Parasite (filem 2019)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parasite
Hangul기생충
Hanja寄生蟲
Revised Romanizationgisaengchung
McCune–Reischauerkisaengch'ung
PengarahBong Joon-ho
Lakon layar
  • Bong Joon-ho
  • Han Jin-won
Cerita olehBong Joon-ho
Dihasilkan oleh
  • Bong Joon-ho
  • Kwak Sin-ae
  • Moon Yang-kwon
  • Jang Young-hwan
Dibintangi
SinematografiHong Kyung-pyo[1]
Disunting olehYang Jin-mo
Muzik olehJeong Jae-il
Syarikat
penerbitan
Barunson E&A Corp
Diedarkan olehCJ Entertainment (Korea Selatan)
Tarikh tayangan
  • 21 Mei 2019 (2019-05-21) (Cannes)
  • 30 Mei 2019 (2019-05-30) (Korea Selatan)
Masa tayangan
132 minit[2]
NegaraKorea Selatan
BahasaKorea
Bajet₩13.5 billion[3]
(~US$11 million)
Pecah panggung$126.4 million[4][5]

Parasite (Hangul기생충; Hanja寄生蟲; RRGisaengchung) ialah sebuah filem seram ngeri komedi hitam dari Korea Selatan yang diarahkan oleh Bong Joon-ho, yang juga menulis cerita filem itu dan menulis bersama dengan Han Jin-won. Dibintangi oleh Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik dan Park So-dam, filem ini mengisahkan sebuah keluarga miskin yang melakukan penipuan dengan menyamar sebagai individu-individu tanpa sebarang pertalian yang serba berkelayakan untuk menjadi pembantu rumah kepada sebuah keluarga golongan atasan.

Tayangan perdana sedunia Parasit diadakan di Festival Filem Cannes 2019 pada 21 Mei 2019, di mana ia menjadi filem Korea pertama yang memenangi Palme d'Or, dan filem pertama berbuat demikian dengan undian sebulat suara sejak filem Blue Is the Warmest Colour dari 2013. Filem ini dikeluarkan di Korea Selatan oleh CJ Entertainment pada 30 Mei 2019, kemudian ditayangkan di seluruh dunia oleh syarikat Neon pada akhir 2019. Ia menerima pujian kritis yang meluas dan merupakan kejayaan komersial yang mengutip lebih daripada AS$ 126.4 juta di seluruh dunia, sekali gus menjadi pelepasan tertinggi Bong dan filem dengan kutipan ke-19 tertinggi di Korea Selatan.

Filem ini telah memenangi banyak anugerah, terutamanya empat anugerah utama di Anugerah Akademi ke-92 untuk kategori-kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan Filem Cetera Antarabangsa Terbaik. Ia menjadi filem Korea Selatan pertama yang menerima pengiktirafan dari Anugerah Akademi dan juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi Filem Terbaik.[6] Di Anugerah Golden Globe ke-77, ia memenangi anugerah untuk Filem Bahasa Asing Terbaik. Ia mendapat empat pencalonan di Anugerah Filem Akademi British Terbaik, memenangi Filem Bukan Berbahasa Inggeris Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik. Ia juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Cemerlang Barisan Pelakon dalam Filem.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Kim Ki-taek, isterinya Chung-sook, anak lelakinya Ki-woo, dan anak perempuannya Ki-jeong tinggal di lantai bawah tanah sebuah rumah pangsa kos sederhana (banjiha). Pekerjaan mereka semuanya adalah pelipat kotak makanan pizza. Seorang rakan Ki-woo, iaitu Min-hyuk yang sedang bersiap untuk menyambung pengajiannya di luar negara, menghadiahkan dia seketul "batu Suseok" kepada keluarga Ki-taek sebagai tanda menghajatkan tuah bagi mereka suatu hari nanti.

