Perang Mamluk-Uthmaniyyah (1516–1517)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Perang Mamluk-Uthmaniyyah
(1516–1517)
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyah di Timur Dekat
Abraham Ortelius - Tvrcici imperii descriptio.jpg
Wilayah Empayar Uthmaniyyah, diambil dari Theatro d'el Orbe de la Tierra de Abraham Ortelius, Anvers, 1602, dikemaskini berdasarkan edisi tahun 1570.
Tarikh1516-1517
Lokasi
Keputusan Kemenangan Uthmaniyyah, kejatuhan Kesultanan Mamluk
Pihak yang terlibat
Flag of the Ottoman Sultanate (1299-1453).svg Empayar Uthmaniyyah Mameluke Flag.svg Kesultanan Mamluk
Komandan dan pemimpin
Flag of the Ottoman Sultanate (1299-1453).svg Selim I
Flag of the Ottoman Sultanate (1299-1453).svg Hadım Sinan Pasha
Mameluke Flag.svg Al-Ashraf Qansuh al-Ghawri
Mameluke Flag.svg Tuman Bey II

Perang Mamluk-Uthmaniyah 1516–1517 adalah satu konflik di antara Kesultanan Mamluk di Mesir dan Empayar Uthmaniyah, yang mana membawa kepada kejatuhan Kesultanan Mamluk dan penggabungan Syria, Mesir dan Semenanjung Arab sebagai wilayah di dalam Empayar Uthmaniyah.[1] Perang ini menukarkan Empayar Uthmaniyah dari memiliki kawasan kecil tanah Muslim, terutamanya yang terletak di Anatolia dan Balkan, kepada sebuah empayar besar yang terdiri daripada tanah-tanah traditional Islam, termasuk kota-kota bersejarah Mekah, Kaherah, Damsyik dan Aleppo. Ia bagaimanapun terus ditadbir dari Istanbul.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hubungan di antara Mamluk dan Uthmaniyah telah lama bertentangan: kedua-dua empayar bersaing untuk mengawal perdagangan rempah, dan Uthmaniyah berharap agar akhirnya mereka berjaya mengawal kota-kota suci Islam.[3] Dalam konflik terdahulu, Perang Mamluk-Uthmaniyah (1485–1491) telah tamat dengan jalan buntu.

Sultan Uthmaniyah, Selim I baru sahaja mengalahkan Parsi dalam Pertempuran Chaldiran pada tahun 1514.[2] Beliau kemudian diaturgerak semula untuk menentang Mamluk, yang mana memerintah Syria dan Mesir, bagi melengkapkan kempen penaklukan Uthmaniyah di Timur Tengah.[2]

Operasi[sunting | sunting sumber]

Kavalri berat Mamluk sekitar tahun 1550. Musée de l'Armée.

Perang ini terdiri dari beberapa pertempuran. Tentera darat Mamluk lebih bersifat traditional, kebanyakan terdiri dari kavalri yang menggunakan panah, berlawanan dengan tentera darat Uthmaniyah, terutamanya pasukan Janissaries, yang agak moden menggunakan arquebus.[4] Mamluk masih bangga dengan tradisi mereka dan tidak banyak menghargai penggunaan senjata api.[5][6]

Operasi di Levant (1516)[sunting | sunting sumber]

Uthmaniyah berjaya menawan kota Diyarbekir di tenggara Anatolia.[2] Pertempuran Marj Dabiq (24 Ogos 1516) merupakan sebuah kemenangan muktamad bagi Uthmaniyah apabila pemerintah Mamluk, Kansuh al-Ghuri telah terbunuh.[2] Jelasnya saiz pasukan Uthmaniyah lebih besar dengan nisbah 3 kepada 1 berbanding Mamluk.[6] Syria fell under the rule of the Ottomans with this single battle.[6]

Pertempuran Yaunis Khan berlaku berhampiran dengan Gaza (1516) dan sekali lagi membawa kekalahan kepada Mamluk.

Operasi di Mesir (1517)[sunting | sunting sumber]

Meriam tampar Uthmaniyah dengan 9 laras, pada awal kurun ke-16.

Selepas kematian Sultan Mamluk, Sultan baru, Tuman Bay, dengan terburu-buru mengerah anggota dari pelbagai kelas masyarakat dan Badwi, dan cuba melengkapkan tentera beliau dengan beberapa meriam dan senjata api, tetapi ia sudah terlambat dan dalam kuantiti yang kecil.[5][6] Akhirnya, Pertempuran Ridaniya berlaku di pintu masuk Kaherah pada 24 Januari 1517, yang mana menyebabkan komander Uthmaniyah Hadım Sinan Pasha kehilangan nyawa beliau.[7] Dalam pertempuran ini , Selim I dan Tuman Bay berhadapan sesama sendiri. Senjata api dan meriam yang digunakan oleh Tuman Bay ternyata hampir tidak berguna, kerana Uthmaniyah berjaya menyerang dari belakang.[6] Tuman Bay akhirnya berjaya ditangkap dan digantung pada pintu pagar Kaherah.[2]

Kempen ini disokong oleh sebuah armada yang terdiri dari kira-kira 100 buah kapal yang membekalkan anggota semasa kempen mereka hingga ke selatan.[8]

Beberapa hari berikutnya, Kaherah telah ditawan dan dijarah oleh Uthmaniyah.[6] Akibatnya, Sharif Mekah menyerah kepada Uthmaniyah, dan meletakkan kota-kota suci Mekah dan Madinah di bawah pemerintahan Uthmaniyah.[2] Kuasa Uthmaniyah meluas sehingga ke selatan Laut Merah, walau bagaimanapun kawalan ke atas Yemen masih lagi sebahagian dan berkelompok.[2]

Akibat[sunting | sunting sumber]

Pelindung kepala Uthmaniyah dengan tanda kilang senjata Saint-Irene, Constantinople, sekitar tahun 1520. Musée de l'Armée.

Budaya dan organisasi sosial Mamluk diteruskan pada tahap wilayah, dan mengambil dan memberi pendidikan kepada "hamba" Mamluk diteruskan, tetapi pemerintah Mesir adalah seorang gabenor Uthmaniyah yang dilindungi oleh militia Uthmaniyah.[2][9] Kejatuhan Kesultanan Mamluk menyebabkan tamatnya Perang Laut Mamluk-Portugal, tetapi Uthmaniyah kemudian mengambil alih cubaan untuk menghalang pengembangan Portugal di Lautan Hindi.

Penaklukan ke atas Empayar Mamluk juga telah membuka wilayah Afrika kepada Uthmaniyah. Semasa kurun ke-16, kuasa Uthmaniyah mungkin berkembang jauh ke barat Kaherah, di sepanjang pantai Afrika Utara. Hayreddin Barbarossa membina sebuah pangkalan di Algeria, dan kemudian menyudahkan Penaklukan Tunis pada tahun 1534.[2]

Kaherah kekal berada ditangan Uthmaniyah sehingga tahun 1798, apabila Napoleon I mendakwa menghapuskan Mamluk dalam Penaklukan Perancis ke atas Mesir.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]