Unsur kumpulan 5
Kumpulan → | 5 |
---|---|
↓ Kala | |
4 | 23 V |
5 | 41 Nb |
6 | 73 Ta |
7 | 105 Db |
Kumpulan unsur 5 juga dikenali sebagai kumpulan Vanadium merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-5 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada Vanadium (V), niobium (Nb), tantalum (Ta), dan dubnium (Db).
Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar. Walaupun begitu, hanya niobium sahaja tidak menunjukkan tidak menonjolkan corak yang sama.
Z | Unsur | Bilangan elektron/petala |
---|---|---|
23 | vanadium | 2, 8, 11, 2 |
41 | niobium | 2, 8, 18, 12, 1 |
73 | tantalum | 2, 8, 18, 32, 11, 2 |
105 | dubnium | 2, 8, 18, 32, 32, 11, 2 |
Kesemua unsur-unsur ini dikelaskan dalam kumpulan unsur 5 kerana mereka mempunyai 5 elektron pada yang paling luar.
Kerana kekecilan lantanid,jejari atom niobium dan tantalum sangat dekat.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri unsur kumpulan 5 | ||||
Name | Vanadium | Niobium | Tantalum | Dubnium |
Takat lebur | 2183 K (1910 °C) | 2750 K (2477 °C) | 3290 K (3017 °C) | ? |
Takat didih | 3680 K (3407 °C) | 5017 K (4744 °C) | 5731 K (5458 °C) | ? |
Ketumpatan | 6,11 g•cm−3 | 8,57 g•cm−3 | 16,65 g•cm−3 | ? |
Sifat fizikal | kelabu kebiruan, berkilat |
kelabu berkilat | kelabu berkilat | ? |
Jejari atom | 135 pm | 145 pm | 145 pm | ? |
Kewujudan
[sunting | sunting sumber]Geografi
[sunting | sunting sumber]Niobium dan tantalum biasanya dijumpai semula jadi dalam keadaan bercampur aduk antara kedua-duanya disebabkan oleh jejari atom dan jejari ion yang hampir sama berikutan daripada pengecutan lantanida.
Biologi
[sunting | sunting sumber]Antara unsur dalam kumpulan ini, hanya vanadium sahaja yang diketahui mempunyai peranan dalam sistem biologi kimia benda hidup. Vanadium mempunyai peranan dalam enzim dalam sesetengah organisma.