Mat Rempit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salah satu gaya kegemaran Mat Rempit, Gaya Aerodinamik ataupun Superman yang dapat dilihat di jalan di Malaysia.
Polis menghalang beratus-ratus penunggang motosikal di Link Kerinchi di Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usaha untuk membendung gejala Mat Rempit
Sekumpulan Mat Rempit 'menakluk' jalan Kuala Lumpur pada malam Sabtu
Sekumpulan Mat Rempit di Terengganu
Mat Rempit menguasai jalan yang dilalui dua buah kereta
Mat rempit bersama gadis bohsia melakukan aksi 'wheelie' mereka

Istilah Mat Rempit mula diperkenalkan oleh wartawan Wan Kamarulzaman (Wan K)[perlu rujukan] melalui edisi siasat yang merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motosikal kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Walau bagaimanapun, istilah ini asalnya diperkenalkan oleh Kartunis Halim Hassan melalui Majalah Motosikal Malaysia iaitu Roda Roda yang diterbitkan pada 1998.[perlu rujukan] Watak Mat Rempit ialah nama kepada watak kartun rekaannya yang sebenarnya merujuk dirinya sendiri. Beliau masih aktif melukis kartun pada hari ini walaupun jarang diterbitkan. Minah Rempit pula merupakan seorang pelumba perempuan, atau kawan perempuan Mat Rempit. Mat Rempit juga diberi gelaran rasmi sebagai samseng jalanan oleh Kerajaan Malaysia.

Kebanyakan Mat Rempit menjalankan aktiviti berlumba haram, dan ada juga yang menjalankan aktiviti menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit dikatakan terlibat dengan kegiatan samseng atau gangsterisme, rompak berkumpulan,[1][2] pergaduhan, laku musnah, mencuri, mengambil dadah, dan menjadi pembuli jalanraya. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak mematuhi piawaian, ataupun sudah banyak diubahsuai. Bahkan, ada Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen yang sah, tidak membayar cukai jalan dan menunggang motosikal yang dicuri.[3][4] Kini, taman perumahan turut ditukar menjadi litar lumba haram oleh Mat Rempit.[5] Perkara ini menyebabkan para penduduk taman perumahan membuat bonggol-bonggol jalan untuk mencegah dan menghalang Mat-Mat Rempit berlumba dikawasan perumahan mereka. Dianggarkan di Malaysia, terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.[6] Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Mat-Mat Rempit yang rata-ratanya para remaja akan beraksi pada waktu senja, tengah malam atau selepas ibu bapa mereka pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan berjumpa kawan, membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Kebanyakan ibu bapa tidak tahu atau buat-buat tidak tahu akan aktiviti haram anak-anak remaja mereka. Ada ibu bapa yang tinggal diluar kota, tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke bandar Kuala Lumpur.[perlu rujukan]

Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur, jalan yang popular dengan aktiviti haram ini ialah Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa orang remaja belasan tahun.[perlu rujukan]

Istilah Mat Rempit dan Minah Rempit lebih kerap dipakai untuk penunggang berbangsa Melayu di Malaysia. Hal ini juga membangkitkan rasa kurang senang oleh masyarakat Islam kerana "Mat" & "Minah" lebih rapat dengan nama junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ibunya Aminah yang kerap diberi nama timangan "Mat" dan "Minah" bagi anak-anak Melayu Islam yang diberi nama seperti junjungan besar ini. Kumpulan ini menuntut supaya perkataan Mat dan Minah digugurkan, dan hanya menggunakan perkataan "Rempit".[perlu rujukan]

Di tempat lain[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, terdapat kebudayaan Bosozoku, sejenis kumpulan motosikal di Jepun. Bosozoku berasal pada 1950-an selepas Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, industri kenderaan Jepun sedang berkembang pesat. Kumpulan Bosozoku yang terawal dimuncul pada 1950-an dipanggilkan Kaminari-zoku. Banyak ahli kumpulan ini adalah daripada kelas sosioekonomi yang lebih rendah, dan menggunakan aktiviti haram untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada masyarakat.[perlu rujukan]

Pada 1980-an dan 90-an, Bōsōzoku atau Mat Rempit sering memberi tumpuan kepada kualiti tunggangan dan bilangan penunggang, di mana sehingga 100 penunggang pada satu kumpulan akan belayar bersama-sama di lebuh raya. Penunggang motosikal akan menjalankan pondok tol tanpa henti dan akan mengabaikan percubaan polis untuk menahan mereka. Sehari sebelum Tahun Baru ini merupakan masa yang popular untuk berkumpulan penunggang. Penunggang Mat Rempit akan menghancurkan kenderaan dan memukul pemandu atau orang yang berada di tempat kejadian yang dapat dengan cara atau menyatakan penolakan dengan tingkah laku mereka. Mat Rempit juga memukul orang asing (seperti pelancong dari luar negara) untuk menunjukkan keganasan mereka. Mat Rempit juga mula muncul di Malaysia pada era yang sama.[perlu rujukan]

Sekatan jalan raya[sunting | sunting sumber]

