Spotlight (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Spotlight
Spotlight (film) poster.jpg
Pengarah Tom McCarthy
Penerbit
  • Blye Pagon Faust
  • Steve Golin
  • Nicole Rocklin
  • Michael Sugar
Penulis
  • Tom McCarthy
  • Josh Singer
Dibintangi oleh
Muzik oleh Howard Shore
Sinematografi Masanobu Takayanagi
Disunting oleh Tom McArdle
Syarikat-syarikat
produksi
  • Anonymous Content
  • First Look Media
  • Participant Media
  • Rocklin/Faust
Pengedar Open Road Films
Mula ditayangkan
  • September 3, 2015
    (Venice)
  • November 6, 2015
    (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
129 minit[1]
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $20 juta[2]
Box office $48.4 juta[3]

Spotlight ialah sebuah filem biografi Amerika Syarikat 2015 diarahkan oleh Tom McCarthy dan ditulis oleh McCarthy serta Josh Singer.[4][5] Filem ini mengikuti pasukan "Spotlight" dari The Boston Globe, sebuah unit penyiasatan akhbar tertua yang masih beroperasi di Amerika Syarikat[6] dan penyiasatan mereka terhadap kes-kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang meluas dan sistematik di kawasan Boston oleh Paderi Roman Katolik. Filem ini adalah berdasarkan siri cerita oleh Pasukan Spotlight sebenar yang mendapatkan The Globe Hadiah Pulitzer untuk Perkhidmatan Awam 2003.[7] Filem ini dibintangi Mark Ruffalo, Michael Keaton, Rachel McAdams, John Slattery, Stanley Tucci, Brian d'Arcy James, Liev Schreiber dan Billy Crudup.[8]

Filem ini ditayangkan pada November 6, 2015 oleh Open Road Films. Ia memenangi pelbagai anugerah dan dinamakan sebagai salah satu filem terbaik pada tahun 2015 oleh pelbagai penerbitan. Filem ini menerima enam pencalonan di Anugerah Akademi ke-88 dan berjaya memenangi kategori Filem Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, The Boston Globe melantik seorang penyunting baru, Marty Baron. Baron berjumpa Walter "Robby" Robinson, penyunting pasukan Spotlight, sebuah kumpulan kecil wartawan yang menulis rencana siasatan yang mengambil masa berbulan-bulan untuk diselidik sebelum diterbitkan. Selepas Baron membaca sebuah ruangan Globe mengenai seorang peguam, Mitchell Garabedian, yang berkata bahawa Kardinal Law (Archbishop Boston) mengetahui bahawa paderi John Geoghan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan paderi tersebut. Dia mendesak pasukan Spotlight untuk menyiasat. Wartawan, Michael Rezendes menghubungi Garabedian yang pada awalnya menolak untuk ditemu bual. Walaupun dia disuruh untuk tidak memberitahu, Rezendes mendedahkan bahawa dia berada dalam Pasukan Spotlight sekaligus memujuk Garabedian untuk bercakap.

Pada awalnya mempercayai bahawa mereka mengikuti sebuah cerita mengenai seorang paderi yang dipindahkan beberapa kali, Pasukan Spotlight mula mendedahkan sebuah corak gangguan seksual terhadap kanak-kanak oleh paderi-paderi Roman Katolik di Massachusetts dan perlindungan berterusan oleh Boston Archdiocese. Melalui seorang lelaki yang mengetuai sebuah organisasi hak mangsa, mereka memperluaskan siasatan mereka kepada tiga belas paderi. Mereka mempelajari daripada seorang bekas paderi yang bekerja cuba untuk memulihkan paderi-paderi pedofilia bahawa ia terdapat sekurang-kurangnya sembilan puluh paderi pedofilia di Boston. Melalui penyelidikan, mereka menyenaraikan lapan puluh tujuh nama dan mula mencari mangsa untuk menyokong syak wasangka mereka. Apabila Serangan 11 September berlaku, pasukan ini terpaksa mengutamakan cerita ini. Mereka mendapat semula momentum apabila Rezendes mengetahui daripada Garabedian bahawa terdapat dokumen umum yang mengesahkan Kardinal Law menyedari masalah itu dan mengabaikannya. Selepas The Boston Globe memenangi sebuah kes untuk membolehkan lebih banyak dokumen undang-undang didedahkan, Pasukan Spotlight akhirnya mula untuk menulis cerita ini dan merancang untuk menerbit penemuan mereka pada awal tahun 2002.

