazryn Mohd Faizal (30 Ogos 2017). "'Abang Long Fadil 2' Lebih Kemas". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-25. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  59. ^ Angelin Yeoh (2 September 2017). "Review: Abang Long Fadil 2". Star2 Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-25. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  60. ^ Aina Izzah (29 Ogos 2017). "ABANG LONG FADIL 2: ALL THAT GLITTERS IS NOT GOLD". The Daily Seni. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  61. ^ "Abang Long Fadil Review – Coming Soon Highlights". Toodia. 6 September 2017. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  62. ^ "Tak Puas Tengok Sekali – Netizen Mahu 'Repeat' Tengok Abang Long Fadil 2 di Pawagam". Astro Gempak. 9 September 2017. Dicapai pada 11 September 2017.
  63. ^ "Patut Sambung Ke Trilogi, Filem Abang Long Fadil 2 Pecah Rekod Jualan Tertinggi!". Astro Gempak. 2 Oktober 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  64. ^ Lany Azman (23 Ogos 2017). "Sedutan filem Abang Long Fadil 2 bocor, Yusof Haslam buat laporan polis". Media Hiburan. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  65. ^ Izzati Ramli (28 Ogos 2017). "Filem Abang Long Fadil 2 dirompak lagi". Media Hiburan. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  66. ^ "Abang Long Fadil 2 Dirompak Kali Kedua". Astro Gempak. 29 Ogos 2017. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  67. ^ "Filem Abang Long Fadil 2 'Dirompak' Lagi". My News Hub. 28 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 23 Mei 2018. Sekali lagi pihak produksi filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah membuat laporan polis kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik sedutan filem tersebut di media sosial.
  68. ^ "Tiada kompromi lagi! - ALF 2 bocor, Datuk Yusof Haslam, Astro Shaw buat laporan polis". Astro Gempak. 23 Ogos 2017. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  69. ^ Rozdan Mazalan (24 Ogos 2017). "Abang Long Fadil 2 'dirompak', laporan polis dibuat". Berita Harian. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  70. ^ "Lagu Senorita OST Abang Long Fadil 2". Astro Awani. 1 Ogos 2017. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
  71. ^ "Seminggu Dilancarkan, Lirik Video Lagu Senorita Ditonton Hampir Setengah Juta Kali". Gempak.com.
  72. ^ a b c "Senorita (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 1 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  73. ^ "Senorita, a song by Syamsul Yusof, AC Mizal and Shuib". Spotify. 1 Ogos 2017. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  74. ^ a b "Kaki Licik (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 1 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  75. ^ Zaidi Mohamad (31 Julai 2017). "Lima jam siap - Zizan Razak". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  76. ^ Angelin Yeoh (30 December 2017). "Year of Champions: Director Syafiq Yusof and his success with 'Abang Long Fadil 2'". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 14 April 2018.
  77. ^ "'Abang Long Fadil 2' menang Anugerah Box Office". Utusan Malaysia. 24 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-27. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  78. ^ a b "'Abang Long Fadil 3' mula penggambaran 2018, kualiti bertaraf Hollywood!". Astro Awani. November 2, 2017.
  79. ^ Zaid Salim (31 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 3 bertaraf Hollywood". Astro Gempak. Dicapai pada 3 April 2018.
  80. ^ "Penggambaran Abang Long Fadil 3 Mula Tahun Depan". My News Hub. 1 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 3 April 2018. Kejayaan filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu berjaya memecah rekod penjualan tiket tertinggi yang dipegang oleh Polis Evo.
  81. ^ Nurul Fadila Awaludin (21 September 2017). "ALF bakal jadi karya francais Syafiq Yusof". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-13. Dicapai pada 29 September 2017.
  82. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (21 September 2017). "Filmmaker Syafiq mulls movie sequel". New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2017.
  83. ^ Angelin Yeoh (19 Februari 2018). "What's next for director Syafiq Yusof". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-01. Dicapai pada 23 Februari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]