Majlis angkat sumpah Donald Trump
Tarikh | 20 Januari 2017 |
---|---|
Masa | 12:00 pm (waktu AS) |
Lokasi | Kapitol Amerika Syarikat Washington, D.C. |
Hadirin | Donald John Trump Presiden Amerika Syarikat — Mengambil alih John Glover Roberts Jr. Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat — Mengetuai sumpah jawatan Michael Richard Pence Naib Presiden Amerika Syarikat ke-48 — Mengambil alih Clarence Thomas Hakim Bersekutu Mahkamah Agung Amerika Syarikat — Mengetuai sumpah jawatan |
← 2013 2021 → |
Majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 menandakan bahawa pemerintahan empat tahun oleh Donald Trump sebagai Presiden dan Mike Pence sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat.
Donald Trump menjadi presiden yang tertua dalam sejarah Amerika Syarikat dan terkaya sebagai presiden pada tahun 2017, beliau adalah presiden yang pertama negara itu yang tidak pernah berkhidmat dengan tentera dan memegang jawatan dalam keraajaan sebelum ini.
Tema
[sunting | sunting sumber]Tema rasmi bagi majlis ini ialah Amerika Unik (Bahasa Inggeris: Uniquely American). Diadakan di Washington, D.C. dari 17 Januari 2017 hingga 21 Januari 2017, majlis ini mempunyai pelbagai aktiviti termasuklah konsert, majlis angkat sumpah, makan tengah hari Kongres, perarakan, tari-menari dan acara berdoa.
Penonton
[sunting | sunting sumber]Pada hari Jumaat 20 Januari 2017, Majlis Angkat Sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-58 untuk Presiden Amerika Syarikat ke-45 ini dianggarkan ada sebanyak 300,000 ke 600,000 orang yang menghadiri ke majlis rasmi tersebut yang berada di Kapitol Amerika Syarikat, Washington, DC, Amerika Syarikat.[2]
Terdapat kira-kira 31,000,000 orang yang menonton majlis angkat sumpah Presiden Donald Trump dari televisyen mereka di Amerika Syarikat.[3]
Mengangkat sumpah
[sunting | sunting sumber]Pada tengah hari 20 Januari 2017, Donald Trump mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika Syarikat dan menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45 dengan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts.
Trump juga mengangkat sumpah menggunakan dua Alkitab, sebuah Alkitab yang ibunya hadiahkan kepadanya dan Alkitab Abraham Lincoln. Selepas mengangkat sumpah, Band Marin Amerika Syarikat mempersembahkan lagu "Hail to the Chief" dan Presiden Donald Trump menerima 21 das tembakan meriam sebagai tanda hormat kepada beliau.
Juga mengangkat sumpah jawatan ialah Mike Pence sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-48 dengan Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat Clarence Thomas.
Ucapan majlis angkat sumpah
[sunting | sunting sumber]Donald Trump kemudian memberi ucapan pertama sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 yang baru untuk selama 16 minit dengan 1,443 patah perkataan.[4]
Ucapan pertama Presiden AS Donald Trump merupakan ucapan yang terpendek sejak Jimmy Carter pada tahun 1977.[5]
Perarakan
[sunting | sunting sumber]Perarakan berlangsung kira-kira dua jam pada waktu petang dan awal petang berikutan upacara sulung.[6]
Peserta perarakan termasuk lebih daripada 8,000 orang mewakili 40 organisasi termasuk band perarakan sekolah tinggi, universiti, kor ekuestrian, responden pertama, dan kumpulan askar tua dan semua cabang tentera dari Angkatan Tentera Amerika Syarikat juga diwakil.[7]
Kenamaan yang hadir
[sunting | sunting sumber]Hampir semua bekas Presiden yang hadir termasuk Jimmy Carter, Bill Clinton, George W. Bush dan Barack Obama bersama isteri masing-masing, Wanita Pertama Amerika Syarikat (termasuk Hillary Clinton dari Parti Demokrat, lawan utama Trump dalam pilihan raya 2016) telah mengesahkan kehadiran mereka semasa majlis angkat sumpah Trump dan semua telah menghadirinya. Seorang lagi bekas presiden, George H. W. Bush, umur 92, tidak dapat hadir pada hari angkat sumpah berikutan masalah kesihatan.
Protes
[sunting | sunting sumber]Protes berlaku apabila upacara majlis angkat sumpah di Washington, D.C. sedang berlansung. Ribuan rakyat negara itu mengadakan tunjuk perasaan protes di seluruh Washington.[8] Mereka mengatakan dengan tegas majlis angkat sumpah Trump dan naib presidennya, Pence sebagai tidak sah. Beberapa orang melaungkan slogan menolak Amerika Fasis.[9] Media tempatan melaporkan 6 anggota polis cedera dan 217 penunjuk perasaan ditahan. Anggota polis terpaksa menggunakan semburan pedih untuk meleraikan penunjuk perasaan.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ ""The 58th Presidential Inauguration" dari US Embassy & Consulates in Japan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-09. Dicapai pada 2020-11-10.
- ^ Meyer, Robinson (20 Januari 2017). "How Will We Know Trump's Inaugural Crowd Size? It involves satellites and weather balloons" [ia adalah satu kenyataan bahawa tidak kurang daripada 300,000 orang boleh berada di acara tertentu, tetapi tidak lebih daripada 600,000.] (dalam bahasa Inggeris). The Atlantic. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
a statement that no fewer than 300,000 people could have been at a certain event, but no more than 600,000 either.
- ^ "Nearly 31 Million Americans Watch President Donald Trump's Inauguration" dari Nielsen Holdings
- ^ Sean Rossman, How short was President Donald Trump's speech?, USA Today (20 Januari 2017)
- ^ Noah Bierman, Donald Trump delivers short, populist inaugural address, Los Angeles Times (20 Januari 2017)
- ^ "Forty Five" dari Politico
- ^ "Presidential Inaugural Committee Announces Inaugural Parade Participant Lineup" dari Arkib Web
- ^ Upacara angkat sumpah Trump dicemari protes
- ^ "Protes mencemari upacara angkat sumpah Donald Trump". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-18. Dicapai pada 2017-02-18.
- ^ "Protes mengiringgi Angkat Sumpah Trump". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-19. Dicapai pada 2017-02-18.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Majlis angkat sumpah Donald Trump |