Mustafa Ali
Dato' Haji Mustafa Ali DPMT (Terengganu) | |
---|---|
Jemaah Menteri Malaysia | |
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar | |
Dalam jawatan 14 April 1977 – 8 November 1977 | |
Perdana Menteri | Hussein Onn |
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian | |
Dalam jawatan 5 Mac 1976 – 13 April 1977 | |
Perdana Menteri | Hussein Onn |
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian | |
Dalam jawatan 5 September 1974 – 4 Mac 1976 | |
Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein |
Kepimpinan tertinggi PAS | |
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS | |
Dalam jawatan 2015–2017 | |
Didahului oleh | Hatta Ramli |
Digantikan oleh | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Setiausaha Agung PAS | |
Dalam jawatan 2011–2015 | |
Didahului oleh | Kamarudin Jaffar |
Digantikan oleh | Takiyuddin Hassan |
Ahli Parlimen Malaysia | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Abdul Manan Othman (UMNO) |
Kawasan pilihan raya | Kuala Terengganu |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Mokhtaruddin Wan Yusof (UMNO) |
Digantikan oleh | Rosli Mat Hassan (UMNO) |
Kawasan pilihan raya | Dungun |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Pengkalan Berangan | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Muda Mamat (UMNO) |
Digantikan oleh | Yahya Khatib Mohamad (UMNO) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mustafa @ Hassan bin Ali 7 Disember 1944 |
Parti politik | ![]() |
Dato' Haji Mustafa Ali atau Cikgu Pa adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat[1]. Di peringkat kerajaan negeri Terengganu, beliau pernah menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tempoh 1999-2004.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Dilahirkan pada 7 Disember 1944 di negeri Terengganu Darul Iman.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Mustafa Ali berkelulusan Diploma Pendidikan dan BA Hons dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 1968 dan pernah menjadi cikgu selama lima tahun bermula pada tahun 1969 sehingga 1974.[2]
Politik PAS[sunting | sunting sumber]
Beliau berpengalaman luas dalam dalam politik negara bermula menjadi ahli Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 1974 sehingga tahun 1978 dalam masa yang sama menjawat jawatan sebagai setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977. Turut berpengalaman menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977.
Pada 1977, beliau kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar kerana tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pusat mengisytiharkan MAGERAN di negeri Kelantan Darul Naim. Semua ahli Parlimen PAS akan dipecat dari parti PAS jika menyokong rang undang-undang Darurat Kelantan 1978. PM Hussein Onn menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional dan Mustafa Ali berhenti menjadi menteri pusat.
Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dari tahun 1982 sehingga 1990. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan dari tahun 1999 hingga 2004. Pada zaman pemerintahan kerajaan PAS di negeri Terengganu pada tahun 1999-2004 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dan menjawat portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia dari tahun 1999-2004.
Jawatan pertama dalam PAS ialah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1975 hingga 1987 seterusnya beliau dilantik sebagai Bendahari Agung PAS Pusat dari tahun 1987 hingga 1997, Naib Presiden PAS Pusat pada 1997 hingga 2005, Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 2005 sehingga tahun 2009 serta Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat sejak 1997 sehingga 2009. Kini beliau diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PAS menggantikan tempat Dato' Kamarudin Jaffar.
Sumbangan[sunting | sunting sumber]
Beliau juga pernah terbabit dalam institusi kerajaan iaitu sebagai ahli Majlis Perundingan Belia Negara (1977-1981. Beliau juga pernah dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) (1989-1990) serta dilantik sebagai ahli Institut Integriti Malaysia (IIM) dari tahun 2004 sehingga kini.
Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]
Terengganu
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' - 2001
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-18. Dicapai pada 2016-06-18.
- ^ "Mustafa Ali dilantik Setiausaha", Utusan Malaysia. 12 Jun 2009
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Politik Malaysia, blog Mustafa Ali