Pergi ke kandungan

Mohd Shuhaily Mohd Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Shuhaily Mohd Zain
محمد سهوهاءيلي محمد زين
Mohd Shuhaily pada 2024
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Menyandang jawatan
1 Julai 2025
Raja Johor Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Saifuddin Nasution Ismail
Didahului olehHazani Ghazali
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah
Bukit Aman
Dalam jawatan
15 Ogos 2023 – 30 Jun 2025
Raja Johor Sultan Ibrahim
(2024–2025)
Pahang Al-Sultan Abdullah
(2023–2024)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Saifuddin Nasution Ismail
KetuaRazarudin Husain
Mohd Khalid Ismail
Didahului olehAyob Khan Mydin Pitchay
Digantikan olehM. Kumar S. Muthuvelu
Ketua Polis Kuala Lumpur
Dalam jawatan
15 Mei 2023 [1] – 15 Ogos 2023
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Saifuddin Nasution Ismail
Didahului olehDatuk Abu Samah Mohd Noor
Digantikan olehDatuk Allaudeen Abdul Majid
Ketua Polis Pulau Pinang
Dalam jawatan
1 Julai 2021 [2] – 15 Mei 2023
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
(2021)
Ismail Sabri Yaakob
(2021–2022)
Anwar Ibrahim
(2022–2023)
Menteri Hamzah Zainudin
(2021–2022)
Saifuddin Nasution Ismail
(2022–2023)
Didahului olehDatuk Sahabudin Abd Manan
Digantikan olehDatuk Khaw Kok Chin
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd Shuhaily bin Mohd Zain

(1972-07-12) 12 Julai 1972 (umur 53)
Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganDatin Seri Ennie Salina Roseli (k. 2007)
PendidikanSMK (L) Methodist
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (BA)
Universiti Teknologi Nanyang (MSc)
PekerjaanPegawai polis
Kerjaya kepolisan
Kesetiaan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Branch Polis Diraja Malaysia
Tahun berkhidmat1997–kini
Pangkat
Komisioner Polis[nota 1]

Komisioner Polis Dato' Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain (Jawi: محمد سهوهاءيلي بن محمد زين; lahir 12 Julai 1972), atau nama panggilannya Haily, ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sejak Julai 2025.[3] Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada Ogos 2023 hingga Jun 2025.[4]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mohd Shuhaily bin Mohd Zain dilahirkan di Kuala Lumpur pada 12 Julai 1972. Bapa beliau, Mohd Zain bin Ismail merupakan seorang polis trafik di Kuala Lumpur. Bapa beliau juga pernah berhidmat sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) ketika Kebangkitan Komunis Kedua di Malaysia.[5]

Mohd Shuhaily menerima pendidikan awal di SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur. Beliau juga menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dalam Perhubungan Antarabangsa daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga menerima Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam Kajian Strategik daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU).[6]

Mohd Shuhaily juga menerima latihan intensif dari akademi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Quantico, Virginia awal pertengahan 2002 semasa pangkatnya sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).

Kerjaya kepolisan (1997–2025)

[sunting | sunting sumber]

Mohd Shuhaily memulakan kerjaya polis beliau sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada 1 Disember 1997. Kemudiannya, beliau dinaikkan pangkat ke Pegawai Cawangan Khas. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai pegawai polis PBB pemantau di Kosovo di bawah Misi Pentadbiran Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kosovo. Pada tahun berikutnya, beliau ditugaskan sebagai PDRM Attaché di Kedutaan Malaysia, Washington, D.C.

Setelah pulang semula ke Malaysia, Mohd Shuhaily bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Perak Tengah (kini sebagai Seri Iskandar, Perak), Ketua Cawangan Khas Kontinjen Pahang, Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman dan Timbalan Pengarah E1 Cawangan Khas, Bukit Aman. Pada Julai 2021, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, menggantikan CP Datuk Sahabudin Abd Manan. Pada pertengahan bulan Mei 2023, beliau menggantikan pemangku CP Datuk Abu Samah Mohd Noor sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.[7]

Mohd Shuhaily ditugaskan untuk menyandang tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sejak 15 Ogos 2023 menggantikan CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.[8]

Ketua Pengarah AKPS (2025–kini)

[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2025, Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali setelah beliau berkhidmat dalam PDRM selama 38 tahun.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mohd Shuhaily telah mendirikan rumah tangga dengan Ennie Salina Roseli pada 23 Disember 2007.

Anugerah di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Walaupun Mohd Shuhaily kini bertugas di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebagai Ketua Pengarah, namun beliau masih memangku jawatan Komisioner Polis daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana AKPS di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
  2. ^ Berkhidmat tidak kurang daripada 18 tahun.
  3. ^ Berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun.
  1. ^ "Mohd Shuhaily dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur".
  2. ^ "Shuhaily Ketua Polis P Pinang baharu".
  3. ^ "Shuhaily named new MCBA DG, Kumar to head Bukit Aman CID". New Straits Times.
  4. ^ "Mohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ yang baharu - PDRM".
  5. ^ "CPO Shuhaily Zain: Beyond Mere Enforcement of the Law (Part One)".
  6. ^ "Mohd Shuhaily is now Bukit Aman's CID director". Harian Metro.
  7. ^ "Mohd Shuhaily Ketua Polis Kuala Lumpur baharu". www.bharian.com.my.
  8. ^ "Mohd Shuhaily is now Bukit Aman's CID director". www.thestar.com.my.
  9. ^ "100 bergelar Datuk Seri, Datuk". www.hmetro.com.my. 24 Oktober 2017. Dicapai pada 22 April 2024.
  10. ^ "Deputy IGP heads list of Pahang Sultan's birthday awards and honours list". The Star Online. 4 Ogos 2023.
  11. ^ "Penang Governor to bestow awards and honours on 1,117". www.buletinmutiara.com. 13 Oktober 2023.