Pakaian dalam lingeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelbagai gaya pakaian dalam lingeri
Gaun dalam separa

Pakaian dalam lingeri ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pakaian dalam yang berfesyen lagi menggoda. Istilah "lingeri" berasal daripada perkataan Perancis, linge ("boleh dibasuh"), sebagaimana digunakan dalam ungkapan faire le linge ("mencuci kain kotor"). Sesungguhnya, perkataan itu pada asasnya berasal daripada perkataan lin yang membawa pengertian "linen boleh basuh". Kain linen ialah fabrik yang digunakan untuk membuat pakaian dalam Eropah sebelum pengenalan kapas mula-mulanya dari Mesir dan kemudian dari India.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Istilah "lingeri" dalam bahasa Perancis merangkumi semua pakaian dalam bagi kedua-dua jantina. Bagaimanapun, dalam bahasa Inggeris, istilah "lingeri" hanya digunakan khusus untuk pakaian dalam yang direka bentuk semata-mata untuk menggoda atau bersifat erotik. Ia biasanya menggunakan fabrik seperti Likra, nilon (rajut nilon), poliester, satin, renda, syir, dan/atau sutera. Bagaimanapun, istilah "lingeri" tidak merangkumi pakaian dalam kapas fungsian. Ia biasanya disebut dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan sebutan Perancis tiruan, iaitu LONJ-er-ee dalam sebutan bahasa Inggeris British, dan lonj-er-AY dalam sebutan bahasa Inggeris Amerika. Bagaimanapun, sebutan Perancis yang benar ialah lan-ZHREE (/læⁿˈʒri/).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Konsep lingeri sebagai pakaian yang menggoda ialah satu perkembangan akhir abad ke-19. Lady Duff Gordon dari Lucile merupakan salah satu perintis lingeri yang awal bagi membebaskan wanita daripada korset yang sangat menyekat. Sehingga separuh pertama abad ke-20, wanita memilih pakaian dalam atas tiga tujuan yang utama:

  1. Untuk mengubah bentuk badan mereka, pertamanya dengan menggunakan korset lalu menggunakan girdel dan kemudiannya, coli;
  2. Untuk kebersihan; dan
  3. Untuk kesopanan.

Pakaian dalam wanita sebelum rekaan kain krinolin seringnya sangat besar dan tebal. Sewaktu abad ke-20 berlangsung, pakaian dalam menjadi semakin kecil dan lebih ketat. Pada 1960-an, pengilang-pengilang lingeri yang 'berkontroversi' seperti Frederick dari Hollywood mula membayangkan pakaian dalam lingeri sebagai sesuatu yang penuh daya tarikan dan dengan itu, gagasan lingeri sebagai sesuatu pakaian dalam yang memiliki daya penarik seks beransur-ansur berkembang dengan perlahan.

Industri pakaian dalam lingeri terus berkembang pada abad ke-21, dengan reka bentuk yang juga sesuai digunakan sebagai pakaian luar. Orang Perancis merujuk kepada jenis ini sebagai dessous-dessus yang pada asasnya membawa pengertian "pakaian dalam sebagai pakaian luar". Butik Faire Frou Frou (frasa lapuk yang bermakna "menayang") menandakan falsafah ini dengan mengkategorikan pakaian dalam lingeri sebagai hiasan tambahan, dengan perinciannya seperti pita dan hiasan renda berlapis ditunjuk-tunjukkan sebagai sebahagian pakaian luar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]