Pablo Zabaleta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pablo Zabaleta
Zabaleta Capitan.PNG
Zabaleta bersama Manchester City pada tahun 2011
Maklumat peribadi
Nama penuh Pablo Javier Zabaleta Girod
Tarikh lahir (1985-01-16) 16 Januari 1985 (umur 33)[1]
Tempat lahir Buenos Aires, Argentina[1]
Ketinggian 1.78 m (5 ft 10 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini West Ham United
Nombor 5
Kerjaya remaja
1995–1997 Obras Sanitarias
1997–2002 San Lorenzo
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2002–2005 San Lorenzo 66 (8)
2005–2008 Espanyol 79 (3)
2008–2017 Manchester City 230 (9)
2017– West Ham United 26 (0)
Pasukan kebangsaan
2003–2005 Argentina B20 28 (4)
2008 Argentina B23 9 (0)
2005– Argentina 58 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 16:56, 10 Februari 2018 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 20:58, 11 November 2016 (UTC)

Pablo Javier Zabaleta Girod (lahir 16 Januari 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain di posisi pertahanan kanan untuk West Ham United dan pasukan kebangsaan Argentina.

Bersama Manchester City, dia telah memenangi Liga Perdana Inggeris dua kali: pada tahun 2012 dan 2014. Dia bermain untuk pasukan kebangsaan Argentina sejak tahun 2005 dan mewakili mereka ketika menjadi naib-juara Piala Dunia FIFA 2014.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

San Lorenzo[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Buenos Aires, Zabaleta dibesarkan di Arrecifes, Argentina. Dia memulakan karier bola sepaknya bersama Club Atlético San Lorenzo de Almagro pada tahun 2002 selepas bermain untuk pasukan belia mereka. Sebelum itu, dia ditandatangani oleh mereka ketika berumur 12 tahun dari kelab Obras Sanitarias. Dia pada mulanya bermain di posisi pemain tengah bertahan sebelum berpindah ke posisi kanan tengah.

Espanyol[sunting | sunting sumber]

Zabaleta berpindah ke RCD Espanyol pada tahun 2005 dengan yuran €3 juta selepas menjadi kapten Argentina bawah-20 ketika mereka memenangi Piala Dunia Remaja FIFA 2005.

Semasa musim 2005–06, Zabaleta membantu Espanyol memenangi Copa del Rey dengan bermain keseluruhan 90 minit ketika menang 4–1 dalam perlawanan akhir ke atas Real Zaragoza.[2]

Pada bulan Januari 2007, dia mengalami kecederaan bahu menyebabkannya tidak boleh beraksi selama tiga bulan. Dia beraksi dalam perlawanan akhir Piala UEFA 2006-07 dimana Espanyol kalah kepada Sevilla menerusi penalti.

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Musim 2008–09[sunting | sunting sumber]

Zabaleta bermain untuk Manchester City pada tahun 2009

Pada musim panas tahun 2008, Zabaleta berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City selepas menolak tawaran dari Juventus. Selepas lulus dalam ujian perubatan dan bersetuju dengan terma peribadi, Zabaleta melengkapkan perjanjian lima tahun bersama City pada 31 Ogos 2008 dengan yuran yang tidak didedahkan.[2] Zabaleta menyertai Manchester City sehari sebelum mereka dibeli oleh Abu Dhabi United Group diketuai Sheikh Mansour.

Pada 13 September 2008, Zabaleta membuat penampilan sulungnya untuk Manchester City ketika kekalahan 1–3 kepada Chelsea di Stadium Bandaraya Manchester. Pada 5 Oktober, dia menerima kad merah pertamanya dalam bola sepak Inggeris apabila dia dibuang padang ketika kekalahan 2–3 kepada Liverpool semasa penampilan keempatnya dalam Liga Perdana Inggeris. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk City pada 17 Januari 2009, satu-satunya gol perlawanan ketika menang 1–0 ke atas Wigan Athletic.[3]

Musim 2010–11[sunting | sunting sumber]

Pada 21 November 2010, Zabaleta menjaringkan gol keduanya dalam Liga Perdana Inggeris ketika Manchester City menang 4–1 ke atas Fulham. Dalam perlawanan yang sama, dia membuat bantuan gol kepada Carlos Tevez.[4] Pada 1 Januari 2011, Zabaleta bermain perlawanan ke-100nya untuk Manchester City dalam semua pertandingan selepas masuk sebagai pemain gantian ketika menang 1-0 ke atas Blackpool di Eastlands. Dua minggu kemudian, pada 15 Januari, Zabaleta membuat bantuan gol keduanya musim itu ketika menang 4–3 ke atas Wolverhampton Wanderers.[5] Kemenangan ini membolehkan City berada di atas seteru Manchester United. Walau bagaimapun, cabaran City untuk kejuaraan liga pudar selepas penurunan prestasi pada bulan Februari dan Mac 2011.

