Bahasa Melayu Kelantan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membetulkan kesalahan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Memadamkan ayat yang tidak berguna
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 23: Baris 23:
Pada asasnya, ianya ialah bahasa yang sama atau sebuah varian [[bahasa Yawi|Yawi]] yang merentasi sempadan di [[Thailand]], Yawi merupakan salah satu bahasa, Yawi (Jawi dalam bahasa Melayu) merujuk kepada terjemahan [[Arab]] untuk penulisannya. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa perbezaan pendapat antara sebelah Yawi dan sebelah Kelantan, satu kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengetahui siapa yang benar-benar mengetahui.
Pada asasnya, ianya ialah bahasa yang sama atau sebuah varian [[bahasa Yawi|Yawi]] yang merentasi sempadan di [[Thailand]], Yawi merupakan salah satu bahasa, Yawi (Jawi dalam bahasa Melayu) merujuk kepada terjemahan [[Arab]] untuk penulisannya. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa perbezaan pendapat antara sebelah Yawi dan sebelah Kelantan, satu kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengetahui siapa yang benar-benar mengetahui.


Kelantan secara tradisinya menulis Arab, sebagai Yawi. Terdapat pendapat mengatakan yang adalah sepenuhnya bertentangan dengan [[bahasa Melayu]] baku, dan bahasa Melayu Kelantan adalah lebih tua dan mempunyai sejarah yang lebih bermakna (menulis Bahasa Arab) daripada bahasa Melayu baku. Ianya berakraban dengan [[Bahasa Melayu Terengganu]] tetapi berbeza dengan bahasa Melayu baku.Demo iley kawe demo ado dio kalu kawe iley demo kawe takdop sapo² boh sorei diri jah soyok rabok hati kawe
Kelantan secara tradisinya menulis Arab, sebagai Yawi. Terdapat pendapat mengatakan yang adalah sepenuhnya bertentangan dengan [[bahasa Melayu]] baku, dan bahasa Melayu Kelantan adalah lebih tua dan mempunyai sejarah yang lebih bermakna (menulis Bahasa Arab) daripada bahasa Melayu baku. Ianya berakraban dengan [[Bahasa Melayu Terengganu]] tetapi berbeza dengan bahasa Melayu baku.


== Contoh perbezaan perkataan ==
== Contoh perbezaan perkataan ==

Semakan pada 11:08, 16 November 2020

Bahasa Melayu Kelantan
بهاس ملايو کلنتن
Baso Kelate, Kecek Kelate
Asli kepada Malaysia,  Thailand
KawasanKelantan, Grik dan Pengkalan Hulu (Perak), Besut dan Setiu (Terengganu), Merapoh (Pahang) serta Baling, Sik dan Padang Terap, Kedah
EtnikSuku Kelantan
Penutur bahasa
1,900,000
Austronesian
Tulisan Rumi, Tulisan Jawi
Kod bahasa
ISO 639-3mfa

Bahasa Melayu Kelantan atau Bahasa Kelantan (tulisan Jawi: بهاس ملايو کلنتن ) atau dikenali juga sebagai "kecek kelate" ialah sebuah Bahasa Austronesian dan bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri Kelantan

, Malaysia, dan bahagian utara Terengganu di daerah Besut, Setiu dan Pulau Perhentian juga segelintir di Merapoh, Pahang kerana terdapat orang Kelantan menduduki di sana. Masyarakat di beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik dan Padang Terap juga bertutur dalam dialek setempat ini disebabkan penduduk Melayu setempat mereka mempunyai darah keturunan Kelantan-Pattani. Malah daerah di Perak seperti Hulu Perak (misalnya di bandar Grik dan Pengkalan Hulu) juga bertutur dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan kerana faktor persempadanan geografinya yang hampir dengan negeri Kelantan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu piawai, walaupun ia mempunyai banyak persamaan.

Pada asasnya, ianya ialah bahasa yang sama atau sebuah varian Yawi yang merentasi sempadan di Thailand, Yawi merupakan salah satu bahasa, Yawi (Jawi dalam bahasa Melayu) merujuk kepada terjemahan Arab untuk penulisannya. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa perbezaan pendapat antara sebelah Yawi dan sebelah Kelantan, satu kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengetahui siapa yang benar-benar mengetahui.

Kelantan secara tradisinya menulis Arab, sebagai Yawi. Terdapat pendapat mengatakan yang adalah sepenuhnya bertentangan dengan bahasa Melayu baku, dan bahasa Melayu Kelantan adalah lebih tua dan mempunyai sejarah yang lebih bermakna (menulis Bahasa Arab) daripada bahasa Melayu baku. Ianya berakraban dengan Bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan bahasa Melayu baku.

Contoh perbezaan perkataan

Bahasa Melayu piawai dan bahasa Melayu Kelantan

Bahasa Melayu piawai Bahasa Melayu Kelantan
boleh buleh /buleɪːh/
makan make /makɛ̃ː/
apa

kenapa

gapo

bakpo

/gapɔ/

/bakpɔ/

saya kawe /ambo /kawɛ̃ː /
nasi nasik /nasiʔ/
beritahu ghoyak
(ber)langgar (b)lago /(b)lãgɔ/
rambutan mokte
tak ada apa-apa tak dok gapo
tipu; atau bergurau wat lolok

Ciri fonologi

Bahasa Melayu piawai Bahasa Melayu Kelantan
/am/
akhiran am
/ɛ̃/
/an/
akhiran an
/aŋ/
akhiran ang
/ə/
akhiran a
/ɔ/
/r/
r
/ʀ/

Perkataan yang berakhir dengan 'an','am','ang'

Perkataan yang berakhir dengan an, am, ang biasanya akan disebut /ɛ̃/ bersengauan.

