Forrest Gump

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Forrest Gump
Forrest Gump poster.jpg
Pengarah Robert Zemeckis
Penerbit
  • Wendy Finerman
  • Steve Tisch
  • Steve Starkey
Lakon layar oleh Eric Roth
Berdasarkan Forrest Gump oleh
Winston Groom
Dibintangi oleh
Muzik oleh Alan Silvestri
Sinematografi Don Burgess
Disunting oleh Arthur Schmidt
Pengedar Paramount Pictures
Mula ditayangkan
  • 23 Jun 1994 
    (Los Angeles)
  • 6 Julai 1994
    (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
142 minit
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Perbelanjaan US$55 juta[1]
Box office US$677.9 juta[1]

Forrest Gump ialah sebuah filem romantik drama komedi epik Amerika Syarikat tahun 1994 berdasarkan novel tahun 1986 dengan nama yang sama oleh Winston Groom. Filem ini diarahkan oleh Robert Zemeckis. Ia dibintangi Tom Hanks, Robin Wright, Gary Sinise, Mykelti Williamson dan Sally Field. Fotografi utama mengambil tempat semasa lewat tahun 1993 terutamanya di Georgia, Carolina Utara dan Carolina Selatan.

Ditayangkan di Amerika Syarikat pada 6 Julai 1994, Forrest Gump mencapai kejayaan komersial dan merupakan filem dengan kutipan tertinggi di Amerika Utara pada tahun itu dengan mengutip 677 juta di seluruh dunia. Pada tahun 1995, filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik untuk Robert Zemeckis, Pelakon Lelaki Terbaik untuk Tom Hanks, Lakon Layar Adaptasi Terbaik untuk Eric Roth, Kesan Visual Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik. Ia turut menerima pelbagai pencalonan dan anugerah lain termasuk Golden Globe dan Anugerah People's Choice. Pada tahun 2011, Perpustakaan Kongres memilih Forrest Gump untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan Amerika Syarikat .[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981, Forrest Gump melihat bulu pelepah jatuh dari langit di sebuah perhentian bas di Savannah, Georgia. Dia menceritakan kisah hidupnya kepada orang asing yang duduk di sebelahnya di bangku perhentian bas mengenai zaman kanak-kanaknya di pekan Greenbow, Alabama.

Pada hari pertama persekolahan, Forrest berjumpa seorang budak perempuan bernama Jenny Curran. Walaupun kurang cerdik, keupayaan Gump untuk berlari sepantas kilat membolehkan dia memasuki kolej melalui biasiswa bola sepak Amerika. Selepas tamat pengajian dari kolej, dia disenaraikan ke dalam tentera dimana dia berkawan dengan seorang lelaki kulit hitam bernama Bubba. Bubba meyakinkan Gump untuk menyertai perniagaan udang bersamanya selepas perang berakhir. Mereka dihantar ke Vietnam dan semasa satu serangan hendap, Bubba terbunuh dalam pertempuran. Gump berjaya menyelamatkan kebanyakkan platunnya termasuk Leftenannya, Dan Taylor yang kehilangan kedua-dua kaki akibat kecederaan. Gump dianugerahkan Medal of Honor untuk tindakannya.

Semasa Gump berada dalam pemulihan selepas suntikan di punggungnya, dia menjumpai kebolehan luar biasanya dalam ping-pong. Dia kemudiannya menjadi semakin popular dan statusnya meningkat kepada selebriti. Dia kemudiannya bermain ping-pong secara kompetitif menentang pasukan China dalam perlawanan diplomasi ping-pong. Ketika di perhimpunan anti-perang di Washington, D.C., Gump berjumpa semula dengan Jenny, yang kini hidup dengan gaya hippie.

Setibanya di rumah, Gump menyokong sebuah syarikat yang membuat raket ping-pong dan mendapat bayaran US$ 25,000 yang digunakannya untuk membeli bot menangkap udang, memenuhi janjinya kepada Bubba. Leftenan Dan menyertai Gump dan mereka pada mulanya mencapai kejayaan kecil. Selepas mendapati bot mereka merupakan satu-satunya yang terselamat di kawasan itu selepas Taufan Carmen, mereka mula berjaya menangkap udang dengan jumlah yang banyak. Mereka menggunakan pendapatan mereka untuk membeli lebih banyak bot menangkap udang. Leftenan Dan melabur wang dalam Apple dan Gump dari segi kewangan selamat untuk sepanjang hidupnya. Dia kembali ke rumah untuk melihat hari terakhir kehidupan ibunya.

Pada satu hari, Jenny kembali untuk melawat Gump. Gump meminta untuk berkahwin dengannya tetapi dia menolak walaupun berasa bertanggungjawab untuk membuktikan cinta kepadanya dengan tidur dengannya. Dia meninggalkan rumah Gump pada pagi berikutnya. Dengan sengaja, Gump memilih untuk pergi berlari. Dia kemudiannya memutuskan untuk terus berlari merentasi negara beberapa kali selama lebih tiga tahun setengah dan menjadi terkenal dalam proses itu.