Berbagai sekatan jalanraya yang diberikan nama Ops, sering diadakan oleh pihak polis untuk membendung kegiatan jenayah ini. Sekatan jalanraya sering diadakan dimalam hujung minggu, malam cuti umum seperti Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina dll, malam Tahun Baru dan malam musim cuti sekolah. Walaubagaimanapun kadang-kadang terdapat kaki atau perisik haram yang memberi amaran kepada kumpulan Mat Rempit agar tidak berlumba pada waktu yang ditentukan kerana satu ops sudah dirancang. Sekatan jalan raya oleh polis trafik ini dianggap sebagai satu cabaran yang menyeronokkan bagi Mat-Mat Rempit. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ini amat membahayakan kepada diri mereka dan juga kepada pengguna jalanraya yang lain. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Mereka tidak memperdulikan kehadiran polis trafik yang bersenjata api dan berkayu cota. Mereka juga tidak memperdulikan keselamatan diri mereka, pembonceng, polis, pengguna jalanraya dan orangramai. Sikap biadap mereka ini sering membawa akibat yang buruk seperti kemalangan dan ada juga yang membawa maut. Ibu bapa dan masyarakat yang rosak moral mereka akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada rim tayar yang bergerak laju untuk mengelakkan Mat Rempit melarikan diri. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan kerana mangsa akan jatuh dan mengalami kecederaan parah kerana motosikal akan terhenti dengan mengejut. Akhirnya pihak penguasa serik memberi kerjasama untuk membendung gejala sosial ini. Sekali lagi ibu bapa menyalahkan polis apabila pejam mata sahaja.[7]

Sikap Ibubapa, Penjaga dan Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Ada ibubapa yang benar-benar tidak tahu tentang kegiatan merempit anak-anak mereka. Apabila mereka mendapat tahu, mereka berasa marah dan amat kecewa. Ada juga ibubapa yang pura-pura tidak tahu tentang kegiatan anak-anak mereka. Apabila pihak polis menangkap anak-anak mereka ini diatas berbagai kesalahan trafik, pihak polis pula yang disalahkan. Sikap ibubapa yang sebeginilah yang menyebabkan gejala Mat Rempit ini semakin bermaharajalela. Masyarakat awam pula sudah bosan dengan sikap kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh mengambil tindakan yang berkesan terhadap samseng-samseng jalanan ini. Ada juga ahli politik yang terlibat mengambil Mat-Mat Rempit ini bekerja sebagai tukang pukul, samseng, pengacau ketenteraman awam, dan penjenayah berbayar.

Ganjaran[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan Mat Rempit masih lagi bersekolah dan tidak memiliki lesen memandu. Terdapat juga yang telah bekerja sama ada di sektor awam dan swasta. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, karburetor, piston, brek, pemegang, tayar dan lain-lain diubahsuai. Dianggarkan 70% alat ganti tersebut didapati daripada hasil motor curi kerana harganya jauh lebih murah berbanding dipasaran.[8]

Sanggup mati katak[sunting | sunting sumber]

Mat-Mat Rempit sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan memejamkan mata, menutup lampu motosikal, dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka berlumba di bawah pengaruh dadah sintetik seperti syabu dan ice.[perlu rujukan] Ketika berlumba mereka membayangkan 'ular' atau musuh 'makhluk asing' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka berkhayal konon-kononnya ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal, lapik lutut, topi keledar mahupun insurans nyawa. Ibu bapa yang mengharapkan dan menyayangi mereka dilupakan begitu sahaja. Di Malaysia, Mat Rempit ini kebanyakannya terdiri daripada remaja Melayu (Situasi berbeza di Singapura).[perlu rujukan]. Remaja dari bangsa lain tidak mahu membuang masa, wang, dan nyawa melibatkan diri dengan kegiatan yang tidak berfaedah ini. Lebih baik mereka belajar dengan rajin, bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh dan menjadi warganegara yang berfaedah kepada negara.

Cabaran[sunting | sunting sumber]

Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran dari rakan-rakan rempit, dan musuh-musuh rempit.

Teknik menunggang[sunting | sunting sumber]

Teknik menunggang juga berubah-ubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya teknik tersebut, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik berbahaya seperti wheelie, baring, berdiri dan sebagainya amat popular digunakan.[9]

Langkah penyelesaian[sunting | sunting sumber]

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala "Mat Rempit" dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumur 15 sehingga 19 tahun yang kandas didalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh yang ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal mereka dirampas.[10]

Pengaruh Media[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak filem-filem tentang fenomena Mat Rempit yang diterbitkan bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Filem-filem ini mendapat tontonan box-office atau pecah panggung kerana para remaja amat berminat menonton filem yang memaparkan kegiatan yang bahaya dan melanggar undang-undang ini. Penerbit filem-filem ini hanya menyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak remaja khasnya remaja Melayu dan Islam. Mereka tidak ambil peduli dengan apa-apa kesan buruk yang terjadi akibat ramai para remaja yang meniru aksi-aksi bahaya Mat Rempit yang dipaparkan dilayar perak. Pembikin filem-filem ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko atau kesan buruk dari filem-filem mereka ini.

Budaya masyhur[sunting | sunting sumber]

Mat Rempit menjadi fokus untuk beberapa filem, antaranya ialah:

Mat Rempit juga menjadi tumpuan dalam beberapa lagu, antaranya ialah:

  • Kazar – Memburu Impian (daripada Gila-Gila Remaja)
  • Spider – Salut (daripada Bintang 12)
  • Namewee – Kawanku
  • Yazer featuring Doul – Rempit
  • Ustaz Akhil Hayy Rawa – Relaku Rempit (parodi laguRelaku Pujuk oleh Spider)
  • JJ and Rudy (The Morning Crew) daripada hitz.fm – Not So Furious (parodi lagu Teriyaki Boyz, Tokyo Drift)
  • Fairuz Hafeez – Kisah Mat Rempit / Mat Rempit Jatuh Tergolek

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]