Min-hyuk mencadangkan bahawa Ki-woo menyamar sebagai lulusan pelajar universiti untuk mengambil alih kerjanya sebagai guru Bahasa Inggeris persendirian untuk Park Da-hye, seorang anak gadis dalam sebuah keluarga yang kaya. Ki-woo dan Ki-jeong berpakat untuk membuat sijil lulusan dari Universiti Oxford yang palsu dan menukar namanya kepada Kevin. Keesokkan harinya, Ki-woo berjaya mendapat pekerjaan itu. Sebaik sahaja dia mendapat upah harian pertama, Ki-woo ternampak akan Park Da-song, adik lelaki Da-hye seorang yang terlebih aktif. Ibunya, Choi Yeon-gyo mengharapkan agar ada guru persendirian yang boleh mengajar Da-song suatu hari nanti. Disitulah idea penipuan Ki-woo tercetus. Kali ini, dia memperkenalkan adik perempuannya, Ki-jeong dan menggunakan nama samaran Jesicca untuk menjadi guru terapi kepada Da-song. Jesicca juga menyamar sebagai lulusan dai Universiti Illinois, Chicago dan berjaya mendapat pekerjaan tersebut. Suatu hari, Ki-jeong bercadang untuk menganiaya pemandu majikannya, Yoon dengan meletakkan seluar dalam di tempat duduk belakang kereta majikannya. Tindakannya itu membuatkan, Park Dong-ik memecat Yoon atas kesalahan tidak berakhlak baik. Ki-jeong memperkenalkan kepada Yeon-gyo, bahawa bapa saudara angkat yang boleh menjadi pemandu yang ramah dan baik kepada Dong-ik. Kali ini, Ki-taek pula diambil kerja sebagai pemandu rasmi. Ki-jeong juga perasan akan alahan yang dialami oleh pembantu rumah tersebut, Moon-gwang. Dia mempunyai alahan kepada buah pic yang membuatkan dia mengalami alergi batu yang panjang. Tindakan ini disokong oleh Ki-taek terhadap Yeon-gyo yang mendakwa bahawa Moon-gwang disahkan menghidap batuk kering. Akhirnya, Moon-gwang dipecat. Rumah tangga keluarga Park kini tidak teratur kerana Yeon-gyo tidak pandai mengemas rumah dan memasak. Ki-taek mencadangkan kepada Dong-ik bahawa dia ada kenalan sebagai ejen mencari pembantu rumah yang mampu menggantikan tempat Moon-gwang dengan sempurna. Ki-jeong sekali berperanan untuk menyamarbsebagai ejen agar ibunya, Chung-sook berjaya mendapat pekerjaan tersebut. Ternyata tindakan mereka semua berjaya. Dengan ini, kesemua ahli keluarga Kim telah berada di dalam rumah keluarga Park dan mendapat tugas-tugas tertentu. Kehidupan mereka bertambah senang, namun mereka masih tinggal di kediaman yang sama dan kerana mempunyai bau badan yang hampir sama. Tindakan ini hanya dapat dihidu oleh Da-song sahaja dan masih tetap terlepas dengan penyamaran tersebut.

Apabila keluarga Park pergi berkhemah ke luar daerah, keluarga Kim mengambil kesempatan untuk berfoya-foya dalam kemewahan hidup di dalam rumah agam tersebut. Tanpa disangka, kegirangan mereka diganggu oleh kepulangan Moon-gwang yang kononnya hendak menuntut sesuatu yang tertinggal di dalam rumah tersebut. Dia mengajak Chung-sook untuk ke ruang bawah tanah bawah tanah dan mendapati ada sebuah bunker rahsia lalu mendedahkan bahawa lelaki di dalam itu adalah suaminya, Geun-sae, yang telah menetap di situ selama bertahun-tahun untuk bersembunyi. Dia sempat menceritakan, bahawa setiap rumah-rumah agam yang ada disitu terdapat sebuah bunker dibinakan bersama sebagai tempat persediaan persembunyian rahsia jika berlaku peperangan antara negara Korea Selatan dan Korea Utara. Geun-sae adalah pemilik asal tanah lot tersebut, dan tanahnya telah dijual kepada seorang hartawan Nam-gong dan dia dan isterinya, Moon-gwang bekerja dengan Nam-gong, pada masa yang sama dia juga ada berhutang dengan ceti haram dan gagal melunaskannya. Nam-gong pula meninggal dunia dan ahli keluarganya menjual rumah tersebut sehingga ia dibeli oleh Dong-ik beberapa tahun kemudian. Semasa Moon-gwang merayu kepada Chung-sook untuk menyimpan rahsia ini, ahli keluarga Kim yang mencuri dengar pun tersandung dan terjatuh dari atas tangga. Moon-gwang terkejut kerana mereka berempat adalah dari keluarga yang sama dan mengugut untuk mendedahkan penipuan tersebut melalui rakaman video pada telefon pintar Moon-gwang. Dengan itu, berlakulah pergelutan antara mereka.

Tiba-tiba, keluarga Park menghubungi rumah tersebut dan memaklumkan kepada Chung-sook bahawa perkhemahan mereka sekeluarga terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat dan mereka akan tiba di rumah tidak lama lagi. Keluarga Kim mengurung Geun-sae dan Moon-gwang di dalam bunker; Moon-gwang cuba melarikan diri tetapi telah diterjah oleh Chung-sook sehingga mengalami kecederaan kepala yang akhirnya membawa kepada kematiannya. Apabila keluarga Park tiba di rumah, Yeon-gyo memberitahu Chung-sook bahawa anaknya telah mengalami trauma beberapa tahun lalu setelah melihat satu lembaga" muncul dari bilik bawah tanah tersebut. Da-song pula membuat perangai untuk berkhemah di halaman rumah yang membuatkan ibu bapanya terpaksa menemaninya di ruang tamu. Manakala, Ki-taek, Ki-woo dan Ki-jeong masih bersembunyi dibawah meja kopi tidak jauh dari Dong-ik dan isterinya sedang berasmara di atas sofa. Walaupun mereka tersedar akan bau badan Ki-taek yang masam berhampiran dengannya tetapi mereka bertiga masih selamat disitu dan berjaya meloloskan diri keluar dari rumah agam tersebut melalui jalan pintu belakang. Hujan lebat yang turun membuatkan tempat tinggal meraka dinaiki air kumbahan yang memaksa mereka semua tidur di dalam stadium.