Ketika mereka hendak pergi mencetak, Robinson mengaku kepada pasukannya bahawa dia telah dihantar senarai dua puluh paderi pedofilia pada tahun 1993 tetapi cerita itu tidak pernah disusulinya. Baron memberitahu Robinson dan pasukannya bahawa kerja yang mereka lakukan adalah penting. Cerita ini dicetak dengan sebuah pautan yang membawa kepada dokumen-dokumen yang mendedahkan Kardinal Law dan nombor telefon untuk mangsa-mangsa paderi pedofilia untuk tampil ke hadapan. Pada pagi hari berikutnya, Pasukan Spotlight dibanjiri dengan panggilan telefon daripada mangsa-mangsa untuk memberitahu cerita mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pasukan Spotlight
Karakter tambahan

Produksi[sunting | sunting sumber]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Fotografi utama bermula pada September 24, 2014 di Boston, Massachusetts[16] dan berterusan pada bulan Oktober di Hamilton, Ontario. Penggambaran mengambil tempat di Fenway Park,[17] pejabat The Boston Globe di Dorchester, Boston,[15] the Boston Public Library,[18] dan Universiti McMaster di Hamilton, Ontario.[19]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Box office[sunting | sunting sumber]

Setakat Februari 7, 2016, Spotlight telah mengutip $36.1 juta di Amerika Utara dan $1.8 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $37.9 juta berbanding bajet produksi sebanyak $20 juta.[3]

Semasa hujung minggu pembukaan tayangan terhad, filem ini mengutip $295,009 dari lima teater (purata $59,002) salah satu purata setiap skrin tertinggi pada tahun 2015.[20] Filem ini mengutip $4.5 juta pada hujung minggu pertama tayangan meluas, menduduki tempat ke-8 dalam box office.[21]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 96% berdasarkan 201 ulasan dengan purata rating 8.9/10.[22] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 93 daripada 100, berdasarkan 44 pengkritik, menunjukkan "pujian universal."[23]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Spotlight mendapat pujian meluas dan telah dimasukkan dalam senarai Sepuluh Filem Terbaik tahun 2015 oleh ramai pengkritik.[24] Filem ini telah menerima lebih daripada 100 pencalonan dan anugerah. Institut Filem Amerika Syarikat memilih Spotlight sebagai salah satu daripada Sepuluh Filem Terbaik tahun ini.[25] Filem ini mendapat tiga pencalonan Anugerah Golden Globe untuk kategori Filem Terbaik – Drama, Pengarah Terbaik untuk McCarthy dan Lakon Layar Terbaik untuk McCarthy dan Josh Singer.[26] Ia dicalonkan untuki lima Anugerah Independent Spirit termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik untuk Singer, Suntingan Terbaik untuk Tom McArdle dan Anugerah Kehormat Robert Altman untuk barisan pelakon.[27] Rachel McAdams dan barisan pelakon menerima Lakonan Luar Biasa oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Sokongan dan Lakonan Luar Biasa oleh Barisan pelakon dalam Filem.[28]

