Gol & Gincu Vol. 2
Gol & Gincu Vol. 2 | |
---|---|
Pengarah | Umi Salwana Omar |
Penulis | Rafidah Abdullah |
Lakon layar | Neddo Khan |
Dihasilkan oleh | Lina Tan |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Lynn Wong |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 25 Oktober 2018 |
Masa tayangan | 106 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa |
Gol & Gincu Vol. 2 merupakan sebuah filem komedi drama sukan Malaysia 2018 terbitan Redfilms dan merupakan kesinambungan dari filem Gol & Gincu yang ditayangkan pada 2005. Ia juga merupakan filem sulung arahan Umi Salwana Omar dan filem Gol & Gincu yang pertama diterbitkan tanpa Bernard Chauly selaku pengarah dan sebahagian besar dari barisan pelakon asal termasuk Fazura;[1] Sharifah Amani dan Sazzy Falak kembali menjayakan peranan mereka. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 25 Oktober 2018.[2]
Plot
[sunting | sunting sumber]Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai yang menjadi tular di media sosial, kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain. Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan? Dan apakah punca sebenar pergaduhan mereka?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Ummi Nazeera sebagai Zakiah@Yaya
- Diana Danielle sebagai Zakiah@Zak
- Sharifah Amani sebagai Najihah Hafizam@Jijie
- Sazzy Falak sebagai Shasha
- Syafiq Kyle sebagai Hakim
- Aedy Ashraf sebagai Mateen
- Jay Hidhir sebagai Momok
- Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin sebagai Hanis
- Tiara Anchant sebagai Gangster
- Aida Noris sebagai Cinonet
- Intan Serah sebagai Fifi
- Annabel Michael sebagai Shanti
- Nik Nasuhah sebagai Gadang
- Grace Ng sebagai Rifa
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Ziana Zain sebagai Along
- Nadiya Nisaa sebagai Uda
- Sherry Alhadad sebagai Dekan Mardiah
- Fimie Don sebagai Fakhrul
- Takahara Suiko sebagai Kak Liza
- Sarancak sebagai Fasilitator
- Ucop sebagai Pelajar 1
- Yiky Chew sebagai Pelajar 2
- Nadia Khan sebagai Pelayan Pizza Hut
- Shamyl Othman sebagai Penganjur Futsal
- Edwin Ng Heng Chye sebagai Pekerja Kedai Basikal
- Farah Rani sebagai Pembantu Dekan
- Ahirine Ahirudin sebagai Penunggang Basikal
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Datin Paduka Marina Mahathir
- Rafidah Abdullah
- Kartini Kamalul Ariffin
- Fasha Rahman
- Daniel Henry
- Tom Abang Saufi
- Tengku Syahmi
- Rico Rinaldi
- Afiq M.
- Alia Alizar
- Dayang Fatimah
- Nazreem Musa
- Tuti
- Alicia Amin
- Shikin Gomez
- Melissa Tan
- Natalie Prabha
- Carmen Ng
- Niena Azman
- Nur Afiqah
- Nur Khaliqah
- Hannani Adriana
- Hanis Farhana
- Yusof Hashim
- Nurin Misha
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Gol & Gincu Vol. 2 diarahkan oleh Umi Salwana Omar di dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah filem.[3] Beliau dipilih berdasarkan kemahiran dan pengalamannya mengarah pelbagai telefilem dan sitkom popular Oh My English! serta pengalamannya sebagai Penolong Pengarah bagi produksi terbitan Redfilms termasuk Songlap (2011), Istanbul Aku Datang (2012), dan Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014). Cerita dan skrip ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diberi olahan baru oleh Nadia Khan, seorang novelis yang terkenal dengan novel terlaris beliau iaitu Gantung dan Kelabu. Lina Tan selaku penerbit, mengulas mengenai filem ini:
"Walaupun kami mengambil masa 13 tahun untuk menerbitkan semula filem ini namun inilah masa yang tepat kerana saya benar-benar mahu menghasilkan semula filem tempatan dengan watak utama wanita yang kuat. Kami ingin meraikan kepelbagaian dan elemen memperkasakan wanita cukup menonjol dalam filem ini."[4]
Datin Diana Danielle dan Ummi Nazeera dipilih menjayakan peranan sebagai pelakon utama, Gol & Gincu Vol. 2 juga menampilkan semula dua pelakon asal filem pertama iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani di samping pelakon baru termasuk Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah,[5] Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng dan Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin. Fazura dilaporkan menarik diri dari membintangi Gol & Gincu Vol. 2 dalam satu temuramah: "Saya tahu ramai tertanya-tanya kenapa saya tidak terlibat dalam Gol & Gincu kali ini. Ini kerana pada saya, watak Putri sudah tamat. Sekarang saya mahu beri peluang kepada pelakon baru yang hebat dan berbakat seperti Diana Danielle dan Ummi Nazeera untuk bawa cerita ini sesuai dengan generasi sekarang,".[6]
