Perbincangan pengguna:Fandi89/Arkib5

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut ialah laman Perbincangan pengguna:Fandi89 dari Mac 2019 sehingga April 2020.

FandiUnderwearBabi[sunting sumber]

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153097446888429&id=160059088428&refsrc=http%3A%2F%2Fwww.google.com%2F&_rdr 113.210.65.249 07:27, 13 Mac 2019 (UTC)[balas]

Lagu RTM[sunting sumber]

RTM, teman setia anda.....wear, makna underwear/seluar dalam.

Wo ciak! Wo ciak!

Bo kak! Bo kak! 2001:D08:182B:A999:1:1:728:1DFD 04:51, 21 Mac 2019 (UTC)[balas]

Salam Fandi89. Maafkan saya kerana tidak sempat membantu anda menambah kandungan dalam rencana Festival Filem Malaysia ke-30 memandangkan saya agak sibuk akhir-akhir ini. Pelbagai program terpaksa saya sertai. Harap anda tidak berkecil hati.- CyberTroopers bincang/sumbangan 15:27, 8 April 2019 (UTC)[balas]

Tidak mengapa saudara CyberTroopers, saya tidak berkecil hati. Saya faham anda sibuk, berkenaan dengan kandungan maklumat dalam rencana Festival Filem Malaysia ke-30, saya merujuk kepada video penuhnya di YouTube dan telahpun mengemaskini maklumat mengenainya.–Fandi89 (bincang) 03:16, 9 April 2019 (UTC)[balas]

Mohon padam rencana[sunting sumber]

Saya tak faham kenapa awak tak benar saya calon rencana yang saya buat untuk dihapuskan. Saya ada sebab-sebab peribadi kenapa saya nak padam rencana tersebut. Rencana berikut boleh dicipta semula oleh pengguna lain. Jadi apa keputusan awak? – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh LucernePrototype (bs).

Saya rasa lebih baik ia dikekalkan daripada dihapuskan dengan tujuan bagi memudahkan pengguna lain, termasuk saya mengemaskini dan mengembangkan rencana tersebut. - Fandi89 (bincang) 06:14, 10 April 2019 (UTC)[balas]

Mohon bantuan[sunting sumber]

Assalamualaikum, Fandi! Saya ada beberapa soalan untuk kamu, sekadar untuk mendapat pandangan kamu.

  • Untuk nama parti-parti politik luar negara, patutkah saya menterjemahkan perkataan "New" menjadi "Baru" atau "Baharu"? Ini hanya untuk kepastian saya supaya lebih yakin dalam menterjemahkan nama-nama tersebut.
  • Untuk nama bahan, sebatian dan unsur kimia, patutkah saya gunakan nama umum (seperti "raksa" atau "timah") ataupun nama saintifik (seperti "merkuri" atau "stanum") unsur tersebut kerana kadangkala saya terkeliru sama ada saya perlu menggunakan nama umum atau saintifik. Selain itu, untuk kategori dan templat sebatian unsur, patutkan saya menggunakan nama umum atau saintifik unsur tersebut, seperti sama ada "sebatian raksa" atau "sebatian merkuri"?
  • Satu lagi perkara, boleh kamu ambil tindakan terhadap Pengguna:Ubatgugurkandunganonline‎ serta pengguna-pengguna yang berkaitan? Agak menakutkan apabila saya melihat pengguna-pengguna ini wujud dalam WBM.

Saya rasa setakat ini sahaja perkara yang ingin disampaikan. Oleh itu, terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 08:06, 19 April 2019 (UTC)[balas]

Saya rasa, istilah "baharu" lebih digunakan secara meluas dalam media cetak dan elektronik. Manakala "raksa" atau "merkuri" mempunyai maksud sama, juga digunakan dalam media cetak dan elektronik. Berkenaan dengan Pengguna:Ubatgugurkandunganonline‎, saya rasa anda harus meminta bantuan daripada penyelia untuk menyekatnya. Terima kasih kerana bertanyakan soalan di laman perbincangan saya.–Fandi89 (bincang) 08:37, 19 April 2019 (UTC)[balas]
Terima kasih untuk jawapan pertama itu, tetapi maksud saya dalam soalan kedua ialah sama ada saya patut menamakan kategori ciptaan saya dengan contohnya, "Kategori:Sebatian raksa" atau "Kategori:Sebatian merkuri", dan minta maaf juga kerana saya sangka kamu juga seorang penyelia. Apapun, terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 09:29, 19 April 2019 (UTC)[balas]

Padamkan artikel[sunting sumber]

assalam

terima kasih atas pemantauan dan nasihat bolehkan artikel Brain and behaviour cluster dipadam terus. ini kerasa kesilapan saya dalam memcipta artikel sebentar tadi.

terima kasih.– komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Aidashaza (bs).

