Wikipedia:Calon rencana pilihan: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
|||
Baris 14: | Baris 14: | ||
{{:Wikipedia:Calon rencana pilihan/Hasan al-Kharrat/arkib1}} |
{{:Wikipedia:Calon rencana pilihan/Hasan al-Kharrat/arkib1}} |
||
{{:Wikipedia:Calon rencana pilihan/C/1996 B2 (Hyakutake)/arkib1}} |
{{:Wikipedia:Calon rencana pilihan/C/1996 B2 (Hyakutake)/arkib1}} |
||
{{:Wikipedia:Calon rencana pilihan/ |
{{:Wikipedia:Calon rencana pilihan/Kats |
||
{{:Wikipedia:Calon rencana pilihan/Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)/arkib1}} |
Semakan pada 14:19, 26 Jun 2018
Di sini, kita menentukan yang mana satu rencana bakal dipaparkan sebagai rencana pilihan. Rencana pilihan perlu mempunyai karya Wikipedia yang terbaik. Sila lihat: Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan? untuk kriterianya. Jika anda mencalonkan rencana, anda dijangka akan menjawab segala bantahan yang dikemukakan. Jika anda mencalonkan rencana yang anda telah mengerjakannya, sila catatkannya sebagai pencalonan diri. Anda boleh mencalonkan rencana melebihi dari dua. Jika anda hendak menerima maklum balas sebelum mencalonnya, sila senaraikan cadangan anda dalam Wikipedia:Ulasan sebaya. Jangan mencalonkan rencana melainkan sekiranya anda benar-benar mahu komuniti Wikipedia mempertimbangkannya. Persetujuan mestilah diperoleh sebelum sesebuah rencana boleh diiktiraf sebagai rencana pilihan. Jika masa yang agak panjang berlalu tanpa penyelesaian iaitu bantahan, pencalonan itu akan dialihkan daripada senarai calon dan diarkibkan. Lihat juga Wikipedia:Calon gambar pilihan. |
Navigasi Kandungan pilihan: Alatan rencana pilihan:
Sebelum membuat pencalonan rencana pilihan: Arkib:
|
Tatacara pencalonan
Penyokongan dan pembantahan
Salin kod dibawah dan tampal pada laman pencalonan yang anda cipta (cth:Wikipedia:Calon rencana pilihan/Fairy Tail/arkib1) <!-- Untuk pemohon --> ===[[Nama Rencana]]=== <noinclude>{{pagelinks|Nama rencana}}</noinclude> :<small>''Pencalon: {{user3|Nama pengguna anda}} ~~~~~''</small> <!-- Jangan bubuh pautan --> Ringkasan berkenaan rencana pilihan anda faham. Komen anda (pilihan). ~~~~ <!-- Untuk pengulas --> *'''Bantah''' Komen bantahan anda disini. ~~~~ *'''Sokong''' Komen sokongan anda disini. ~~~~ *'''Komen''' Berikan komen yang membina. ~~~~ |
Pencalonan rencana pilihan
Letakkan permohonan {{Wikipedia:Calon rencana pilihan/nama rencana yang dicalonkan/arkibNombor}}
yang anda cipta disini. (cth:{{Wikipedia:Calon rencana pilihan/Fairy Tail/arkib1}}
)
Fairy Tail
Fairy Tail (Jepun: フェアリーテイル, Hepburn: Fearī Teiru) ialah manga daripada mangaka Hiro Mashima. Sirinya bermula di Majalah Shōnen sejak 2 Ogos 2006 dan telah diterbitkan oleh Kodansha dalam 63 jilid tankōbon; bab-bab individu yang diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh Kodansha, dengan siri pertama diterbitkan pada 15 Disember 2006, dan jilid ke-63 diterbitkan pada 26 Julai 2017. Fairy Tail ini mengisahkan pengembaraan Natsu Dragneel, seorang ahli sihir (Jepun: 魔導士, Hepburn: madōshi), remaja yang menyertai persatuan Fairy Tail sambil mencari naga bernama Igneel. Dahulu pernah dicalonkan, tetapi pada masa itu terlalu banyak kekurangannya. Saya sudah kerahkan semuanya terhadap rencana ini. Jadi tahun ini, saya mahu mencuba semula menjadikan anime sebagai Rencana Pilihan di WBM. – SNN95 17:36, 14 Julai 2016 (UTC)
|
Uzumaki Naruto
- Pencalon: SNN95 (bincang) 14:32, 25 Mei 2018 (UTC)
Uzumaki Naruto merupakan protagonis fiksyen dari siri manga Jepun Naruto, dicipta oleh Masashi Kishimoto. Seorang remaja ninja yang riang, optimis dan suka bersahabat dengan rakan ninja lain, dia bercita-cita untuk menjadi pemimpin kampung fiksyennya, Konohagakure. Dia muncul dalam anime, filem, permainan video dan animasi video original, serta sekual Boruto: Naruto Next Generations, bersama anaknya Boruto Uzumaki sebagai protagonis. Kishimoto pada mulanya bertujuan untuk membiarkan watak Naruto "sederhana dan bodoh", sambil memberi dia banyak sifat-sifat seorang pahlawan yang ideal, dan masa lalu yang tragis. Penulis telah mengubah imej Naruto berkali-kali, memberikan watak dengan pakaian yang berbeza yang bertujuan untuk menarik pembaca Barat dan menjadikannya lebih mudah untuk dilukiskan. Naruto disuarakan oleh Junko Takeuchi (gambar) dalam siri animasi asal dan Maile Flanagan dalam penyesuaian bahasa Inggeris. Perkembangan watak telah dipuji oleh penerbitan anime dan manga, dan telah menarik perhatian ilmiah.
