Javier Pastore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Javier Pastore
PSG-Shakhter15 (12).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJavier Matías Pastore[1]
Tarikh lahir (1989-06-20) 20 Jun 1989 (umur 30)
Tempat lahirCórdoba, Argentina
Ketinggian1.87 m
Posisi permainanPemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniRoma
Nombor27
Kerjaya remaja
2002–2007Talleres
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2007–2008Talleres5(0)
2008–2009Huracán31(8)
2009–2011Palermo69(14)
2011–2018Paris Saint-Germain186(29)
2018–Roma14(3)
Pasukan kebangsaan
2010–Argentina29(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 26 Mei 2019.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 7 September 2017

Javier Matías Pastore (Sebutan Sepanyol: [xaˈβjeɾ maˈti.as pasˈtoɾe]; lahir 20 Jun 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi pemain tengah menyerang untuk kelab Serie A, Roma dan pasukan kebangsaan Argentina.

Pastore memulakan kerjayanya di kelab Talleres sebelum berpindah ke Huracán. Seterusnya, beliau berpindah ke Eropah untuk beraksi di kelab Serie A iaitu Palermo pada tahun 2009 dengan bayaran perpindahan sebanyak €4.7 juta. Pada tahun 2011, beliau menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak €39.8 juta. Beliau telah merangkul beberapa kejuaraan domestik bersama kelab tersebut antaranya ialah lima gelaran Ligue 1. Pastore telah menyertai Roma pada tahun 2018 dengan bayaran perpindahan kira-kira €24.7 juta.

Di peringkat antarabangsa, Pastore telah melakukan penampilan sulung untuk skuad senior pada tahun 2010 dan beliau telah tampil dalam 20 perlawanan untuk Argentina. Beliau telah mewakili pasukan Argentina ke kejohanan Piala Dunia 2010 dan tiga edisi Copa América.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Pastore telah dilahirkan di Córdoba. Keluarga beliau merupakan keturunan asal Itali dari Volvera, Turin. Beliau memulakan kerjayanya bersama akademi kelab Talleres sebelum menyertai pasukan senior secara berperingkat. Pada tahun 2007, beliau telah melakukan penampilan pertama dalam Divisyen Kedua Argentina di bawah kendalian Ricardo Gareca. Pada tahun 2007, beliau hanya beraksi dalam lima perlawanan.

Huracán[sunting | sunting sumber]

Semasa musim 2008, Pastore telah dipinjamkan ke kelab Huracán yang beraksi di Primera Argentina. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Huracán pada 24 Mei 2008 ketika tewas 1-0 kepada River Plate. Dalam kejohanan Clausura 2009, beliau telah menjadi pemain penting bagi pasukannya ketika di bawah kendalian Ángel Cappa. Persembahannya yang cemerlang ketika menentang River Plate mendapat perhatian umum apabila beliau menjaringkan gol pembukaan dari jarak 25 ela sebelum menjaringkan gol sekali lagi bagi membantu Huracán meraih kemenangan 4–0. Kejayaan ini merupakan kemenangan tersebar Huracán ke atas River Plate dalam masa 60 tahun. Beliau juga menjadi penjaring gol terbanyak kelab dengan menghasilkan tujuh gol dan tiga pembantu jaringan.

Palermo[sunting | sunting sumber]

Pastore semasa menjadi pemain Palermo

Pada 11 Julai 2009, Palermo secara rasminya mengumumkan Pastore telah menandatangani kontrak lima tahun sehingga 30 Jun 2014 dengan bayaran perpindahan kira-kira €4.7 juta. Sebelum berpindah ke Palermo, Pastore telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab Eropah yang terkemuka antaranya Manchester United, Porto, Milan dan Chelsea.[2]

Penampilan sulung Pastore hadir pada 15 Ogos dalam saingan Coppa Italia manakala penampilan pertamanya di Serie A pada lapan hari kemudian. Aksinya yang menarik pada 4 Oktober ketika menentang Juventus dengan membuat hantaran kepada Edinson Cavani untuk menjaringkan gol bagi membantu Palermo menang 2-0 telah mendapat liputan melalui akhbar-akhbar dan internet. Pastore menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 30 Januari 2010 ketika mereka kecundang 2-4 kepada Bari. Pada musim pertamanya di Palermo, Pastore telah membuktikan bahawa beliau merupakan pemain harapan namun masih kekurangan pengalaman apabila beliau sering menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua permainan ketika di bawah bimbingan jurulatih Walter Zenga dan kemudian Delio Rossi.

