Hamzah Zainudin
Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah Zainuddin | |
---|---|
![]() | |
Menteri Dalam Negeri | |
Memegang jawatan 10 Mac 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Haji Ismail Mohamed Said Timbalan I Yang Berhormat Jonathan Yasin Timbalan II |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P56 Larut, Perak | |
Memegang jawatan 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN) |
Majoriti | 1,911 |
Setiausaha Agung Perikatan Nasional | |
Memegang jawatan 7 Ogos 2020 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Memegang jawatan 26 Mac 2020 | |
Didahului oleh | Marzuki Yahya |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Muhammad V |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Hasan Malek |
Digantikan oleh | Saifuddin Nasution Ismail |
Timbalan Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 28 Julai 2015 | |
Raja | Abdul Halim Mu'adzam Shah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Richard Riot Jaem A. Kohillan Pillay |
Digantikan oleh | Reezal Merican Bin Naina Merican |
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Azizah Mohd Dun |
Digantikan oleh | Lajim Ukin |
Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan | |
Dalam jawatan 1 Oktober 2000 – 31 September 2006 | |
Didahului oleh | Bung Moktar Radin |
Digantikan oleh | Nasaruddin Hashim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 12 Mac 1957
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Norashikin Datuk Abdul Ghani Norani Abdul Rashid (cerai) |
Pekerjaan | Ahli Parlimen, Kontraktor |
Gaji | RM55,227.20 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM5 ke 8.5 juta[1] |
YB Dato' Seri Hamzah Zainuddin (lahir 12 Mac 1957) merupakan Ahli Parlimen Larut, Negeri Perak yang kini menyandang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia sejak 10 Mac 2020 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di bawah Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Julai 2015 di Putrajaya.
Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]
Saman Fitnah Harakah kerana balasan lantikan semula bekas Ketua Eksekutif Felcra[sunting | sunting sumber]
Pada 19 Januari 2004, beliau menyaman Ketua Pengarang Harakah dan tiga defendan lain berhubung dakwaan fitnah yang dibuat terhadapnya dalam satu laporan berita yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 Januari 2004. Hamzah dalam pernyataan tuntutannya lagi mendakwa, laporan berita itu telah memfitnah dirinya menerima wang sebanyak RM85,000 sebagai balasan kerana melantik semula bekas Ketua Eksekutif Felcra selepas tempoh perkhidmatannya tamat pada Disember 2002.[2]
Disaman Anwar kerana tuduhan mengacau isterinya[sunting | sunting sumber]
Pada 22 Ogos 2008, ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman terhadap beliau, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk “Anwar Harassed My Wife”.
Anwar mendakwa artikel itu memberi gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.[3]
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Dr. Mohd. Dhari Othman dengan majoriti sebanyak 1,911 undi. Beliau memperolehi 15,878 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,967 undi.
Tahun | Barisan Nasional | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Hamzah Zainuddin | 15,878 | 52% | Mohd Dhari Othman (PAS) | 13,967 | 46% | ||
2013 | Hamzah Zainudin (UMNO) | 22,184 | 56% | Mohd Fauzi Shaari (PAS) | 16,888 | 43% | ||
Raveendran M. Vallikana (BEBAS) | 278 | 1% | ||||||
2018 | Hamzah Zainudin (UMNO) | 18,184 | 46% | Abu Husin Mohammad (PAS) | 13,698 | 35% | ||
Khairil Anuar Akhiruddin (PPBM) | 7,738 | 20% |
Kehormatan[sunting | sunting sumber]
Malaysia :
Kesatria Mangku Negara (KMN) (2000)[5]
Negeri Sembilan :
Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (DPTJ) - Dato' (1997)[5]
Perak :
Sabah
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ [ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm "Pengerusi Felcra saman Harakah", Utusan Online. 20 Januari 2004.]
- ^ "Perbicaraan kes Anwar saman Timbalan Menteri Sept.". Utusan Online. 24 Februari 2008.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 2 January 2010.
- ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25 October 2018.
- ^ "Zahid Hamidi penerima pertama Seri Paduka Sultan Nazrin Shah" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. 28 November 2015. Dicapai pada 30 October 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)