Nur Azilah binti Seeron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zila
Nama asalZila
Nama lahirNur Azilah binti Seeron
Kelahiran (1988-11-17) 17 November 1988 (umur 30)
Jempol, Negeri Sembilan
Berasal dariMalaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVocal

Nur Azilah binti Seeron atau lebih dikenali sebagai Zila (lahir 17 November 1988) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

Penyanyi kegemarannya ialah Siti Nurhaliza, Mawi, dan Kris Dayanti. Pelakon kegemarannya pula ialah Zed Zaidi, Rosyam Nor, Jehan Miskin, Ezany Nizariff, Rita Rudaini, Fasha Sandha, Eja, dan Ngasreen Ngasri(Darling). Anak penoreh getah dari Jempol, Negeri Sembilan ini menggemari muzik dangdut dan terpengaruh dengan keseksian Inul!

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio


1. Realiti (2007)

  • "U La La"
  • "Nafas Cinta"
  • "Kasih"
  • "Cinta Yang Disini"
  • "Cinta Sulaman Malaysia"
  • "Andai"
  • "Ibu"
  • "Warkah Cinta" (feat Royce)
  • "Realiti"
  • "Tak Ingin Lagi"
  • "Warisan"

Penglibatan Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Zila diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Zila telah tersingkir pada Konsert ke-4. Seterusnya, Zila dibawa masuk bersama tujuh peserta yang lain ke konsert AFMASUK bagi merebut peluang terakhir untuk melangkah ke peringkat akhir bersama empat finalis yang sedia ada tetapi tidak berjaya.

Lagu-lagu yang didendangkan di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Prelude : Rindu - nyanyian asal oleh Rhoma Irama (versi Meggi Z)
  • Konsert Pertama : Jangan Tinggal Daku - nyanyian asal oleh P. Ramlee
  • Konsert Kedua : Jika Kau Kekasih - nyanyian asal oleh Linda Nanuwil
  • Konsert Ketiga : Tak Tercapai Akalmu - nyanyian asal oleh Elyana
  • Konsert Keempat : These Boots Are Made For Walking - nyanyian asal oleh Nancy Sinatra
  • Konsert Kesembilan : Bisikan Hati - nyanyian asal oleh Toh Puan Setia Datuk Rafeah Buang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]