Seterusnya, Pastore meyakinkan jurulatih Rossi bahawa beliau merupakan pemain berbakat dengan sering beraksi di belakang gandingan penyerang Fabrizio Miccoli dan Edinson Cavani. Hasil persembahannya, Palermo berjaya menamatkan musim di tempat kelima liga dan menempah tempat ke saingan Liga Europa. Dalam musim 2010–11, Pastore menjaringkan hatrik buat pertama kali dalam kariernya dalam pertembungan menentang Catania.[3] Pada 30 Julai 2011, presiden kelab Maurizio Zamparini mendedahkan bahawa merekea telah menerima tawaran yang dibuat daripada kelab Paris Saint-Germain untuk mendapatkan Pastore.[4]

Paris Saint-Germain[sunting | sunting sumber]

Pastore bermain untuk Paris Saint-Germain

Pada 6 Ogos 2011, Paris Saint-Germain secara rasminya mengumumkan pembelian Pastore dan beliau telah diberi jersi bernombor 27.[5] Bayaran perpindahan tersebut menelan kos sebanyak €39.8 juta. Walau bagaimanapun, disebabkan adanya pemilikan oleh pihak ketiga melalui ejennya Marcelo Simonian, dia hanya memperoleh €12.5 juta(tidak diketahui sama ada melibatkan bayaran ejen atau tidak). Palermo menerusi laman sesawangnya menyatakan bahawa pihaknya hanya menerima €22.8 juta daripada jumlah bayaran.

Presiden Palermo, Maurizio Zamparini telah memulakan tindakan undang-undang terhadap perkara yang berlaku walaupun Persekutuan Bola Sepak Itali telah melarang mana-mana kelab Itali daripada berunding dengan pihak ketiga.

Pastore menjaringkan gol pertamanya di Ligue 1 ketika perlawanan menentang Stade Brestois pada 11 September 2011.[6]

Ketika musim pertamanya di Parc des Princes, Pastore menjaringkan 13 gol dalam 33 perlawanan liga. Pada tahun berikutnya, Pastore tampil dalam 34 perlawanan liga yang menyaksikan PSG menjuarai gelaran liga.[7] Beliau juga menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah ketika menewaskan FC Dynamo Kyiv 4-1 pada 18 September 2012.[8]

Pada musim 2014-15, Pastore telah melakukan 50 penampilan dan dinamakan sebagai Pasukan Pilihan UNFP oleh kerana kejayaan PSG merangkul empat kejuaraan domestik iaitu Ligue 1, Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophée des Champions.

Dalam menghadapi musim 2016–17, Pastore telah mewarisi jersi nombor 10 selepas ketiadaan Zlatan Ibrahimović.[9] Pada musim 2015–16, beliau banyak terlepas daripada aksi perlawanan kerana mengalami kecederaan. Akan tetapi, beliau kembali ke kesebelasan utama PSG dalam perlawanan Le Classique menentang musuh tradisi Olympique de Marseille dan beliau membuat hantaran bola kepada Edinson Cavani untuk menjaringkan gol dalam kejayaan 5 berbalas 1 pada 26 Februari 2017.[10] Tiga hari berikutnya, beliau masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol pembukaan sebelum membantu jaringan kepada Cavani sekali lagi dalam aksi suku akhir Coupe de France 2016-17 menentang Chamois Niortias. Pada 19 Mac 2017, Pastore membantu kedua-dua gol PSG menerusi hantaran lintang kepada penjaring gol iaitu Adrien Rabiot dan Julian Draxler dalam meraih kemenangan 2-1 ke atas Olympique Lyonnais.[11] Pada 17 Mei 2017, Pastore tampil pada minit ke-72 dengan menggantikan Julian Draxler semasa PSG menundukkan Angers 1–0 dalam perlawanan akhir Coupe de France.[12]

Sebelum bermulanya musim 2017–18, beliau memberikan jersi nombor 10 kepada pemain baru Neymar sebagai hadiah selamat datang manakala beliau kembali semula menggunakan nombor lamanya iaitu nombor 27.[13]

Pada 8 Mei 2018, beliau menjadi pemain gantian dan membantu PSG melakar kemenangan 2–0 ke atas Les Herbiers VF untuk meraih trofi Coupe de France 2017–18.[14]

Roma[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2018, Pastore telah menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Itali, Roma dengan bayaran sebanyak €24.7 juta dan beliau diberi jersi bernombor 27.[15] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Roma ketika menang 1-0 ke atas Torino dalam perlawanan Serie A pada 19 Ogos.[16] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab pada 7 Ogos dengan menjaringkan gol pembukaan ketika terikat seri 3-3 menentang Atalanta.[17]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pastore (kiri) beraksi menentang Portugal dalam perlawanan persahabatan.