Sama-sama.-Fandi89 (bincang) 05:48, 8 Mei 2019 (UTC)[balas]

Steady bro[sunting sumber]

Syabas. Saya lihat anda sungguh2 tekun menyunting. Saya harap anda akan teruskan usaha ini. Ikhlas daripada penyunting separa pencen --Algazel (hubung) 02:58, 20 Mei 2019 (UTC)[balas]

Muat naik fail tempatan[sunting sumber]

Salam saudara. Saya cuma ingin memberitahu saudara bahawa saya sudah berbincang sedikit berkenaan perkara ini dengan steward di Meta. Apa-apa makluman lanjut saya akan maklumkan kepada anda.- CyberTroopers bincang/sumbangan 16:53, 31 Mei 2019 (UTC)[balas]

Terima kasih atas makluman saudara.–Fandi89 (bincang) 03:00, 1 Jun 2019 (UTC)[balas]

Pengguna boneka[sunting sumber]

Salam saudara Fandi89, berkenaan dengan laporan anda tentang Rocketaidi99 yang merupakan akaun pengguna boneka Aidiadha040 dan Aidilozer99, bolehkah anda sertakan nama rencana yang dikatakan oleh anda digunakan pengguna terbabit untuk menyebarkan maklumat palsu.- CyberTroopers bincang/sumbangan 15:10, 18 Jun 2019 (UTC)[balas]

Saya rasa rencana ini, Sharifah Khasif Fadzilah yang didapati mengandungi maklumat palsu dan kandungan merepek.-Fandi89 (bincang) 15:35, 18 Jun 2019 (UTC)[balas]

Perihal: penterjemahan terus[sunting sumber]

Satu sahaja perkara untuk saudara - saya perhatikan masih ada (sedikit, tapi tetap ada) rencana yang tampak diterjemah bulat-bulat terus. Nak karang buatlah macam tulis untuk majalah ada orang nak baca...kalau tak, nanti dirasakan malas. Harap maklum! --Anumengelamun (bincang) 08:57, 27 Jun 2019 (UTC)[balas]

Usul penutupan hak penciptaan rencana bagi pengguna awamnama[sunting sumber]

Salam saudara Fandi89. Saya telah wujudkan draf bagi usul berkenaan. Silalah bantu saya menambah/menyunting kandungan di dalamnya untuk mengukuhkan lagi usul kita.- CyberTroopers bincang/sumbangan 15:32, 14 Ogos 2019 (UTC)[balas]

Bagaimana ingin melakukannya!-Fandi89 (bincang) 04:43, 15 Ogos 2019 (UTC)[balas]
Saudara, janganlah mengundi lagi itu hanya draf 😹. Selepas selesai draf, saya akan "copy & paste" di bahagian dasar Kedai Kopi. Masukkan ulasan anda di bahagian Rasional dan saudara dipersilakan tambah inti atau mencipta bahagian baru dalam usul tersebut. Terserah kepada saudara untuk menambah apa-apa sahaja yang berkaitan. - CyberTroopers bincang/sumbangan 05:31, 15 Ogos 2019 (UTC)[balas]

Cat Farish[sunting sumber]

Saya dapat maklumat dari pihak Ruffedge sendiri minta perbetulkan tajuk wiki Cat Farish iaitu Farrish Zaquan bin Ramli kepada Farish bin Ramli. Tapi saya tak tahu macam mana nak buat. Mohon bantuan, terima kasih.– komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Julia azrina (bs).

Awak pergi ke pautan "Lain" di atas rencana, tekan "Pindah", selepas itu, buatlah pemindahan.-Fandi89 (bincang) 05:49, 20 Ogos 2019 (UTC)[balas]

Yang mana satu???[sunting sumber]

Tolong bagi contoh kesilapan spesifik saya? Camne nak birukan???????? --Pengguna:Syed Ahmad Fathi

Terima kasih atas nasihat yang diberikan saudara[sunting sumber]

