Pengepungan Sarajevo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pengepungan Sarajevo
Sebahagian daripada Perang Bosnia
Evstafiev-sarajevo-building-burns.jpg
Bangunan Majlis Eksekutif selepas ditembak oleh kereta kebal
Tarikh 5 April 1992[1] – 29 February 1996[2]
(3 tahun, 10 bulan, 3 minggu dan 3 hari)
Lokasi Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina
Hasil
Pihak yang terlibat
Bosnia dan Herzegovina Bosnia dan Herzegovina (1992–96)
Republik Herzeg-Bosnia Croatia Komuniti Croatia di Herzeg-Bosnia (1992–96)

NATO NATO (1994–96)

 Yugoslavia (1992)
 Republik Srpska (1992–96)
Komandan
Bosnia dan Herzegovina Alija Izetbegović

Bosnia dan Herzegovina Sefer Halilović
Bosnia dan Herzegovina Rasim Delić
Bosnia dan Herzegovina Jovan Divjak
Bosnia dan Herzegovina Enver Hadžihasanović
Bosnia dan Herzegovina Mustafa Hajrulahović
Bosnia dan Herzegovina Vahid Karavelić
Bosnia dan Herzegovina Nedžad Ajnadžić
Bosnia dan Herzegovina Mušan Topalović 
Republik Herzeg-Bosnia Croatia Vladimir Šaf


NATO Leighton W. Smith

Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia Milutin Kukanjac (Mac – Julai 1992)
Republik Srpska Radovan Karadžić
Republik Srpska Ratko Mladić
Republik Srpska Tomislav Šipčić (July–September 1992)
Republik Srpska Stanislav Galić (September 1992 – Ogos 1994)
Republik Srpska Dragomir Milošević (Ogos 1994 – Februari 1996)
Kekuatan
Bosnia dan Herzegovina 70,000 askar Republik Srpska 13,000 askar
Korban
6,137 askar terbunuh 2,241 askar terbunuh
5,434 orang awam terbunuh

Pengepungan Sarajevo merupakan satu pengepungan terpanjang ke atas sebuah ibu negara dan sejarah peperangan moden.[3] Selepas pada awalnya dikepung oleh pasukan tentera dari Tentera Darat Rakyat Yugoslavia, Sarajevo, ibu negara bagi Bosnia dan Herzegovina, dikepung oleh Tentera Darat Republika Srpska bermula pada 5 April 1992 sehingga 29 Februari 1996 (1,425 hari) semasa Perang Bosnia. Pengepungan ini berlangsung tiga kali lebih lama berbanding Pertempuran Stalingrad dan setahun lebih lebih lama daripada Pengepungan Leningrad.[4]

Apabila Bosnia dan Herzegovina mengistiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia selepas Pungutan suara kemerdekaan Bosnia, 1992, tujuan strategik puak Serb Bosnia adalah untuk mengasaskan sebuah negara Serb Bosnia baru di Republika Srpska (RS) yang mana termasuk kawasan-kawasan penduduk majoriti Bosniak[5]—mengelilingi bandar Sarajevo dengan seramai 13,000 tentera[6][7][8] daripada bukit-bukit sekelilingnya. Dari sini, mereka menyerang bandar dengan tembakan artileri, kereta kebal dan senjata kecil.[9] Bermula 2 Mei 1992, puak Serb mengepung bandar ini. pasukan pertahanan kerajaan Bosnia (ARBiH) yang berada dalam bandar yang dikepung, berjumlah sekitar 70,000 tentera,[10] tidak dilengkapi dengan persenjataan dan tidak berjaya memecahkan kepungan.

Sejumlah 13,952 orang telah terbunuh semasa pengepungan ini, termasuk 5,434 orang awam. Pihak ARBiH kehilangan 6,137 mangsa, sementara korban di pihak tentera Serb Bosnia berjumlah 2,241 orang tentera. Bancian pada 1991 menunjukan sebelum dikepung, bandar dan kawasan sekitarnya mempunyai penduduk seramai 525,980 orang. Terdapat anggaran sebelum dikepung, jumlah penduduk di bandar adalah 435,000 orang. Anggaran penduduk yang tinggal di Sarajevo selepas pengepungan antara 300,000 hingga 380,000.[6]

Selepas perang, Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) menyabitkan dua orang pegawai Serb untuk pelbagai jenayah kemanusiaan yang dilakukan semasa pengepungan. Stanislav Galić[11] dan Dragomir Milošević[12] masing-masing telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 29 tahun dipenjarakan. Satu daripada 11 pendakwaan rasmi ke atas Radovan Karadžić, bekas presiden Republika Srpska, adalah pengepungan ini.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 5 April 1992 was the date of the first attack on Sarajevo by the JNA and Serb paramilitaries and is considered the beginning of the siege. However, as early as 1 March 1992, barricades and gunmen started appearing on the streets of Sarajevo.
  2. ^ 29 February 1996 was the official end of the siege as declared by the Bosnian government. The war ended with the signing of the Dayton Accords on 21 November 1995 and the Paris Protocol on 14 December 1995. The reason that the siege was not declared as over was because the Serbs had not yet implemented the Dayton deal that required them to withdraw from areas north and west of Sarajevo as well as other parts of the city. The Serbs also violated the Dayton peace by firing a rocket-propelled grenade (RPG) at a Sarajevo tram on 9 January 1996, killing 1 and wounding 19.
  3. ^ Connelly, Charlie (8 October 2005). "The new siege of Sarajevo". The Times. UK. Dicapai 10 May 2010. 
  4. ^ Spencer Burke, Sarajevo Rose Diarkibkan 31 July 2016 di Wayback Machine.
  5. ^ Hartmann, Florence (July 2007). "A statement at the seventh biennial meeting of the International Association of Genocide Scholars". Helsinki. Dicapai 11 May 2010. 
  6. ^ a b Bassiouni, Cherif (27 May 1994). "Final report of the United Nations Commission of Experts established pursuant to security council resolution 780". United Nations. Diarkibkan daripada asal pada 22 February 2001. Dicapai 10 May 2010. 
  7. ^ Srećko Latal (25 June 1995). "Bosnian Army Says Battle for Sarajevo Will Last Months". Associated Press. Dicapai 9 February 2013. 
  8. ^ "The Siege of Sarajevo: 'The blood of children has a different texture on white snow' - a survivor speaks, 20 years on". The Northern Echo. 9 July 2015. Dicapai 10 December 2015. 
  9. ^ Strange, Hannah (12 December 2007). "Serb general Dragomir Milosevic convicted over Sarajevo siege". The Times. UK. Dicapai 10 May 2010. 
  10. ^ John Kifner (6 December 1993). "Stalemate Like a Victory for Sarajevo". The New York Times. Dicapai 15 April 2013. 
  11. ^ "ICTY: Stanislav Galić judgement" (PDF). ICTY. 30 November 2006. Dicapai 3 March 2010. 
  12. ^ "ICTY: Dragomir Milošević judgement" (PDF). ICTY. 12 November 2009. Dicapai 3 March 2010. 
  13. ^ Tran, Mark (2 March 2010). "Radovan Karadzic claims Bosnian Muslims 'killed own people' in Sarajevo". The Guardian. UK. Dicapai 3 March 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sarajevo Koordinat: 43°50′51″N 18°21′23″E / 43.8476°N 18.3564°E / 43.8476; 18.3564 (Sarajevo)