Tema
[sunting | sunting sumber]Gol & Gincu Vol. 2 mengangkat tema pemberdayaan wanita sepertimana filem pertama. Menurut Diana Danielle yang memegang watak Zak: "Tema yang diketengahkan sangat relevan dan membantu penonton untuk semakin berhati-hati dengan penggunaan media sosial. Bagaimanapun, naskhah ini masih mengekalkan mengenai sukan futsal, fesyen dan persahabatan seperti filem sebelum ini,".[7]
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]Gol & Gincu Vol. 2 ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Oktober 2018.[7]
Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Aina Izzah dari Diary Seni menulis "Gol & Gincu masih merupakan langkah yang baik dalam arah yang betul dan pasti penambahbaikan dalam pawagam Malaysia di mana naratif wanita masih kekurangan.[8] Menulis untuk Star2, Kenneth Chaw berkata: "Gol & Gincu Vol. 2 mempunyai kesilapannya. Setelah berkata demikian, melihat industri perfileman tempatan, ia masih jauh ke depan apabila ia menggambarkan watak-watak wanita, persahabatan wanita dan menangani masalah sosial yang keras.".[9] Syahirah Mokhtazar dari New Straits Times melihat antara Gol & Gincu 2 dengan versi asal 2005 jauh berbeza dan menyatakan "...plot itu agak diramalkan dan berkuasa. Walau bagaimanapun, mesejnya adalah mendalam dan bermakna. Ini adalah satu cerita yang bukan sahaja menghangatkan hati tetapi juga memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapi oleh milenium hari ini."[10]
Bissme S. dari The Sun Daily memuji keserasian antara Diana Danielle-Ummi Nazeera dalam filem ini dan menyifatkannya sebagai "hebat dan mengagumkan".[11]
Muzik
[sunting | sunting sumber]Muzik dan runut bunyi untuk Gol & Gincu Vol. 2 dipersembahkan oleh Kaka Azraff bertajuk "Shout It Out", ciptaan Audi Mok.[12] Manakala lagu "Hari-Hariku" dinyanyikan oleh Aizat Amdan dengan ciptaan bersama oleh Aizat dan Mel Ramlan. Untuk lagu ini, Aizat berpadu suara dengan Annabel Michael dan Intan Serah.[13]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Sharifah Amani | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
Umi Salwana Omar | Pengarah Harapan | Tercalon | ||
Lynn Wong | Penyunting Terbaik | Tercalon | ||
Rafidah Abdullah | Cerita Asal Terbaik | Tercalon | ||
Min Luna | Kostum/Busana Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah MeleTOP Era 2019 | Gol & Gincu Vol. 2 | Filem MeleTOP | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Farhan Ikram (24 Ogos 2018). "Ramai tanya mana Fazura dalam Gol & Gincu Vol 2, Sazzy Falak tolong jawab". mStar Online. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ Budiey (20 Ogos 2018). "GOL & GINCU VOL. 2 Bakal Ditayangkan Pada 25 Oktober Ini". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). "'Gol & Gincu' is all set to score again with Vol. 2 in October". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ Azwa Rahman (21 Ogos 2018). "Setelah 13 Tahun, Filem Gol & Gincu Vol. 2 Kembali - Hanya Dua Pelakon Asal Dikekalkan". Rojak Daily. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ Mumtaj Begum (23 Oktober 2018). "National athlete Intan Serah scores with 'Gol & Gincu. Vol 2'". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-01. Dicapai pada 1 November 2018.
- ^ "Fazura jelaskan sebab tidak berlakon dalam Gol & Gincu 2". Berita MediCorp. 19 Oktober 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
- ^ a b Najiy Jefri (19 Oktober 2018). GGV2 perkasa wanita Harian Metro. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
- ^ Aina Izzah (25 Oktober 2018). "'Gol & Gincu Vol. 2': Kicks off as a coming of age story". Daily Seni. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
- ^ Kenneth Chaw (26 Oktober 2018). "'Gol & Gincu 2': Kicks out romance, tackles heavy social issues". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-26. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
- ^ Syahirah Mokhtazar (26 Oktober 2018). "#Showbiz: Thumbs up for Gol & Gincu Vol. 2 (review)". New Straits Times. Dicapai pada 28 Oktober 2018.
- ^ Bissme S. (29 Oktober 2018). "Movie review: Gol and Gincu Vol 2". The Sun Daily. Dicapai pada 1 November 2018.
- ^ Farhany Rahman (21 September 2018). "Kecewa Kaka terubat nyanyi lagu tema Gol & Gincu 2". Berita Harian. Dicapai pada 28 Oktober 2018.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (29 September 2018). "Aizat sedia berkhidmat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2018.