KL Menjerit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KL Menjerit
KL menjerit.png
Pengarah Badaruddin Azmi
Penerbit Maznita Mokhtar
Penulis Badaruddin Azmi(Cerita & Lakonlayar)
Dibintangi oleh Rosyam Nor
Nisdawati
Faizal Hussein
Liza Hanim
Syarikat
produksi
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Filemkita

KL Menjerit ialah sebuah filem aksi romantik arahan Badaruddin Azmi yang mula ditayangkan pada 24 Januari 2002.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Shahrol, anak muda berusia 28 tahun berasal dari kampung di Perlis. Seorang yang agresif dan suka bertindak mengikut perasaan remajanya. Shahrol bersekolah setakat tingkatan empat. Kemudian Shahrol berhijrah ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Tanpa kelulusan tinggi, dia hanya dapat kerja sebagai pembantu di bengkel motor. Kerana kesabarannya dia berjaya menjadi mekanik.

Kehidupannya dilingkungi dunia permotoran. Selain itu, Shahrol juga mempunyai kekasih bernama Linda. Bagaimanapun, pertemuan Shahrol dengan Ayu dan Tun banyak merubah hidup dan sikapnya. Shahrol bertemu Ayu di satu perlumbaan motor haram. Ayu baru tiba di Kuala Lumpur dari kampung untuk mencari kekasihnya, Mustaffa. Tetapi dia terperangkap oleh pengurus perlumbaan dan dijadikan sebagai anugerah bagi pemenang perlumbaan.

Pada awalnya Shahrol hanya berniat menolong Ayu tetapi akhirnya dia jatuh cinta dengan gadis itu. Tun yang berusia awal 20-an pula merupakan rakan baik Shahrol. Tun anak tunggal kepada seorang tokoh politik. Tun remaja bijak dan selalu mendapat keputusan cemerlang pada setiap peperiksaan. Orang tuanya tidak mengetahui Tun menghidap sejenis penyakit yang lama dideritai. Hidup sepi tanpa kasih sayang ibu bapa juga menjadi racun dalam hidupnya. Untuk mengisi kekosongan hidupnya, Tun berkawan dengan Shahrol.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-16, 2003[3]
  1. Filem Terbaik
  2. Pengarah Terbaik - Badaruddin Azmi
  3. Cerita Terbaik - Badaruddin Azmi
  4. Lakonlayar Terbaik - Badaruddin Azmi
  5. Pelakon Lelaki Terbaik - Rosyam Nor
  6. Penataan Bunyi Terbaik - Azman Abu Hassan
  7. Pelakon Harapan Lelaki - Hasnul Rahmat
  8. Pelakon Harapan Wanita - Nisdawati
Anugerah Skrin TV3 ke-6, 2003
  1. Pengarah Terbaik - Badaruddin Azmi
  2. Pelakon Lelaki Terbaik - Rosyam Nor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]