Pada 1 Mei 2011, Zabaleta menjaringkan gol keduanya musim itu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United. Kemenangan 2–1 membolehkan Citizens berada tujuh mata di atas Liverpool dan Tottenham Hotspur dalam persaingan untuk tempat keempat liga.[6]

Pada 14 Mei 2011, Zabaleta masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-88th menggantikan Carlos Tevez dalam perlawanan akhir Piala FA dimana Manchester City menewaskan Stoke City 1–0.[7]

Musim 2011–12[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas tahun 2011, ianya telah dilaporkan bahawa kelab Itali, Roma mahu menandatangani Zabaleta, tetapi Manchester City menegaskan bahawa pemain itu bukan untuk dijual[8] dan Zabaleta bersetuju dengan kontrak tiga tahun pada bulan Julai 2011. Pada 1 Oktober 2011, Zabaleta bermula dalam kesebelasan utama dan bermain keseluruhan 90 minit di posisi pertahanan kanan ketika kemenangan 4–0 ke atas Blackburn Rovers di Ewood Park selepas ketiadaan Micah Richards. Pada 23 Oktober, dia berada pemain di bangku simpanan ketika kemenangan 1–6 ke atas Manchester United di Old Trafford dengan Richards bermain di posisi pertahanan kanan.[9]

Pada bulan November 2011, Zabaleta melanjutkan kontraknya bersama Manchester City sehingga musim panas tahun 2015. Pada 30 April 2012, bermula dalam kesebelasan utama dan bermain keseluruhan 90 minit di posisi pertahanan kanan ketika kemenangan 1–0 ke atas Manchester United. Zabaleta menjaringkan gol pertama ketika kemenangan dramatik City 3–2 ke atas Queens Park Rangers dalam hari terakhir musim dimana mereka muncul juara liga buat kali pertama sejak tahun 1968.[10]

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Zabaleta dan Álvaro Negredo bersama trofi selepas perlawanan akhir Piala Liga 2014

Pada 9 Disember 2012, Zabaleta menjaringkan gol penyamaan ketika kekalahan 3–2 kepada Manchester United. Pada Hari Tahun Baru, dia menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 3–0 ke atas Stoke City. Pada 25 Januari 2013, Zabaleta menjaringkan gol ketiganya musim itu ketika kemenangan 1–0 ke atas Stoke City dalam pusingan keempat Piala FA.

Zabaleta diundi sebagai Pemain Bulanan Manchester City untuk bulan Disember 2012[11] dan Januari 2013.[12] Dia menjadi kapten kelab semasa kecederaan Vincent Kompany diantara bulan Januari dan Mac 2013.[13] Dia merupakan satu-satunya pemain City untuk dinamakan dalam Pasukan Tahunan PFA Liga Perdana Inggeris 2012-13.[14]

Zabaleta dibuang padang ketika perlawanan akhir Piala FA 2013 menentang Wigan Athletic kerana menerima kad kuning kedua pada minit ke 84. Wigan menang 1-0 selepas jaringan Ben Watson. Selepas musim yang cemerlang, Zabaleta diundi sebagai Pemain Tahunan Manchester City 2012-13.[15]

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mac 2014, Zabaleta bermain keseluruhan 90 minit ketika Manchester City menewaskan Sunderland 3–1 dalam perlawanan akhir Piala Liga 2014.[16] Pada 21 April, dia menjaringkan gol pertamanya musim itu ketika kemenangan 3–1 ke atas West Bromwich Albion.[17] Pada 11 Mei, Zabaleta bermain ketika menentang West Ham United dimana Manchester City menang liga.

