Mariano Andújar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mariano Andújar
Maklumat peribadi
Nama penuh Mariano Gonzalo Andújar
Tarikh lahir (1983-07-30) 30 Julai 1983 (umur 40)
Tempat lahir Buenos Aires, Argentina
Ketinggian 1.94 m (6 ka ​4 38 in)[1]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Estudiantes
Nombor 21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2006 Huracán 60 (0)
2005–2006Palermo (pinjaman) 11 (0)
2006–2009 Estudiantes 105 (0)
2009–2014 Catania 135 (0)
2012Estudiantes (pinjam) 18 (0)
2014–2016 Napoli 12 (0)
2014Catania (pinjam) 11 (0)
2016Estudiantes (pinjam) 12 (0)
2016– Estudiantes 47 (0)
Pasukan kebangsaan
2009– Argentina 11 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Mac 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Mac 2015

Mariano Gonzalo Andújar (lahir 30 Julai 1983) merupakan pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain di posisi penjaga gol untuk kelab Estudiantes.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, Andújar menjadi penjaga gol pertama di pasukan Estudiantes yang pernah memenangi Copa Libertadores. Andujar tidak ditembusi satu gol sepanjang lapan perlawanan di La Plata dan membuat rekod baru selama 800 minit tidak ditembus mengalahkan Hugo Gatti yang selama 767 minit.

Pada 24 Jun 2009, kelab Itali Catania secara rasminya telah mengikat Andujar selama empat tahun.

Pada 24 Januari 2014, laman web rasmi Napoli's telah mengeluarkan kenyataan bahawa Andújar telah berada di Naples untuk melepasi ujian kesihatan sebagai persediaan berpindah ke kelab Itali. Empat hari kemudian, Catania meminjam semula Andujar sehingga baki musim. Beliau akan menyertai Napoli semula pada permulaan kempen 2014-15. Beliau membuat debut untuk Napoli pada 11 Disember 2014 pada perlawanan menentang Slovan Bratislava pada perlawanan terakhir kumpulan Liga Europa. Beliau mengekalkan gawang gol Napoli tidak dibolos dengan menang 3-0 ke atas kelab Slovakia itu.

Ketika separuh kedua musim 2014-15, beliau berada di keduduka kedua penjaga gol di belakang Rafael Cabral. Pada 24 Aprl 2015, Andujar membawa Napoli ke perlawanan akhir Liga Europa selepas aksi sengit menentang Wolfsburg dengan kemenangan 6-3 pada agregat.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Andújar membuat penampilan pertama antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Argentina pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Colombia pada 6 Jun 2009.

Ketika Piala Dunia FIFA 2010 dan Copa América 2011, Andújar berada di belakang Sergio Romero yang menjadi penjaga gol pertama bagi skuad Albiceleste.

Pada Jun 2014, Andújar termasuk dalam skuad Argentina ke Piala Dunia FIFA 2014.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Estudiantes
Napoli

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Argentina

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA.com. 11 June 2014. m/s. 2. Dicapai pada 15 October 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]