Di Anugerah Akademi ke-88, filem ini menerima enam pencalonan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Ruffalo, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk McAdams, Lakon Layar Asal Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik, berjaya memenangi kategori Filem Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik. Ia merupakan Filem Terbaik pertama untuk memenangi kurang daripada tiga Anugerah Akademi sejak The Greatest Show on Earth pada tahun 1953.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SPOTLIGHT (15)". British Board of Film Classification. October 27, 2015. Dicapai pada October 27, 2015. 
  2. ^ "Watching the Watchers: Tom McCarthy on Making Spotlight". Vulture.com. Dicapai pada November 7, 2015. 
  3. ^ a b "Spotlight (2015)". Box Office Mojo. Dicapai pada February 8, 2016. 
  4. ^ Siegel, Tatiana (August 8, 2014). "Mark Ruffalo, Michael Keaton in Talks for Catholic Priest Sex Abuse Scandal Film". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 16, 2014. 
  5. ^ a b c "Participant Media's "Spotlight" Starring Mark Ruffalo, Michael Keaton, Rachel Mcadams, Liev Schreiber And Stanley Tucci Goes To Camera In Boston Before Lensing In Toronto". 3BL Media. September 25, 2014. Dicapai pada September 25, 2014. 
  6. ^ Allen, Scott (June 22, 2012). "A distinguished history of digging up the truth". Boston Globe. Dicapai pada February 27, 2015. 
  7. ^ "The Pulitzer Prizes | Citation". Pulitzer.org. Dicapai pada June 11, 2015. 
  8. ^ Sneider, Jeff (August 8, 2014). "Mark Ruffalo, Michael Keaton, Rachel McAdams in Talks to Star in Catholic Church Sex Scandal Drama (Exclusive)". TheWrap. Dicapai pada September 16, 2014. 
  9. ^ a b Shanahan, Mark; Goldstein, Meredith (September 16, 2014). "Mark Ruffalo visits the Globe". The Boston Globe. Dicapai pada September 16, 2014. 
  10. ^ Shanahan, Mark; Goldstein, Meredith (August 11, 2014). "Report: Globe Spotlight movie gets a cast". The Boston Globe. Dicapai pada September 25, 2014. 
  11. ^ a b c d Siegel, Tatiana; Kit, Borys (August 27, 2014). "Billy Crudup in Talks for Catholic Church Sex Abuse Scandal Film 'Spotlight' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 16, 2014. 
  12. ^ "Brian d'Arcy James Joins Boston Priest Pedophile Drama SPOTLIGHT". Broadway World. September 12, 2014. Dicapai pada September 16, 2014. 
  13. ^ Juul, Matt (September 26, 2014). "'Spotlight' Actors Spotted at Fenway Park". The Boston Globe. Dicapai pada September 26, 2014. 
  14. ^ a b Siegemund-Broka, Austin (September 25, 2014). "John Slattery, 'Homeland' Alum Join Catholic Sex Abuse Film 'Spotlight'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 25, 2014. 
  15. ^ a b Shanahan, Mark; Goldstein, Meredith (September 29, 2014). "'Spotlight' films at The Boston Globe". The Boston Globe. Dicapai pada September 29, 2014. 
  16. ^ Juul, Matt (September 24, 2014). "Globe 'Spotlight' Movie Holding Open Casting Call". The Boston Globe. Dicapai pada September 25, 2014. 
  17. ^ Shanahan, Mark; Goldstein, Meredith (September 26, 2014). "'Spotlight' filming at Fenway Park". The Boston Globe. Dicapai pada September 30, 2014. 
  18. ^ Shanahan, Mark; Goldstein, Meredith (September 30, 2014). "Rachel McAdams reporting for duty". The Boston Globe. Dicapai pada September 30, 2014. 
  19. ^ "Ruffalo, Tucci in Hamilton for Spotlight shoot". CHCH News. October 7, 2014. Dicapai pada October 7, 2014. 
  20. ^ Anthony D'Alessandro (November 9, 2015). "'Spectre' $70.4M Opening: Still 2nd Highest 007 Debut Behind 'Skyfall', But Not That Far From 'Quantum Of Solace' – Monday AM". Deadline.com. Dicapai pada November 10, 2015. 
  21. ^ Anthony D'Alessandro. "Katniss On Track For $78M-80M 5-Day; 'Good Dinosaur' Eyes $58M-$62M; 'Creed' Punching $39M-$42M". Deadline.com. Dicapai pada November 29, 2015. 
  22. ^ "Spotlight (2015)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada January 23, 2016. 
  23. ^ "Spotlight reviews". Metacritic. Dicapai pada November 25, 2015. 
  24. ^ "Best of 2015: Film Critic Top Ten Lists". Metacritic. Dicapai pada December 15, 2015. 
  25. ^ "Here Are the AFI AWARDS 2015 Official Selections". American Film Institute. December 16, 2015. Dicapai pada December 16, 2015. 
  26. ^ "Golden Globe Nominations: The Complete List". The Hollywood Reporter. December 10, 2015. Dicapai pada December 10, 2015. 
  27. ^ "'Carol,' 'Spotlight,' 'Beasts of No Nation' Lead Spirit Awards Nominations". Variety. November 24, 2015. Dicapai pada November 24, 2015. 
  28. ^ "SAG Awards Nominations: Complete List". Variety. December 9, 2015. Dicapai pada December 10, 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]