Musim 2014–15[sunting | sunting sumber]

Pada 21 September 2014, Zabaleta dibuang padang kerana kad kuning kedua selepas cabaran ke atas pemain Chelsea, Diego Costa.

Musim 2015–16[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Ogos 2015, ia telah diumumkan bahawa Zabaleta tidak dapat beraksi selama sebulan kerana kecederaan lutut.[18] Pada 17 Januari 2016, Zabaleta membuat penampilan ke–200 untuk Manchester City ketika kemenangan 4–0 ke atas Crystal Palace.[19]

Musim 2016-17[sunting | sunting sumber]

Zabaleta membuat 32 penampilan di dalam semua pertandingan semasa musim 2016–17 dan menjaringkan dua gol. Penampilan terakhirnya untuk Manchester City adalah pada 16 Mei 2017 ketika kemenangan 3–1 ke atas West Bromwich Albion.[20]

West Ham United[sunting | sunting sumber]

Musim 2017–18[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Mei 2017, ia telah diumumkan bahawa Zabaleta telah menandatangani kontrak bersama kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United secara perpindahan percuma.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Zabaleta bersaing dengan pemain Portugal, Ricardo Quaresma dalam perlawanan persahabatan pada tahun 2011

Ketika berumur 14 tahun, Zabaleta dipanggil oleh Hugo Tocalli ke pasukan Argentina B-15. Dia mengambil bahagian dalam banyak pertandinagn remaja termasuk Piala Dunia B-20 FIFA pada tahun 2003 dan 2005. Dia menerima lebih 75 kap dalam pasukan belia kebangsaan dan mula mewakili pasukan senior pada tahun 2005. Dia juga merupakan ahli pasukan yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2008, bermain kesemua enam perlawanan.

Selepas Piala Dunia FIFA 2010, dimana Zabaleta tidak dipilih oleh Diego Maradona, dibawah pengurus baru Argentina dia meletakkan dirinya sebagai pemain pilihan utama di posisi pertahanan kanan. Pada 1 Jun 2011, Zabaleta menjadi kapten Argentina buat pertama kali dalam perlawanan persahabatan menentang Nigeria.

Pada bulan Jun 2014, Zabaleta dinamakan dalam skuad Argentina untuk Piala Dunia FIFA 2014.[21] Dia membuat penampilan sulungnya dalam Piala Dunia FIFA ketika Argentina menang 2–1 ke atas Bosnia dan Herzegovina di Estádio do Maracanã.[22]

Dalam Copa América 2015 di Chile, Zabaleta melakukan hantaran dimana rakan sepasukan Manchester City, Sergio Agüero menanduk masuk satu-satunya gol perlawanan membolehkan Argentina menang ke atas Uruguay dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.[23]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Zabaleta dilahirkan di Buenos Aires. Bapanya Jorge memperkenalkan bola sepak kepadanya ketika dia masih muda. Ibu Zabaleta meninggal ketika dia berumur 15 tahun[24].[25]

Pada Jun 14, 2013, Zabaleta berkahwin dengan teman wanitanya orang Sepanyol, Christel Castaño.

Castaño melahirkan anak mereka yang pertama, seorang bayi lelaki bernama Asier, pada April 4, 2015 di St. Mary's Hospital, Manchester.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 10 Februari 2018
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
San Lorenzo 2002–03 11 0 1 0 12 0
2003–04 27 3 3 0 30 3
2004–05 28 5 9 0 37 5
Jumlah 66 8 0 0 13 0 79 8
Espanyol 2005–06 27 2 1 0 7 0 35 2
2006–07 20 0 2 0 9 0 31 0
2007–08 32 1 4 0 36 1
Jumlah 79 3 7 0 16 0 102 3
Manchester City 2008–09 29 1 2 0 11 0 42 1
2009–10 27 0 8 0 35 0
2010–11 26 1 8 0 11 0 45 1
2011–12 21 1 5 0 5 0 31 1
2012–13 30 2 7 1 5 0 42 3
2013–14 35 1 7 0 6 0 48 1
2014–15 29 1 1 0 6 1 36 2
2015–16 13 0 6 0 3 0 22 0
2016–17 19 1 5 1 7 0 31 2
Jumlah 229 8 49 2 54 1 332 11
West Ham United 2017–18 26 0 2 0 28 0
Jumlah keseluruhan 400 19 58 2 83 1 541 22

