Pergi ke kandungan

Mokhzani Mahathir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mokhzani Mahathir

Mokhzani Mahathir pada tahun 2012
Kelahiran (1961-01-02) 2 Januari 1961 (umur 65)
Pusat pendidikanUniversity of Tulsa (BEng)
Nilai bersihUS$305 Millions (2020)[1]
PasanganMastisa Mohamed
IbuSiti Hasmah Mohd Ali
BapaMahathir Mohamad
SaudaraMohamad Iskandar (datuk)
Wan Tempawan Wan Hanapi (nenek)
Marina (Kakak)
Mirzan (Abang)
Melinda (Kakak)
Mukhriz (Adik)
Maizura (Adik)
Mazhar (Adik)
Meera Alyanna Mukhriz (anak saudara)

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Mokhzani bin Tun Dr. Mahathir (lahir 2 Januari 1961) merupakan anak kedua kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah Mohd Ali.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Seperti adiknya Mukhriz Mahathir, Mokhzani ialah seorang ahli perniagaan dan telah memainkan peranan yang aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), dan pada satu masa berkhidmat sebagai bendahari pemuda.[2][3] Sehingga 2006, Mokhzani adalah seorang perwakilan UMNO salah satu kawasan di Kedah,[4] tetapi telah tidak aktif dalam aktiviti politiknya. Pada bulan Mei 2008, beliau mengikuti jejak langkah bapanya untuk keluar dari UMNO, selepas 22 tahun sebagai ahli UMNO cawangan Sungai Layar.[5]

Kerjaya korporat

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Mokhzani menggabungkan Kencana Petroleum dengan SapuraCrest, yang dikendalikan oleh rakan zaman kanak-kanaknya Shahril Shamsuddin. Beliau meletak jawatan daripada peranan eksekutif pada bulan Januari 2014 untuk menumpukan perhatian kepada pelaburan yang lain. Bulan berikutnya, beliau memotong kepentingannya dalam SapuraKencana, penyedia perkhidmatan minyak dan gas terbesar negara, menjual saham bernilai $248 juta. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah bukan sahaja SapuraKencana tetapi juga telekom gergasi, Maxis dan syarikat kabel gentian optik, Opcom Holdings. Beliau merupakan seorang pelabur asas dalam IHH Healthcare dan Astro Malaysia Holdings. Beliau juga merupakan Pengerusi Litar Sepang, yang menjadi tuan rumah Formula 1 di Malaysia.[6]

Mokhzani disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion) pada tahun 2014.[7]

  1. ^ "Mokhzani Mahathir". Forbes (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Can Mahathir Run Malaysia Minus His "Alter Ego"?
  3. ^ Mahathir's Son Leaves Corporate World
  4. ^ Mahathir loses bid
  5. ^ "Mokhzani ends 22-year ties with Umno". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2008-05-22.
  6. ^ "Mokhzani tastes victory". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-16. Dicapai pada 2014-08-21.
  7. ^ "Richest Malaysians". Forbes.com.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]