Oh My English! (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Oh My English!
Genre Komedi, pendidikan
Dibintangi

Oh My English! ialah sebuah drama bersiri yang bertemakan komedi dan pendidikan di Malaysia yang bersiaran melalui Astro TVIQ.[1][2]

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Drama ini merupakan salah satu usaha pihak Astro dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memperbaiki pertuturan di dalam bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini juga selaras dengan dasar KPM iaitu ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris’ (MBMMBI). Pada tahun 2009, Astro telah bekerjasama dengan KPM untuk menyiarkan rancangan pembelajaran yang bertaraf antarabangsa kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), iaitu Kampus Astro. Projek ini juga telah melengkapkan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan kelengkapan set televisyen berskrin rata, dekoder Astro dan 17 buah saluran pendidikan dan maklumat termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro TVIQ dan lain-lain.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Tiz Zaqyah memegang watak sebagai Cikgu Ayu di dalam siri TV ini.

Sebuah sekolah rekaan yang bernama SMK Ayer Dalam mempunyai kelas ‘3 Merah’ yang terkenal sebagai kelas yang mempunyai pelbagai ragam. Tiada guru yang ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya terkenal dengan sikap yang sangat nakal, suka membuat bising dan keputusan akademik mereka yang terburuk di dalam sekolah tersebut. Subjek mereka yang paling tidak digemari ialah Bahasa Inggeris.

Akhirnya, muncul seorang guru Bahasa Inggeris yang bernama Henry Middleton (lakonan Zain Saidin). Cara pengajaran Henry yang unik dan memberangsangkan telah dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

Oh My English Class of 2015 kejutan besar sedang berlaku di SMK Ayer Dalam pada musim terbaru Oh My English! Saksikan Mr. Henry Middleton bersama kelas 5 Merah yang akan menempuhi tahun persekolahan paling penting buat mereka. Dengan adanya guru baharu serta pelajar-pelajar junior, pelbagai ragam dan telatah menanti!

Pelajari Bahasa Inggeris dengan penuh riang dan gelak ketawa bersama Oh My English! Class of 2015, kini lebih ramai watak baharu dan lebih meriah!

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

Penaja rancangan[sunting | sunting sumber]

Vitagen menjadi penaja utama rancangan Oh My English! pada musim pertama, Nestle Crunch Wafer pada musim kedua dan diikuti oleh Magic Sim oleh XPAX, ExxonMobil dan Faber Castell pada musim keempat

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2013 Anugerah Lawak Warna Siri TV Komedi Kanak-Kanak Terbaik Oh My English! Menang[3]
Astro On the Go Fan Choice Awards Favourite Drama TV Show Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Astro. "Oh My English!". 
  2. Budley (26 Mei 2012). "Oh My English". 
  3. Velasrizal (16 Ogos 2013). "Keputusan Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 (18 Ogos 2013)". 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]