Javier Zanetti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Javier Zanetti
Zanetti vs CSKA Mosca 2011 - 2.png
Zanetti pada 2011.
Maklumat peribadi
Nama penuh Javier Adelmar Zanetti
Tarikh lahir (1973-08-10) 10 Ogos 1973 (umur 44)
Tempat lahir Buenos Aires, Argentina
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10+18 in)
Posisi permainan Pertahanan / Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini Inter Milan (Naib presiden)
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1992–1993 Talleres 33 (1)
1993–1995 Banfield 66 (4)
1995–2014 Inter 615 (12)
Jumlah 714 (17)
Pasukan kebangsaan
1996 Argentina B23 12 (0)
1994–2011 Argentina 143[1] (5)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Javier Adelmar Zanetti (Sebutan Sepanyol: [xaˈβjeɾ saˈneti]; lahir 10 Ogos 1973) merupakan bekas pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi pertahanan atau pemain tengah bertahan. Sepanjang kariernya, Zanetti banyak bermain untuk kelab Serie A, Internazionale dari tahun 1995 sehingga 2014 dan mula menjadi kapten pasukan itu dari tahun 1999. Beliau digelar "Il Capitano" yang bermaksud kapten. Beliau boleh bermain di posisi sayap kiri atau kanan dan juga bermain di posisi pertahanan. Selepas bersara, beliau menjadi naib presiden kelab Inter.

Zanetti bersama Inter menjuarai beberapa kejohanan berprestij antaranya lima trofi Serie A dan empat kejuaraan Coppa Italia. Di peringkat Eropah, Zanetti berjaya membantu Inter untuk menang dalam perlawanan ke-700nya, iaitu perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2010. Kejayaan itu adalah bagi melengkapkan gelaran "treble" bagi Inter dan Inter menjadi kelab Itali pertama membuat rekod bersejarah itu. Pada peringkat antarabangsa, beliau telah memegang rekod pemain memiliki kaps terbanyak dalam pasukan Argentina. Beliau juga beraksi dalam dua edisi Piala Dunia dan lima kejohanan Copa América.

Beliau juga memegang rekod penampilan terbanyak untuk kelab Itali yang berasal dari negara luar Itali iaitu sebanyak 858 perlawanan rasmi. Beliau juga merupakan pemain beraksi terbanyak dalam sejarah iaitu sebanyak 1123 perlawanan. Hanya Rogério Ceni (1200 perlawanan) dan Peter Shilton (1362 perlawanan) telah bermain banyak perlawanan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Javier Adelmar Zanetti telah dilahirkan di Buenos Aires, Argentina. Beliau merupakan asal keturunan Itali dan ibu bapa beliau bekerja di kawasan pelabuhan di daerah Dock Sud, salah satu tempat terkenal di ibu kota Argentina itu. Bapa Zanetti, Rodolfo merupakan seorang tukang batu manakala ibunya, Violeta Bonnazola seorang tukang cuci. Zanetti mula bermain bola sepak di pusat bandar. Semasa beliau remaja, beliau cuba memasuki kelab akademi Independiente tetapi ditolak kerana diberitahu bahawa beliau kekurangan fizikal untuk meneruskan perlawanan. Sebaliknya, beliau menumpukan perhatian pada sekolah dan bekerja sebagai pembantu bapanya\ serta pelbagai kerja seperti menghantar susu dan bekerja di kedai runcit saudaranya.[2]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Talleres RE[sunting | sunting sumber]

Selepas beliau ditolak untuk menyertai akadem Independiente, Zanetti menyertai kelab Talleres de Remedios de Escalada yang beraksi di divisyen dua. Di sana, beliau beraksi 33 perlawanan dan menjaringkan satu gol pada satu-satunya musim di kelab itu sebelum beliau melakukan perpindahan ke kelab divisyen pertama, Banfield.

Banfield[sunting | sunting sumber]

Zanetti yang baru berusia 20 tahun membuat debut untuk Banfield pada 12 September 1993 pada perlawanan menentang River Plate di tempat sendiri. Beliau menjaringkan gol pertamanya 17 hari kemudian pada perlawanan menentang Newell's Old Boys yang berkesudahan seri 1–1. Persembahan cemerlang Zanetti untuk Banfield akhirnya beliau mendapat populariti oleh peminat El Taladro dan juga menerima panggilan pasukan kebangsaan. Kelab-kelab gergasi divisyen satu seperti River Plate dan Boca Juniors telah menunjukkan minat terhadap Zanetti tetapi Zanetti memutuskan untuk kekal buat satu tahun lagi. Pada tahun 1995, bersama-sama pemain Argentina Sebastián Rambert, Zanetti berpindah ke kelab Itali,Internazionale dan menjadi pembelian pertama di bawah pemilikan baharu Inter, Massimo Moratti.

Internazionale[sunting | sunting sumber]