Pada masa kini, Gump mendedahkan bahawa dia sedang menunggu di perhentian bas kerana dia menerima surat daripada Jenny yang setelah melihat dia berlari di televisyen, meminta Gump untuk melawatnya. Sebaik sahaja dia berjumpa kembali dengan Jenny, dia diperkenalkan kepada anaknya yang juga bernama Forrest. Jenny memberitahu Gump dia menghidap virus yang tidak diketahui (mungkin HIV, walaupun ini tidak pernah dinyatakan). Ketiga-tiga mereka berpindah kembali ke Greenbow, Alabama. Jenny dan Forrest akhirnya berkahwin tetapi dia mati tidak lama selepas itu.

Dia dan anaknya menunggu bas sekolah ketika hari pertama persekolahan anaknya. Ketika membuka buku yang dibawa anaknya ke sekolah, bulu pelepah pada awal filem dibawa oleh angin dan menuju ke arah langit.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Michael Conner Humphreys sebagai Forrest Gump muda

Produksi[sunting | sunting sumber]

Skrip[sunting | sunting sumber]

Filem ini adalah berdasarkan novel tahun 1986 oleh Winston Groom. Kedua-duanya menceritakan karakter Forrest Gump. Walau bagaimanapun, filem ini hanya memberi tumpuan terhadap sebelas bab pertama novel ini sebelum melangkau sehingga akhir novel bersama dengan penubuhan Bubba Gump Shrimp Co. dan perjumpaan bersama Forrest, Jr. Sebagai tambahan kepada beberapa bahagian dalam novel dilangkau, filem ini juga menambah beberapa aspek kehidupan Gump yang tidak berlaku dalam novel seperti pendakap kaki yang diperlu olehnya sebagai kanak-kanak dan lariannya merentasi Amerika Syarikat.[3] Watak teras dan personaliti Gump juga ditukar dari novel.[3] Novel ini juga menampilkan Gump sebagai angkasawan, penggusti profesional dan pemain catur.[3] Dua pengarah ditawarkan peluang untuk mengarah filem ini sebelum Robert Zemeckis dipilih. Terry Gilliam menolak tawaran untuk mengarah.[4] Barry Sonnenfeld terikat dengan filem ini tetapi menarik diri untuk mengarah Addams Family Values.[5]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran bermula pada bulan Ogos 1993 dan berakhir pada bulan Disember tahun itu.[6] Walaupun kebanyakkan filem ini berlatarkan Alabama, penggambaran mengambil tempat terutamanya di Beaufort, Carolina Selatan termasuk pantai Virginia dan Carolina Utara. Pekan Greenbow dirakam di Varnville, Carolina Selatan.[7] Babak Forrest berlari di Vietnam semasa diserang dirakam di Fripp Island, Carolina Selatan.[8] Penggambaran tambahan mengambil tempat di Estet Biltmore, Asheville, Carolina Utara dan di Blue Ridge Parkway berdekatan Boone, Carolina Utara. Tempat yang paling ketara adalah Grandfather Mountain dinama sebahagian daripada jalan dinamakan sebagai "Forrest Gump Curve".[9] Rumah keluarga Gump dibina di Sungai Combahee berdekatan Yemassee, Carolina Selatan dan tanah berdekatan digunakan untuk merakam rumah Curran serta beberapa babak Vietnam.[10] Lebih 20 pokok palmetto ditanam untuk menambah baik babak Vietnam.[10] Forrest Gump menceritakan kisah hidupnya di Chippewa Square, Savannah, Georgia. Terdapat babak lain yang dirakam di sekitar kawasan Savannah termasuk di Jambatan Memorial Richard V. Woods, Beaufort dan di West Bay Street, Savannah.[10] Kebanyakkan babak kampus kolej dirakam di Universiti California Selatan. Rumah api yang dilintasi Forrest untuk sampai ke Lautan Atlantik buat kali pertama adalah Rumah Api Marshall Point di Port Clyde, Maine.

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Filem ini menerima ulasan positif. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 72% pengkritik memberikan filem ini ulasan positif berdasarkan 81 ulasan.[11] Di laman web Metacritic, filem ini mendapat rating 82/100 berdasarkan 19 ulasan daripada pengkritik.[12] CinemaScore melaporkan bahawa penonton memberikan filem ini gred "A+".

Filem ini telah dipuji oleh beberapa pengkritik termasuk Roger Ebert dari Chicago Sun-Times,[13] Todd McCarthy dari Variety,[14] Anthony Lane dari The New Yorker[15] dan Owen Gleiberman dari Entertainment Weekly.[16] Pengkritik mempunyai pandangan bercampur terhadap karakter utama. Gump telah dibandingkan dengan pelbagai karakter dan individu termasuk Huckleberry Finn, Bill Clinton dan Ronald Reagan.[17][18][19]

Box office[sunting | sunting sumber]

