Kolej Matrikulasi Kedah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
JPJY (bincang | sumb.)
Baris 4: Baris 4:
|motto = ''Kualiti Menjana Kecemerlangan''
|motto = ''Kualiti Menjana Kecemerlangan''
|established = [[1 Mac]] [[2003]]
|established = [[1 Mac]] [[2003]]
|director = Saad bin S.A Abbas
|director = Rihdwan Bin Zalay
|city = [[Changlun]]
|city = [[Changlun]]
|state = [[Kedah]]
|state = [[Kedah]]

Semakan pada 17:03, 27 Disember 2018

Kolej Matrikulasi Kedah
MotoKualiti Menjana Kecemerlangan
Ditubuhkan pada1 Mac 2003
PengarahRihdwan Bin Zalay
Lokasi,
Laman sesawangwww.kmk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) ialah Kolej Matrikulasi. Terletak 1 km dari pekan Changlun, Mukim Temin di daerah Kubang Pasu.[1] Mula dibina 2001 dengan keluasan kawasan sebanyak 76.8 ekar. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Mac 2003. Pengambilan pelajar sesi pertama ialah pada 05 April 2003 dengan seramai 1360 orang pelajar.

KMK pernah diiktirafkan sebagai ranking ke-dua tertinggi antara kolej Matrikulasi lain berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan PSPM 1 2014/ 2015.[perlu rujukan] Pada pencapaian PSPM 2 sesi 2014/2015 Kolej Matrikulasi Kedah telah berjaya menduduki ranking paling tertinggi iaitu tempat pertama antara kesemua kolej matrikulasi lain.

Visi

Kolej Matrikulasi Kedah pelaksana terunggul Program Matrikulasi di Malaysia.

Misi

Kolej Matrikulasi Kedah beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dan berdaya saing untuk universiti dalam dan luar negara melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi ke arah memenuhi aspirasi negara.

Lagu Kolej

Di sini lahirnya sebuah cita-cita
Menjunjung misi negara tercinta
Demi bangsa dan agama
Menjadi harapan kita bersama...

Kelahiranmu satu kemegahan
Berbudi bahasa wadah kebangaan
Nilai murni menjadi amalan
Dihayati segenap lapisan...

Sains teknologi menjadi sandaran
Berilmu, bermaklumat dan berwawasan
Pemangkin tingkatkan modal insan sahut cabaran
Dunia tanpa sempadan...

Kolej Matrikulasi Kedah
Perjuangkan bangsa bermaruah
Jati diri hadapi saingan
Kualiti Menjana Kecemerlangan...

Sains teknologi menjadi sandaran
Berilmu, bermaklumat dan berwawasan
Pemangkin tingkatkan modal insan sahut cabaran
Dunia tanpa sempadan...

Alamat

Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pelajaran Malaysia
06010 Changlun
Kedah Darul Aman
No.Tel : 04-9286100
No.Fax : 04-9242186

Rujukan

Pautan luar