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Zabaleta memegang trofi Piala FA, Mei 2011)

San Lorenzo de Almagro

RCD Espanyol

Manchester City

Argentina

Individu

  • Pemain Bulanan Thomas Cook: Januari 2009[26]
  • Pasukan Tahunan PFA Liga Perdana Inggeris: 2012–13
  • Pemain Bulanan Etihad: Disember 2012,[27] Januari 2013[28]
  • Pemain Tahunan Etihad: 2012–13

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "5 Pablo Zabaleta". Manchester City FC Ltd. 2014. Dicapai 24 March 2015. 
  2. ^ a b Taylor, Daniel (29 August 2008). "Zabaleta rejects Juventus in favour of move to 'paradise'". The Guardian. London. 
  3. ^ Bevan, Chris (17 January 2009). "Man City 1–0 Wigan". BBC. Dicapai 2 January 2010. 
  4. ^ "Fulham 1–4 Manchester City". ESPN Soccernet. 21 November 2010. 
  5. ^ "Manchester 4–3 Wolves". ESPN Soccernet. 15 January 2011. 
  6. ^ "Manchester City 2–1 West Ham". ESPN Soccernet. 1 May 2011. 
  7. ^ Gibbs, Thom (14 May 2011). "FA Cup final 2011: Manchester City v Stoke City live". The Daily Telegraph. London. Dicapai 6 March 2014. 
  8. ^ "Roma to launch £6m Zabaleta bid, but Manchester City unwilling to sell Argentina defender". Daily Mail. London. 14 July 2011. 
  9. ^ "Zabaleta agrees three-year deal". The Independent. London. 23 July 2011. 
  10. ^ Custis, Shaun. "Man City 3 QPR 2". The Sun. London. 
  11. ^ "Zabaleta is Etihad Player of the Month". Manchester City F.C. 7 January 2013. 
  12. ^ "Zabaleta voted Etihad Player of the Month". Manchester City F.C. 11 February 2013. 
  13. ^ "Mind games: Manchester City are missing United's winning mentality, admits Pablo Zabaleta". The Mirror. 26 March 2013. Dicapai 22 February 2015. 
  14. ^ "Gareth Bale wins PFA Player of Year and Young Player awards". BBC Sport. 28 April 2013. Dicapai 2 May 2013. 
  15. ^ "Pablo Zabaleta is Manchester City Player of the Year". Manchester City F.C. 4 June 2013. Dicapai 21 June 2013. 
  16. ^ "Man City 3-1 Sunderland". BBC Sport. 2 March 2014. 
  17. ^ "Man City 3-1 West Brom". BBC. 21 April 2014. Dicapai 22 April 2014. 
  18. ^ "Manchester City's Pablo Zabaleta out for month with knee injury". British Broadcasting Corporation (BBC). 21 Ogos 2015. Dicapai 21 Ogos 2015. 
  19. ^ "Zabaleta proud to be 'half Mancunian' after 200th City appearance". Goal.com. 17 Januari 2016. Dicapai 29 Jun 2016. 
  20. ^ "Pablo Zabaleta - Football Stats - West Ham - Age 32 - Soccer Base". www.soccerbase.com. 
  21. ^ "Demichelis in Argentina squad as trio miss out". FIFA. 2 June 2014. Dicapai 21 June 2014. 
  22. ^ "Argentina 2-1 Bos-Herce". BBC. 16 June 2014. Dicapai 21 June 2014. 
  23. ^ "Argentina 1-0 Uruguay". BBC. 17 June 2015. 
  24. ^ "Football's helped since death of mum says Pablo Zabaleta". The Mirror. 28 December 2008. Dicapai 30 August 2011. 
  25. ^ "Pablo Zabaleta espera duro partido para Argentina contra Holanda". EcoDiario. 13 August 2008. Dicapai 30 August 2011. 
  26. ^ "Internal Error - Common - Manchester City FC". www.mcfc.co.uk. Dicapai 2015-07-16. 
  27. ^ "Etihad Player of the Month: Pablo Zabaleta". Manchester City FC. Dicapai 2015-07-16. 
  28. ^ "Etihad Player of the Month: Pablo Zabaleta". Manchester City FC. Dicapai 2015-07-16. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]