Dihasilkan dengan bajet $55 juta, Forrest Gump dibuka di 1,595 teater semasa minggu pertama tayangan domestik dan mengutip $24,450,602.[1] Filem ini mendudki tempat pertama dalam box office mingguan, berjaya mengalahkan The Lion King yang berada pada minggu keempat tayangan.[1] untuk sepuluh minggu pertama tayangan, filem ini menduduki tempat pertama dalam box office.[20] Filem ini kekal di teater selama 42 minggu, mengutip $329.7 juta di Amerika Utara, menjadikan ia filem dengan kutipan keempat tertinggi pada masa itu (di belakang E.T. the Extra-Terrestrial, Star Wars Episode IV: A New Hope dan Jurassic Park).[20][21]

Filem ini mengambil masa 66 hari untuk melepasi $250 juta dan merupakan filem Paramount terpantas untuk melepasi $100 juta, $200 juta dan $300 juta di box office.[22][23][24] Filem ini mengutip $329,694,499 di Amerika Utara dan $347,693,217 di pasaran antarabangsa dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $677,387,716.[1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik. Filem ini dicalonkan untuk tujuh Anugerah Golden Globe dan berjaya memenangi tiga: Pelakon Lelaki Terbaik – Filem Drama, Pengarah Terbaik – Filem dan Filem Terbaik – Drama. Filem ini juga dicalonkan untuk enam Anugerah Zuhal dan memenangi dua untuk Filem Fantasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem).

Pada bulan Disember 2011, Forrest Gump dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan.[25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Forrest Gump (1994)". Box Office Mojo. Dicapai pada July 1, 2009. 
  2. ^ « News from the Library of Congress – 2011 National Film Registry More Than a Box of Chocolates »
  3. ^ a b c Delarte, Alonso (February 2004). "Movies By The Book: Forrest Gump" (PDF). Bob's Poetry Magazine. m/s. 24. Diarkibkan daripada original (PDF) pada March 27, 2009. Dicapai pada July 2, 2009. 
  4. ^ Plume, Kenneth (August 24, 2005). "Gilliam on Grimm". IGN. m/s. 3. Diarkibkan daripada original pada October 20, 2010. Dicapai pada October 20, 2010. 
  5. ^ Fretts, Bruce (November 3, 1995). "Get Barry". Entertainment Weekly. m/s. 2. Diarkibkan daripada original pada October 20, 2010. Dicapai pada October 20, 2010. 
  6. ^ McKenna, Kristine (December 19, 1993). "He's Serious About This One For Tom Hanks, it's been a long ride from 'Splash' to 'Philadelphia,' in which the likable comedy actor plays an AIDS patient who's fired from his job" (Fee required). Los Angeles Times. Dicapai pada June 13, 2010. 
  7. ^ Film locations for Forrest Gump (1994). Movie-locations.com. Retrieved on March 7, 2013.
  8. ^ Smith, Katherine. "Island getaway is motion-picture perfect". St. Petersburg Times. Diarkibkan daripada original pada June 1, 2011. 
  9. ^ Grandfather Mountain audio tour
  10. ^ a b c Forrest Gump-(Building the World of Gump: Production Design) (DVD). Paramount Pictures. August 28, 2001. 
  11. ^ "Forrest Gump". Rotten Tomatoes. Dicapai pada September 5, 2014. 
  12. ^ "Forrest Gump". Metacritic. Dicapai pada July 1, 2009. 
  13. ^ Ebert, Roger (July 6, 1994). "Forrest Gump". Chicago Sun-Times. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2010. Dicapai pada October 20, 2010. 
  14. ^ McCarthy, Todd (July 10, 1994). "Forrest Gump". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2010. Dicapai pada October 20, 2010. 
  15. ^ Lane, Anthony. "Forrest Gump". The New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2010. Dicapai pada October 20, 2010. 
  16. ^ Gleiberman, Owen (July 15, 1994). "Forrest Gump (1994)". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2010. Dicapai pada October 20, 2010. 
  17. ^ Hinson, Hal (August 14, 1994). "Forrest Gump, Our National Folk Zero". The Washington Post. Diarkibkan daripada original pada October 20, 2010. Dicapai pada October 20, 2010. 
  18. ^ Rich, Frank (July 21, 1994). "The Gump From Hope". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2010. Dicapai pada October 20, 2010. 
  19. ^ Corliss, Richard; Julie Grace; Martha Smilgis (August 1, 1994). "The World According to Gump". Time. Diarkibkan daripada original pada October 20, 2010. Dicapai pada October 20, 2010. 
  20. ^ a b "Forrest Gump Weekend Box Office". Box Office Mojo. Dicapai pada July 1, 2009. 
  21. ^ "All Time Box Office Domestic Grosses". Box Office Mojo. 
  22. ^ "Fastest to $100 million". Box Office Mojo. Dicapai pada July 1, 2009. 
  23. ^ "Fastest to $200 million". Box Office Mojo. Dicapai pada July 1, 2009. 
  24. ^ "Fastest to $300 million". Box Office Mojo. Dicapai pada July 1, 2009. 
  25. ^ Nuckols, Ben (December 28, 2011). "Forrest Gump, Hannibal Lecter join film registry". Associated Press. Cox Newspapers. Diarkibkan daripada original pada January 11, 2012. Dicapai pada December 28, 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: