Muniff Isa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muniff Isa
Kelahiran
Abdul Muniff bin Md Isa

1981 (umur 42–43)
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2005–kini
PasanganMas Muharni (k. 2014)

Abdul Muniff Md Isa ialah seorang pelakon lelaki Malaysia dan merupakan anak kepada ahli politik dan bekas Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Muniff Isa memulakan kerjaya lakonan pada 2005. Antara drama lakonannya termasuk Cinta Batu Belah, Stanza Cinta dan BFF: Teman Tapi Mesra yang kesemuanya pernah bersiaran di TV3. Beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan Ejen Halal yang disiarkan di TV AlHijrah.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai adik-beradik seramai 7 orang dan merupakan graduan Diploma Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[1]

Beliau berkahwin dengan pelakon, Mas Muharni pada 20 Disember 2014. Muniff dan Mas mula berkenalan ketika sama-sama belajar di UiTM.[1][2][3]

Muniff juga berkebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Dilarang Masuk Bad Filem pertama
Nur Kasih The Movie Mamat
2012 Jiwa Taiko Elang
29 Februari Arif
2013 Tanda Putera Shafee Yahya

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Cinta Batu Belah Helmi TV3
2009-2010 Blogger Boy Joe 8TV Episod. 27
2010 Pasukan Gerakan Marin Zaharin TV9
2011 Gemilang Johan TV3
Stanza Cinta Fadhli
2012 BFF: Teman Tapi Mesra Iskandar
Bukan Bidadari Shidi
2014 Kifarah Episod: "Amanah"
Kifarah Joe Episod: "Panjang Tangan"
2015 Kifarah Mistik Episod: "Silap Mata"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Terima Kasih Cikgu Zamri TV1
2017 Simpang Jalan Ah Keong Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2010–2012 Ejen Halal Pengacara TV AlHijrah

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Dadah (2015)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Akad nikah sekali lafaz". Harian Metro. 21 Disember 2014. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (20 Disember 2014). "Mas Muharni-Muniff Isa sah bergelar suami-isteri". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  3. ^ Juwie (8 November 2014). "Cinta lokasi Munif, Mas Muharni ke jenjang pelamin". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  4. ^ "Selebriti popular anak VIP". Melastik Bintang. 26 Julai 2012. Dicapai pada 18 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]