Bahasa Melayu piawai Bahasa Melayu Kelantan
ayam aye /ajɛ̃/
bukan buke /bukɛ̃/
geran gere /gəʀɛ̃/
jangan jange /d͡ʒaŋɛ̃/
lengan lenge /ləŋɛ̃/
pisang

kelantan

pise

(k)late

/pisɛ̃/

/klatɛ̃/

Perkataan yang berakhir dengan 'a', 'o', 'e'

Perkataan yang berakhir dengan 'a', 'o', 'e' biasanya (bukan semestinya) akan diganti dengan /ɔ/ (dan 'o' sebutan dalam 'sore' dan 'roar' dalam bahasa Inggeris, bukannya seperti 'sow' dan 'row')

Bahasa Melayu piawai Bahasa Melayu Kelantan
baka bako /bakɔ/
buka buko /bukɔ/
mana mano /manɔ/

Sabdu

Peranan sabdu dalam loghat Kelantan adalah begitu besar maksudnya. Penggunaan sabdu akan menyebabkan susunan struktur perkataan tidak berubah.

Bersabdu (Bahasa Kelantan) Tanpa sabdu (Beza maksud yang ketara) Perkataan yang dimaksudkan
Ruput make kkambing
/rũput makɛ̃ kkambiŋ/
Rumput makan kambing
/rumput makan kkambiŋ/
Rumput dimakan oleh kambing
tok ppaka tak pakai tidak boleh pakai / tidak berguna
make kketeng makan kantin makan di kantin
kkecek kecek / pujuk cakap
baju ddale baju dalam baju dimasukan dalam seluar (tuck in)

Bunga Bahasa

Bunga Bahasa Maksud
Yak! Opocot! / Opps!
Deh? Ok? (Biasanya untuk memohon restu atau persetujuan.)
Dih? Ya? / Bukan?
Gak / Gok Habis tu... / Jadi...
Pah? Habis tu... / Jadi... (Lebih kurang Gak.)
Ho (Bunyi naik ke hidung.) Ya lah...
Dock? Bukan? / Betul tak? (Persoalan.)
Lamoke buleh pekdoh Nantikan nak kena nii..
Gelenya teh! Miangnya!
Hok Aloh! Aduhai / Alahai

Kata penguat

Kata penguat Maksud
Manis lleting Sangat manis
Masing ppeghak Sangat masin
Pahit llepe Sangat pahit
Mase ppughik Sangat masam
Mase ccettung Muka sangat masam
Tawa eber / tawa lemba Sangat tawar
putih ssueh / sseppo Sangat putih
Hite llege Sangat hitam
Biru kketu Sangat biru
Kuning nnehe Sangat kuning
Kenye bbonyah Sangat kenyang
Come llote Sangat cantik
Gemuk ddebok Sangat gemuk
Busuk bbanga Sangat busuk
Hapok kohong Sangat hapak
Nnakut apah Penakut sangat
Ceghoh jeghiloh / bbole Sangat terang / cerah
Jatuh celabok Jatuh sangat teruk
Kuca hanya Sangat bercelaru
Hangit Lettong Sangat hangit
Yak Kelih Boktae Perbuatan yang sangat tidak setuju

Istilah yang biasa menjadi salah faham

Kata Maksud Catatan
Selalu Terus Contoh: Wak selalu = buat terus/segera
Rajin Pernah Contoh: Rajin gi = Pernah pergi
Buje Bujang Masih belum berumah tangga dan teruna atau dara
Kote Kontang Contoh: Nyo kote = Buah kelapa tanpa kupas sangat kering
Patat Dasar Contoh: Patat sungai = Dasar sungai
Tuak Nira Minuman yang tidak mabuk
Sia Sembuh Kedengaran seperti sial (celaka) / siar (sebar/siaran) Contoh : Luko ambo nok sia doh (salah faham : Luka saya nak siar [merebak])

Contoh:

Pelancong dari luar Kelantan mendapatkan khidmat pemandu teksi (kereta sewa) untuk ke Pasir Putih

Pelancong: Saya nak ke Pasir Putih, pakcik.
Pemandu: Nok gi selalu? (Nak pergi terus/sekarang?)
Pelancong: Tak, baru sekali je saya ke sana.
Pemandu: ????

Dialek dan Loghat (Aksen) antara Penutur Asli

Dalam loghat bahasa ini juga terdapat perbezaan yang sedikit penyebutan dari daerah dan kawasan tertentu yang akhiran -ong dan -eng digugurkan atau tdak berbunyi iaitu:

i) Jajahan Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh. -ong, -eng

ii) Jajahan Kota Bharu (Ketereh, Kadok, Kok Lanas, Melor & sesetengah kawasan), Machang, Tanah Merah (sesetengah kawasan), Pasir Mas (sesetengah kawasan), Kuala Krai (sesetengah kawasan). -o dan

Contoh:

1. (BM) Tolong

i) tulong

ii) tulo

2. (BM) (Duit) Syiling

i) sekeleng

ii) sekelé

Boleh dikatakan penutur lengkok -o' dan -e' berada berhampiran Sungai Kelantan/Kawasan tengah Kelantan.


DIALEK

Ada perbezaan dialek dalam Bahasa Kelantan ini di beberapa daerah namun perlu kajian dibuat.

Pautan luar