Along Cham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Along Cham
Kelahiran
Muhammad Nizamuddin bin Ahmad

(1983-01-19) 19 Januari 1983 (umur 41)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2008–kini
PasanganZila Seeron (k. 2010; c. 2016)
Afreena Suhaimi (k. 2024)
Anak-anak1

Muhammad Nizamuddin Ahmad atau Along Cham (lahir 19 Januari 1983) merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya menerusi penglibatan dalam program realiti Raja Lawak musim kedua bersama Azrul. Pada 1 Mac 2012, Along dilantik sebagai duta Modenas sempena pelancaran model motosikal Modenas Ace yang baru.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Along Cham dilahirkan pada 19 Januari 1983 di Johor Bahru, Johor sebagai Mohamed Nizamuddin bin Ahmad dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Along sebelum ini pernah berkhidmat sebagai DJ di Perbadanan Johor di Johor Bahru sebelum menceburi bidang seni. Beliau juga merupakan bekas juruteknik elektrik Syarikat Swasta di Johor Bahru dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkahwin dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron pada 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin.[2] Pasangan ini bercerai pada 2016.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Along Cham pertama kali mendapat perhatian umum menerusi penyertaannya dalam rancangan realiti TV, Raja Lawak Astro musim kedua bersama kumpulan Cham yang dianggotai oleh teman karibnya, Azrul Zaidi. Cham merupakan naib juara sementara Nabil Ahmad merupakan juaranya. Along menggunakan nama "Cham" selepas pasca-Raja Lawak dan enggan menggunakan nama "Raja Lawak" untuk kerjaya komedinya. Sebelum menyertai Raja Lawak, Along pernah menyertai Malaysian Idol musim pertama sebagai salah seorang peserta Top 100.

Kerjaya filem beliau hadir pada 2009 menerusi filem Sifu & Tongga lakonan Saiful Apek dan rakan seperjuangannya di Raja Lawak musim kedua, Nabil Ahmad arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen. Beliau mengikat kontrak bersama Metrowealth Pictures dan seterusnya muncul bersama filem aksi komedi pecah panggung Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Bobby, beliau membawakan semula peranan itu dalam tiga filem seterusnya, Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014). Beliau turut memegang watak sama dalam spinoff filem Adnan Sempit, Wawa Semput (2013).

Filem lain yang dibintanginya ialah Suatu Malam Kubur Berasap (2011), Taikun (2012) serta Jidin Sengal (2012) yang menggandingkannya bersama Angah Raja Lawak.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Sifu & Tongga Pengawai Polis 2 Filem pertama
My Spy Goon 2
2010 Adnan Sempit Bobby
2011 Alamak... Toyol! Kudin
Suatu Malam Kubur Berasap Bun
2012 Adnan Sempit 2 Bobby
Jidin Sengal Jidin
Taikun Kun
Adik Manja Returns Ketua Incharge
Shh...Dia Datang
2013 Wawa Semput Bobby
Bro, Nampak Motor Gua? Epol
Adnan Sempit 3 Bobby
Lagenda Budak Hostel Kodan
Hello
2014 Adnan Sempit Sawadikap Bobby
2019 Tiada Tajuk Kuswadi
2022 Hantu Kuat Ketawa Nizam
Kedai Antik Wak Jambi Along
Seratus Penampilan khas
2024 Yie Prehhh...

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Suamiku Mat Piun Poji TV3
2021 Apartment Putra Roy TV2 Sitkom

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Aku Budak Minang TV2
2010 Jiwa Kacau Astro Prima
2011 Pak Nil Ibu Kirim Salam
2014 Rock Sangkut Kuswadi
2021 Tanah Kubur: Peneman Saka Astro Citra
2022 Tuah Sawa Nabil TV Okey

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Road Tour ABPBH Pengacara TV3
2014 Kuali Terbalik Astro Warna
#havocwarna Pengacara
2015 Tabung Gelak Warna
Sembang Pacak (Musim 1)

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kumpulan
2008 Raja Lawak Musim 2 Cham
2013 Super Spontan 2013 Ketam Konfius
Maharaja Lawak Mega 2013 Tulang
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 Jalor
2015 Super Spontan All Stars Silat Dongibab
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Cham

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2017–2018 Best Pagi Best FM

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Top 5 Pelakon Komidi Lelaki Terbaik Filem (Anugerah Komidi Warna) Wawa Semput

Top 5 Drama Komidi Terbaek ASK2018

Top 5 Pelakon Filem Lelaki Terbaek ASK2019 - Filem Tiada Tajuk

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pelancaran motosikal terbaru Modenas Ace 115 dan duta terbaru Metrowealth Pictures (2 Mac 2012). Dicapai pada 2 Mac 2012.
  2. ^ Along Cham tidak lagi dendam bekas isteri, hantar anak ke madrasah mStar Online (2 Mac 2019). Dicapai pada 1 Mac 2019).
  3. ^ Raha Nurfatimah Mawar Mohamad (31 Julai 2016). Along Cham beri penjelasan krisis rumah tangga Berita Harian. Dicapai pada 18 Januari 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]