Berikutan persembahannya yang memuaskan di Serie A, ketua jurulatih Argentina iaitu Diego Maradona memanggil Pastore untuk perlawanan persahabatan tidak rasmi menentang Catalonia pada 22 Disember 2009. Pastore tampil sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan turut menjaringkan gol. Namun perlawanan tersebut tidak diiktiraf oleh FIFA menyebabkan Pastore masih tidak melakukan penampilan sulungnya untuk skuad Argentina.

Pastore dipanggil oleh Maradona sekali lagi untuk perlawanan persahabatan menentang Jerman namun beliau gagal untuk beraksi. Penampilan sulungnya untuk Argentina ialah pada 25 Mei 2010 ketika menentang Kanada. Pastore kemudian disenariakan ke dalam skuad Piala Dunia 2010 oleh Maradona.[18] Pada 22 Jun, beliau melakukan penampilan sulungnya di pentas Piala Dunia apabila menggantikan Sergio Agüero pada minit ke-77 ketika menentang Greece. Pada 27 Jun, beliau sekali lagi menjadi pemain gantian ketika menentang Mexico dengan menggantikan Maxi Rodríguez pada minit ke-87.

Pastore telah dipilih oleh pengurus Sergio Batista untuk skuad Copa América 2011 yang berlangsung di tanah airnya sendiri.[19] Argentina kemudiannya disingkirkan oleh juara kejohanan iaitu Uruguay menerusi penentuan penalti pada peringkat suku akhir.[20]

Pastore menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama pada 31 Mac 2015 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Ecuador.[21] Pada tahun yang sama, Pastore telah dipilih oleh jurulatih Gerardo Martino untuk skuad Copa América 2015 dan beliau tampil dalam perlawanan pembukaan menentang Paraguay.[22] Di peringkat separuh akhir, Pastore menjaringkan gol kedua Argentina dan membantu jaringan Ángel Di María sekali gus memastikan Argentina menewaskan Paraguay 6-1 dan mara ke peringkat akhir kejohanan.[23] Dalam perlawanan akhir menentang tuan rumah Chile, Pastore telah dikeluarkan dan digantikan oleh Éver Banega pada minit ke-81. Keputusan tetap terikat seri biarpun diheret ke masa tambahan, Chile akhirnya meraih kemenangan menerusi penentuan penalti.[24]

Pada tahun 2016, Pastore telah dimasukkan ke dalam skuad Argentina bagi kejohanan Copa América Centenario.[25] Argentina berjaya melangkah ke final namun sekali lagi tewas kepada Chile menerusi penentuan penalti.[26]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mei 2019[27][28]
Kelab Musim Liga Piala[nb 1] Benua[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Argentina Talleres 2006–07 5 0 5 0
Argentina Huracán 2007–08 1 0 1 0
2008–09 30 8 30 8
Jumlah 31 8 32 8
Itali Palermo 2009–10 34 3 1 0 35 3
2010–11 35 11 3 2 6 1 44 14
Jumlah 69 14 4 2 6 1 79 17
Perancis Paris Saint-Germain 2011–12 33 13 3 1 7 2 43 16
2012–13 34 4 4 2 10 3 48 9
2013–14 29 1 6 1 6 1 41 3
2014–15 34 5 6 1 10 0 50 6
2015–16 16 2 4 1 6 0 26 3
2016–17 15 0 6 3 2 0 23 3
2017–18 23 4 8 1 3 0 34 5
Jumlah 184 29 !37 10 44 6 265 45
Itali Roma 2018–19 14 3 2 1 1 0 17 4
Jumlah kerjaya 303 54 43 13 51 7 397 74