Keesokan harinya, Yeon-gyo mula mengadakan parti hari jadi untuk Da-song dan menjemput kenalan dan para kakitangannya. Ki-woo kembali ke bunker dengan membawa batu Suseok, tetapi dia diserang oleh Geun-sae dengan kepalanya dihentak oleh batu tersebut dan mengalami kecederaan parah. Geun-sae melarikan diri dari ruang bawah tanah dan mengambil sebilah pisau lalu bergegas ke halaman rumah dan menikam dada Ki-jeong. Ki-jeong mengalami cedera parah dan meninggal dunia ditempat kejadian. Sementara Ki-taek bergegas untuk membantu Ki-jeong, dia disuruh oleh Dong-ik untuk membawa Da-song segera ke hospital. Ki-taek melemparkan kunci kereta tetapi terjatuh di tempat Chung-sook dan Geun-sae bergelut. Chung-sook sempat membunuh Geun-sae dengan pencucuk daging. Sementara Dong-ik mengambil kunci dibawah badan mayat Geun-sae, Ki-taek yang menyaksikan tindak balas terhadap bau badan tersebut, dianggapnya sebagai penghinaan dan kesabarannya memuncak menyebabkan dia sendiri menikam dada Dong-ik sebelum melarikan diri dan gagal dikesan.

Beberapa minggu kemudian, Ki-woo tersedar dari koma. Dia bersama Chung-sook dijatuhkan hukuman atas kesalahan menipu daya dan memalsukan dokumeen. Sementara Ki-taek yang dikehendaki atas pembunuhan Dong-ik, gagal dikesan sehingga kini. Ketika memperhatikan rumah agam tersebut yang telah dijual kepada pasangan dari Jerman, Ki-woo mendapati lampu rahsia Geun-sae berkelip-kelip dan dia tersedar akan kod Morse tersebut, setiap mesej-mesej rahsia itu berjaya diterjemahkan dan mendapati ia adalah penerangan dari ayahnya yang ingin disampaikan kepadanya. Ki-taek menceritakan, pada hari kejadian, dia melarikan diri dan menyelinap masuk semula ke rumah tersebut melalui ruang garaj kereta dan terus bersembunyi di dalam bunker. Dia juga yang mengkebumikan mayat Moon-gwang dengan aman dan berjanji untuk mengasingkan diri untuk terus mendiami bunker tinggalan Geun-sae tersebut. Kod Morse yang pernah diberitahunya, Ki-taek segera mempelajari berseorangan diri. Dia terpaksa menjadi parasit demi meneruskan kehidupan. Dia juga memberitahu jangan mencarinya di rumah agam tersebut. Ki-woo dan Chung-sook masih tinggal di banjiha meneruskan kehidupannya yang miskin kembali. Ki-woo berjanji pada suatu hari nanti dia akan membeli rumah agam tersebut dan akan membebaskan bapanya kelak. Sampai jumpa suatu hari nanti.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Song Kang-ho sebagai Kim Ki-taek
  • Lee Sun-kyun sebagai Park Dong-ik, majikan syarikat IT
  • Cho Yeo-jeong sebagai Park Yeon-gyo, isteri Dong-ik
  • Choi Woo-shik sebagai Kim Ki-woo, anak lelaki Ki-taek
  • Park So-dam sebagai Kim Ki-jeong, anak perempuan Ki-taek, adik kepada Ki-woo
  • Lee Jung-eun sebagai Gook Moon-gwang, tukang kemas rumah keluarga Park
  • Chang Hyae-jin sebagai Kim Chung-sook, isteri Ki-taek
  • Park Myung-hoon sebagai Geun-sae, suami Moon-gwang
  • Jung Ziso sebagai Park Da-hye, anak perempuan Dong-ik
  • Jung Hyeon-jun sebagai Park Da-song, anak lelaki Dong-ik
  • Park Geun-Rok sebagai Drebar Yoon
  • Jung Yi-seo sebagai pengurus Pizzeria
  • Park Seo-joon sebagai Min-hyuk (kameo)[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BONG Joon-ho's PARASITE Claims Early Sales". Korean Film Biz Zone (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 February 2019.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Naver tidak disediakan
  3. ^ 영화 '기생충' 흥행 질주…손익분기점 400만명 눈앞. 3 June 2019.
  4. ^ "Gisaengchung (2019) - Financial Information". The Numbers. Dicapai pada 24 December 2019.
  5. ^ "Parasite (2019)". Box Office Mojo. Dicapai pada 24 December 2019.
  6. ^ "Rules & Eligibility". Oscars.org | Academy of Motion Picture Arts and Sciences (dalam bahasa Inggeris). 2014-07-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2020. Dicapai pada 2020-02-10.
  7. ^ 박서준 측 “봉준호 ‘기생충’ 특별출연” 2019년 스크린 열일(공식입장). entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 3 February 2019.