Pergi ke kandungan

Ezany Nizariff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ezany Nizariff

PJB (Perlis)
Kelahiran
Mohamad Zohri bin Mohd Nizariff

(1973-09-08) 8 September 1973 (umur 52)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2002–kini

Dr. Mohamad Zohri Mohd Nizariff (lahir 8 September 1973) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Drama pertamanya ialah ketika menjayakan VCD iaitu Mimpi bersama Diana Rafar pada 2002. Sehingga kini, beliau sudah berlakon lebih 60 drama TV.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[1]

Ezany merupakan anak sulung dari tiga beradik. Ezany mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Sri Ilmu, Kangar. Sebelum menceburi dunia seni, Ezany terlebih dulu bertugas di sebuah bank di Kuala Lumpur selama kira-kira lima tahun. Beliau juga pernah menjayakan komersial TV seperti Telekom Malaysia, Maybank dan Maxis sebelum mengenali dunia lakonan.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak
2005 GK3 The Movie Zack
2007 Cinta Yang Satu Firdaus
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Kisah Benar (Musim 23) Ayie TV3 Episod: "Terleka"
2005–2007 Natasha Irfan
2006 Tangisan Bulan Madu Bogatt/Razlan TV2
2007 Kerana Cintaku Saerah Mustaza TV3
2008 Intan Asmara Salleh TV3
Obsesi Dr Amran
2009 Anak Betong Zaman
Lily Marlin Ashraf TV2
Jangan Pandang Belakang The Series Imam Sani
Segalanya Ku Terima Ramli TV3
Legasi 43 Karat Dani Haris
Delima Dr Harris Astro Prima
Keliwon (Musim 2) Nordin TV3 Episod: "Keranda Terbang"
2009–2010 Cucu Betong Zaman
2010 Chinta Fakhri
Sirah Cinta Fikri TV1
Sara Akashah
2011 Bait Cinta Zarin TV9
Kemboja Putih Zali TV3
Mistik Alam Hitam Astro Ria & Astro Prima Episod: "Berikan Ku Nyawa"
Terowong Ani TV3 Episod: "Rasuah"
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Murad Astro Oasis Episod: "Makan Hasil Isteri"
Pak Su Man Rizman/Pak Su Man TV AlHijrah
Andai Kutahu Johan TV9
Amukan Pocong Jidin TV3
2013 Surat Dari Langit Biru Amir
Tangisan Bulan Madu 2 Razlan TV2
Cinta Jannah Suffian TV3
2014 Lara Ameena Imran TV1
2015 Nyiur Nan Setandan Udin TV2
Dia Isteri Luar Biasa Wadi TV3
2018 Kelip-kelip Di Kota London Dato Radzi
Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung Sarjan Hisyam
2022 Kerana Dia Suka Dato Zack
2024 Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Husin

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Mimpi VCD
2003 Neon Geng Motor III Penampilan khas
Helah Joe
2005 Armour X Max
Daun Ketupat Kering Bang Chik TV2
2010 Ohh... Bola
Perigi Kontang Hashim TV3
2011 Imam Salahudin
2012 Tiga Jumaat Terakhir Ustaz Haikal
Warkah Cinta Mat Rock
2016 Wira Insan Insan
2022 Survival 486 Emran Astro Citra

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Penaran Saluran TV Catatan
2013 Betul ke Bohong? (Musim 4) Artis Jemputan Astro Warna Episod 10
  1. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]