Stanza Cinta (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Stanza Cinta
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Nurull Halawati
Ditulis olehNurull Halawati
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kisah Hati" oleh Alyah
Lagu penutup"Antara Kita" oleh Jed Madela dan Nikki Palikat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitTengku Iesta Tengku Alaudin
PenyuntingNanni Johari
Sinematografi
  • Mohd Azmil Ahmad Jamal
  • Mohd Farhaan Ahmad
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 Jun 2011 – 11 September 2011

Stanza Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Along Kamaludin, dibintangi oleh Fathia Latiff, Aaron Aziz dan Fizz Fairuz. Diadaptasi dari novel 2010 bertajuk sama, drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 19 Jun 2011 dan tamat pada 11 September 2011.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Amni Sorfina, seorang gadis yang berkeperibadian indah seindah namanya yang bermaksud ‘ketenangan yang suci’. Amni merupakan seorang wanita akhir zaman yang mencuba sedaya upaya untuk menjadi wanita solehah. Namun, jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian sering melanda dirinya. Ketika bahagia mula menyapa dirinya, tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Pintu hati Amni Sorfina yang selama ini kejap terkunci akhirnya berjaya disentuh hatinya melalui ayat-ayat cinta Allah. Seorang lelaki yang bernama Taufiq yang dapat menyentuh ruang hatinya yang paling dalam dan membuka pintu hatinya dengan cinta Allah. Taufiq hadir dalam hidup Amni ketika Amni kehilangan seorang sahabat sejati bernama Umairah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

Pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Azhar Sulaiman sebagai Dr. Ikram
  • Muniff Isa sebagai Fadhli
  • Watie Sadali sebagai isteri Dr. Ikram
  • Hilal Azman sebagai Yazid
  • Amirullah Azmi sebagai Bomoh Siam
  • S. Azmi sebagai Bomoh Melayu

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Review Drama dan Novel: Stanza Cinta TV3". Ibnu Shukran. 19 Jun 2011. Dicapai pada 18 April 2014.
  2. ^ Stanza Cinta (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 2 April 2019.