Napoleon Bonaparte

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Napoleon I)
Jump to navigation Jump to search
Napoleon
Napoleon I
Portrait of Napoleon in his forties, in high-ranking white and dark blue military dress uniform. In the original image He stands amid rich 18th-century furniture laden with papers, and gazes at the viewer. His hair is Brutus style, cropped close but with a short fringe in front, and his right hand is tucked in his waistcoat.
Maharaja Perancis
Pemerintahan Pertama18 Mei 1804 – 11 April 1814
Kemahkotaan2 Disember 1804
Didahului olehJawatan diwujudkan
Napoleon sebelumnya adalah Konnsul Pertama Republik Perancis (1799–1804)
Diikuti olehJawatan dibubarkan
Louis XVIII (Pemulihan kuasa Bourbon)
Pemerintahan kedua20 Mac 1815 – 22 Jun 1815
Didahului olehJawatan diwujudkan semula
Louis XVIII
Diikuti olehJawatan dibubarkan
Louis XVIII (Pemulihaan kuasa Bourbon)
Raja Itali
Pemerintahan17 Mac 1805 – 11 April 1814
Kemahkotaan26 Mei 1805
Didahului olehCharles V (Raja pada tahun 1556)
Napoleon sebelumnya adalah Presiden Republik Itali (1802–1805)
Diikuti olehVictor Emmanuel II (Raja pada tahun 1861)
Pelindung kepada Persekutuan Rhine
Pemerintahan6 Ogos 1806 –
4 November 1813
Didahului olehFrancis II (jawatan setara dengan Maharaja Suci Rom)
Diikuti olehFrancis I (memegang jawatan setara dengan Presiden Persekutuan Jerman)
Keputeraan(1769-08-15)15 Ogos 1769
Ajaccio, Corsica, Perancis
Kemangkatan5 Mei 1821(1821-05-05) (umur 51)
Longwood, Saint Helena
PemakamanLes Invalides, Paris, Perancis
PasanganJoséphine de Beauharnais
Marie Louise dari Austria
AnakandaNapoleon II
Nama penuh
Napoleon Bonaparte
KerabatKerabat Bonaparte
AyahandaCarlo Buonaparte
BondaLetizia Ramolino
AgamaKatholik Rom[1] – (lihatSeksyen keagamaan)
TandatanganTandatangan Napoleon Napoleon I

Napoleon I Bonaparte, Maharaja Perancis, Raja Itali (15 Ogos 17695 Mei 1821) ialah:

Selama lebih kurang satu dekad, angkatan-angkatan tentera Perancis di bawah pimpinannya bertempur dengan hampir setiap kuasa Eropah (biasanya dengan serentak) dan menguasai kebanyakan tanah besar barat dan tengah Eropah melalui penaklukan atau perikatan sehingga serangannya terhadap Rusia yang membawa kecelakaan pada tahun 1812.[7] Serangan ini diikuti oleh kekalahannya dalam Perang Leipzig pada Oktober 1813 yang menyebabkan beliau turun dari takhta beberapa bulan kemudian dan buangannya ke pulau Elba. Beliau mencuba memulihkan nasibnya dalam apa yang dikenali sebagai Seratus Hari (les Cent Jours), tetapi ditewaskan sekali lagi, kali ini secara muktamad dalam Perang Waterloo di tempat yang kini merupakan Belgium pada 18 Jun 1815, diikuti oleh penyerahan kalah tidak lama kemudian kepada pihak British dan buangan ke pulau Saint Helena di mana beliau meninggal dunia enam tahun kemudian.

Walaupun Napoleoan sendiri tidak mengembangkan banyak pembaharuan tentera, selain daripada empat segi infantri yang dipergunakan di Mesir serta peletakan meriam dalam penyangga meriam, beliau mempergunakan taktik yang terbaik daripada pelbagai sumber, dan memodenkan angkatan tentera Perancis untuk mencapai banyak kemenangan yang utama.[8] Kempen-kempennya telah dikaji di akademi-akademi di seluruh dunia dan beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu daripada komander terutama yang pernah hidup. Selain daripada pencapaian tenteranya, Napoleon juga diingati untuk pengasasan Kod Napoleon, dan sesetengah orang pula menganggap beliau sebagai salah satu daripada "pemerintah kuku besi berihsan".

Napoleon melantik banyak ahli keluarga Bonaparte serta kawan-kawannya yang rapat sebagai raja-raja untuk negara yang beliau takluk serta sebagai tokoh-tokoh kerajaan (adiknya Lucien menjadi Menteri Kewangan Perancis). Walaupun pemerintahan mereka ini tidak kekal selepas kejatuhan Napoleon, salah seorang nefritisnya, Napoleon III, kemudian memerintah Perancis pada abad ke-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


  1. ^ E. Hales, "Napoleon and the Pope", (London:1962) pg 114
  2. ^ François Furet, The French Revolution, 1770–1814 (1996), p. 212
  3. ^ Georges Lefebvre, Napoleon from 18 Brumaire to Tilsit 1799–1807 (1969), pp. 60–68
  4. ^ Roberts, Andrew. Napoleon: A Life. Penguin Group, 2014, p. 355.
  5. ^ Roberts, Andrew. Napoleon: A Life. Penguin Group, 2014, Introduction.
  6. ^ Charles Messenger, ed. (2001). Reader's Guide to Military History. Routledge. m/s. 391–427. ISBN 978-1-135-95970-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2015. 
  7. ^ Broers, M. and Hicks, P. The Napoleonic Empire and the New European Political Culture. Palgrave Macmillan, 2012, p. 230
  8. ^ McLynn 1998, halaman 135