Ini adalah pencalonan ketiga rencana berkaitan anime dan manga daripada saya selepas Itachi Uchiha dan Fairy Tail. Pautan merah sedang dibirukan. Harap dipertimbangkan. SNN95 Talk to me, beybeh! 14:32, 25 Mei 2018 (UTC)
- Masih ada pautan merah. Perlu dibirukan untuk memenuhi kriteria rencana pilihan yang kedua iaitu menyeluruh. Kacha Permata (bincang) 01:15, 14 November 2018 (UTC)
Pencalonan lama rencana pilihan
Hasan al-Kharrat
- Pencalon: 26 Ramadan (bincang) 06:37, 7 April 2018 (UTC)
Hasan al-Kharrat (1861–1925) adalah seorang komander pemberontak di dalam Pemberontakan Syria Besar menentang Mandat Perancis, beroperasi terutamanya di Damsyik dan perkampungan Ghouta. Sebagai seorang qabaday (ketua belia tempatan) bagi kawasan al-Shaghour di Damsyik, beliau mempunyai hubungan dengan Nasib al-Bakri, seorang pejuang kebangsaan daripada keluarga paling berpengaruh di kawasan itu. Dengan undangan al-Bakri, beliau menyertai pemberontkan pada Ogos 1925 dan membentuk sekumpulan pejuang dari dan kawasan sekeliling al-Shaghour. Beliau mengetuai serangan terhadap Damsyik, merampas kediaman Pesuruhjaya Tinggi Perancis Maurice Sarrail, sebelum menarik diri setelah pengeboman dilakukan oleh pihak Perancis. Hubungan di antara al-Kharrat dengan ketua-ketua pemberontak lain semakin tegang terutamanya dengan Sa'id al-'As dan Ramadan al-Shallash. Al-Kharrat terus memimpin serbuan di Ghouta, di mana beliau akhirnya dibunuh oleh serangan hendap daripada pihak Perancis. Pemberontakan tersebut melesap pada 1927, tetapi beliau memperoleh reputasi sebagai seorang syahid penentangan Syria terhadap pemerintahan Perancis.
Tujuan saya mencalonkan rencana ini kerana ia telah dipilih sebagai rencana pilihan di Wikipedia bahasa yang lain. Selain itu, ia juga bagi menambah minat para pengguna Wikipedia untuk membaca rencana berkaitan sejarah. 26 Ramadan (bincang) 06:37, 7 April 2018 (UTC)
- Sokong: SNN95 Talk to me, beybeh! Bercuti wiki 02:47, 13 April 2018 (UTC)
- Sokong: Rachun Dunia (bincang) 03:49, 23 April 2018 (UTC)
- Sokong: Azizah Sofia (bincang) 03:52, 23 April 2018 (UTC)
C/1996 B2 (Hyakutake)
- Pencalon: 26 Ramadan (bincang) 14:16, 7 Februari 2018 (UTC)
Komet Hyakutake (Jepun: 百武彗星, Hepburn: Hyakutake suisei, gelaran formal: C/1996 B2) adalah sebuah komet yang ditemui pada 31 Januari 1996, melewati Bumi dengan sangat dekat pada tahun tersebut. Ia digelar sebagai Komet Besar 1996; laluannya yang berhampiran Bumi merupakan salah satu yang terdekat dalam 200 tahun sebelumnya. Hyakutake muncul dengan sangat cerah di langit malam dan boleh dilihat secara meluas di seluruh dunia. Komet itu mencuri tumpuan untuk sementara daripada komet Hale–Bopp, yang mendekati Sistem Suria dalam pada waktu itu.
Saya lihat rencana ini telah dipilih sebagai rencana pilihan di beberapa Wikipedia dalam bahasa lain. Oleh itu, saya harap rencana ini juga dipilih. — 26 Ramadan (bincang) 14:16, 7 Februari 2018 (UTC)
- Sokong Bagus juga. Semoga usaha mencipta atau menterjemah rencana pilihan ini diteruskan. SNN95 Talk to me, beybeh! Bercuti wiki 17:42, 10 Februari 2018 (UTC)
- Sokong Daripada dua calon yang inilah lebih memuaskan. — Malurian123 03:41, 24 Februari 2018 (UTC)
{{:Wikipedia:Calon rencana pilihan/Kats