Mike Pence

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mike Pence
Mike Pence by Gage Skidmore 6.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
20 Januari 2017
Presiden Donald Trump
Didahului oleh Joe Biden

Tempoh jawatan
14 Januari 2013 – 9 Januari 2017
Leftenan Sue Ellspermann
Eric Holcomb
Didahului oleh Mitch Daniels
Diganti oleh Eric Holcomb

Pengerusi Persidangan Republikan
Tempoh jawatan
3 Januari 2009 – 3 Januari 2011
Ketua John Boehner
Didahului oleh Adam Putnam
Diganti oleh Jeb Hensarling

Tempoh jawatan
3 Januari 2001 – 3 Januari 2013
Didahului oleh David M. McIntosh (ke–2)
Dan Burton (ke–6)
Diganti oleh Chris Chocola (ke–2)
Luke Messer (ke–6)
Kawasan pilihan raya daerah ke–2 (2001–03)
daerah ke–6 (2003–13)

Lahir (1959-06-07) 7 Jun 1959 (umur 58)
Columbus, Indiana, A.S.
Parti politik Republikan
Pasangan Karen Pence
Anak Audrey Pence
Charlotte Pence
Michael Pence
Kediaman Peribadi
Alma mater Hanover College
Indiana University, Indianapolis
Tandatangan
Laman web in.gov/gov
mikepence.com

Michael Richard "Mike" Pence (lahir 7 Jun 1959) ialah Naib Presiden Amerika Syarikat ke–48 dan terkini. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Gabenor Indiana yang ke–50 dari tahun 2013 sehingga 2017.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pence dilahirkan di Columbus, Indiana, anak kepada Nancy Jane (née Cawley) dan Edward J. Pence, Jr. Keluarga beliau merupakan Katolik Ireland Demokrat. Pada tahun 1977, Pence lulus dari Columbus North High School. Beliau memperoleh Sarjana Muda Seni dalam bidang Sejarah dari Hanover College pada tahun 1981[1] Beliau ialah Gabenor Indiana yang ke-50 dari tahun 2013 sehingga 2017 dan Doktor Juris dari Indiana University Robert H. McKinney School of Law pada tahun 1986. Setelah Pence lulus sekolah undang-undang pada tahun 1986, beliau bekerja sebagai seorang peguam dalam latihan persendirian. Beiau terus mempelajari undang-undang berikutan kegagalan kali kedua beliau bertanding untuk kongres.

Dewan Perwakilan Rakyat A.S.[sunting | sunting sumber]

Pada bulan November 2000, Pence dipilih ke Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat di Daerah Kongres Kedua Indiana selepas enam tahun penyandangnya David M. McIntosh (1995-2001) memilih untuk bertanding sebagai Gabenor Indiana.

Pence sebagai seorang wakil, 2009


Pada 8 November 2006, Pence mengumumkan pencalonannya untuk pemimpin Parti Republikan (pemimpin minoriti) di Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat. Pence juga dipunyai oleh Kaukus Kongres Internet, Kaukus Pemuliharaan Antarabangsa, dan Kaukus Ahli Sukan. Selepas pilihan raya November 2010, Pence mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk dipilih semula sebagai Pengerusi Persidangan Republikan. Pada 5 Mei 2011, Pence mengumumkan bahawa beliau akan mendapatkan pencalonan Republikan untuk Gabenor Indiana pada tahun 2012. Beliau menjawat jawatan itu hingga tahun 2013.



Gabenor Indiana[sunting | sunting sumber]

Gabenor Mike Pence bercakap di Persidangan Tindakan Konservatif Politikal di National Harbor, Maryland pada 27 Februari 2015.

Pada 6 November 2012, Pence telah terpilih untuk menjadi Gabenor Indiana. Pence menjadi gabenor bahagian itu pada 14 Januari 2013. Pence telah membuat pembaharuan cukai, iaitu 10% kadar cukai pendapatan dipotong, keutamaan pada tahun 2013.

Pence telah menandatangani Rang Undang-Undang 101 Senat Indiana untuk menjadi undang-undang. Undang-undang yang ditandatangani itu mendapat kritikan meluas oleh orang ramai.

Sehingga Mac 2016, Pence gagal mencuba untuk menangani pelarian Syria daripada ditempatkan semula di Indiana.

Pence bertanding untuk penggal kedua sebagai gabenor. Beliau menang tanpa bertanding pada 3 Mei 2016. Pence berdepan dengan calon Demokrat, John Gregg, bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indiana dalam pemilihan semula pada 2012. Laporan awal pada 14 Julai 2016 menunjukkan Pence mungkin akan diumumkan sebagai calon Naib Presiden Amerika Syarikat pada 15 Julai 2016. Pence berkata jika beliau akan menjadi calon Naib Presiden Amerika Syarikat, beliau akan menarik diri daripada pemilihan gabenor.

Pemilihan sebagai calon Naib Presiden[sunting | sunting sumber]

Donald Trump memilih beberapa calon Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bersama beliau untuk bertanding bersama-sama, termasuk Pence dalam finalis tersebut bersama dengan finalis lain termasuk Gabenor New Jersey, Chris Christie dan bekas penceramah Dewan Perwakilan Rakyat A.S., Newt Gingrich. Pada 15 Julai 2016, Donald Trump secara rasmi mengumumkan di Twitter bahawa Pence akan bertanding bersama beliau pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Naib Presiden Amerika Syarikat (2017-kini)[sunting | sunting sumber]

Bakal Naib Presiden[sunting | sunting sumber]

Pada 8 November 2016, Pence telah dipilih sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat. Pence dijadual untuk mengangkat sumpah jawatannya itu pada 20 Januari 2017 dan menjadi orang Amerika Syarikat ke-48 dan Hoosier (Residen Indiana) keenam yang mengambil alih tugas Naib Presiden.

Pelantikan[sunting | sunting sumber]

Pence mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden pada 20 Januari 2017

Pada tengah hari 20 Januari 2017, Pence menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-48, dilantik memegang jawatan oleh Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, Clarence Thomas dengan menggunakan Alkitab Ronald Reagan. Pence juga menggunakan Alkitab peribadinya semasa mengangkat sumpah jawatan.

Pesawat tergelincir[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Oktober 2016, Boeing 737 yang membawa Pence tergelincir dari landasan selepas mendarat dalam hujan di Lapangan Terbang Laguardia.[2] Tiada yang cedera dalam kejadian itu, yang terjadi kurang dua minggu sebelum pemilihan Presiden diadakan, hari kempen penting bagi Pence dan calon Presiden, Donald Trump. Pence, yang juga Gabenor Indiana pada masa itu kemudiannya memuat naik sepucuk pos di Twitter dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya. Pegawai Pengurusan Kecemasan New York City berkata kejadian berlaku pada 8.00 malam waktu tempatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mike Pence '81 to serve as U.S. vice president". Kolej Hanover. 9 November 2016 – melalui hanover.edu. 
  2. ^ "Pesawat membawa Mike Pence tergelincir dari landasan". Berita Harian. 2016-10-28.