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 7 September 2017.[27][29]
Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
2010 4 0
2011 7 0
2014 5 0
2015 11 2
2017 2 0
Jumlah 29 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
31 Mac 2015 East Rutherford, Amerika Syarikat  Ecuador
2–1
2–1
Persahabatan
2
30 Jun 2015 Concepción, Chile  Paraguay
2–0
6–1
Copa América 2015

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Paris Saint-Germain[27]

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Champions League squad list submitted". A.S. Roma. 3 September 2018. Dicapai 30 January 2019. 
  2. ^ Richards, Joel (29 May 2009). "Maradona the only one still to be blown away by Huracán's Pastore". London: The Guardian. Dicapai 2009-07-11. 
  3. ^ "Palermo 3 - 1 Catania Match report - 11/14/10 Serie A - Goal.com". 
  4. ^ "Zamparini: Pastore deal done with PSG". 
  5. ^ "PSG sign Pastore - psg.fr". 
  6. ^ "PSG 1-0 Brest". SkySports. 11 September 2011. 
  7. ^ "10 Pastore Javier". Paris Saint-Germain F.C. Dicapai 28 February 2017. 
  8. ^ "A promising start!". Paris Saint-German F.C. 18 September 2012. 
  9. ^ "Number Ten For Javier Pastore". Paris Saint-Germain F.C. 28 July 2016. 
  10. ^ "Javier Pastore returns to Paris Saint-Germain lineup to torment Marseille". ESPN. 27 February 2017. 
  11. ^ "PSG turn it round to see of Lyon". www.ligue1.com. 19 March 2017. 
  12. ^ "Angers 0-1 Paris St-Germain". BBC. 17 May 2017. 
  13. ^ Guérin, Vincent (3 August 2017). "Pastore: 'A welcome gift'". PSG.fr. Paris Saint-Germain Football Club. Dicapai 14 September 2017. Paris Saint-Germain midfielder Javier Pastore has offered his No.10 jersey to the neo-Parisian Neymar Jr. 
  14. ^ "French Cup final - PSG beat Les Herbiers". BBC Sport. 8 May 2018. Dicapai 23 September 2018. 
  15. ^ "Javier Pastore signs for AS Roma". www.asroma.com (dalam bahasa Inggeris). 26 June 2018. Dicapai 26 June 2018. 
  16. ^ "Torino 0-1 Roma: Match report, reaction and key statistics". www.asroma.com. 19 August 2018. Dicapai 23 September 2018. 
  17. ^ "Kostas Manolas goal completes comeback in Roma draw against Atalanta". ESPN FC. 27 August 2018. Dicapai 23 September 2018. 
  18. ^ "FIFA Fussball-Weltmeisterschaft Russland 2018™ - FIFA.com". FIFA.com. 
  19. ^ Tim Sturtridge; Alejandro Pérez (19 June 2011). "Copa America: Argentina squad preview". The Independent. Dicapai 27 April 2019. 
  20. ^ Edwards, Daniel (17 July 2011). "Argentina 1–1 Uruguay (AET, 4–5 pens.): Carlos Tevez penalty miss proves costly as hosts crash out of Copa America". Goal.com. Dicapai 20 June 2015. 
  21. ^ Sacha Pisani (1 April 2015). "Argentina 2 Ecuador 1: Javier Pastore the Hero". www.beinsports.com. Dicapai 28 April 2019. 
  22. ^ "Argentina 2-2 Paraguay". BBC. 13 June 2015. Dicapai 13 June 2015. 
  23. ^ "Argentina 6-1 Paraguay". BBC. 1 July 2015. 
  24. ^ "Chile 0 Argentina 0 (4-1 on pens)". BBC Sport. 5 July 2015. Dicapai 14 July 2015. 
  25. ^ "Los 23 para la Copa América" (dalam bahasa Spanish). www.afa.com. Dicapai 23 September 2018. 
  26. ^ "Chile beat Argentina on penalties to win Copa América – as it happened". Guardian. 27 June 2016. Dicapai 29 June 2016. 
  27. ^ a b c "J. Pastore". Soccerway. Dicapai 17 December 2015. 
  28. ^ Javier Pastore profile soccernet.espn.go.com
  29. ^ "Javier Pastore". www.national-football-teams.com. Dicapai 31 December 2014. 
  30. ^ "6 Parisians in the team of the season". PSG. 17 May 2015. Dicapai 10 August 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]