Terima kasih atas teguran yang saudara Fandi89 berikan kepada saya. Saya akan cuba memberikan ringkasan suntingan dalam Bahasa Melayu. Ada sesetengah ringkasan tersebut dalam BI kerana dalam versi applikasi telefon, setelah membuat perubahan kecil seperti membaiki ejaan, tanda baca dan tatabahasa, ia memberi pilihan untuk memilih jawapan ringkasan suntingan dalam BI contohnya Added Links,Fixed Link,Fixed typo dan sebagainya. Oleh itu, saya hanya memilih pilihan yang diberikan atas faktor tidak mahu membuang masa. Jadi, saya sedar kesalahan saya dan saya kena berhati hati selepas ini untuk memberikan ringkasan suntingan yang tidak mengelirukan serta jelas kepada rakan penyunting Bahasa Melayu lain. Untuk pengetahuan saudara, Alhamdulillah, sudah hampir setahun saya terlibat dalam aktiviti menyunting Wikipedia dan boleh mengikut syarat-syarat penerbitan penyuntingan yang ditetapkan. Saya tidak nafikan saya masih lagi dalam proses belajar dalam meningkatkan kemahiran menyunting laman-laman Wikipedia. Saya berharap rakan-rakan penyunting boleh membantu saya dalam meningkatkan kelengkapan Wikipedia Bahasa Melayu ini. – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Shahsukanulis (bs).

Terima kasih juga kepada anda kerana memberi maklum balas baik. Jika anda ingin mendapatkan sebarang bantuan, anda boleh meminta bantuan daripada rakan-rakan penyunting termasuk saya sendiri.-Fandi89 (bincang) 15:35, 2 September 2019 (UTC)[balas]

Perihal: penerjemahan terus[sunting sumber]

Ke hadapan saudara: saya perasan kerja terjemahan saudara masih ada bahagian yang tampak dilakukan malas dan bulat-bulat tanpa mempedulikan sama ada ia tampak sedap dibaca menerus (baru-baru ni perihal terjemahan rencana Sinking of the Titanic)...jangan susahkan diri saudara terjemahkan banyak teks - terjemahkan ringkasan teks asal laman dahulu, kita akan kembangkan yang selanjutnya. Kita boleh bantu saudara kalau ada benda yang tak faham. Sekian sahaja.

Yang ikhlas: --Anumengelamun (bincang) 14:11, 14 September 2019 (UTC)[balas]

Raajakumara[sunting sumber]

Salaam Waleikum dear Fandi89! Can you make an article about movie Raajakumara 2017 in Malay and Indonesian languages, which one scene was filmed in Kuala Lumpur? Thank you! --178.66.99.51 10:27, 6 Oktober 2019 (UTC)[balas]

Bintang Penghargaan Kegigihan[sunting sumber]

Bintang Penghargaan Penyumbang Gigih
Sempena hari ulang tahun Wikipedia Bahasa Melayu ke-17, saya ingin memberikan bintang penghargaan kepada anda di atas usaha berterusan oleh anda untuk mewujudkan rencana-rencana baru pelbagai topik. Kini kita sudah mempunyai 330,789 rencana di Wikipedia Bahasa Melayu. Semoga kita dapat mencapai sebanyak 500,000 rencana bukan tunas! Terima kasih dan teruskan usaha anda! - CyberTroopers bincang/sumbangan 16:48, 28 Oktober 2019 (UTC)[balas]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia 2019[sunting sumber]

Jemputan Bulan Asia Wikipedia
Hai Fandi89! Saya, MediaWiki message delivery, salah seorang penganjur pertandingan ini dan saya mengalu-alukan penyertaan anda dalam pertandingan ini. Anda dijemput untuk mengikuti Bulan Asia Wikipedia 2019!

Cipta 4 rencana berkaitan Asia dan menangi poskad khas daripada komuniti Wikimedia dari Asia!

Ahli Wikipedia yang mencipta rencana yang terbanyak akan dianugerahi "Duta Asia Wikipedia" dan mendapat sijil bertandatangan khas!



Daftar sekarang! Peraturan

Selamat berjaya! Ikhlas daripada saya, MediaWiki message delivery
-- TofeikuBincang 18:28, 29 Oktober 2019 (UTC+8)

Khatijah Tan[sunting sumber]

Hi Fandi, Saya ingin membuat permintaan untuk kamu menulis kerjayaan awal dan biodata di wikipedia Khatijah Tan kerana saya telah memasukkan semua Filemografi dan masih lagi di dalam proses jadi boleh kamu menulis petikan di wikipedia tersebut. Terima Kasih

Hgwells99[sunting sumber]

Hi, macam mana nak tambah wikipedia user page dalam bahasa lain? Dah buat user page dalam bahasa melayu, tapi tak boleh nak masuk dalam english. Sebab dalam english dah buat lama dah, tapi nak buat macam mana?

Templat untuk Infobox public transit accident[sunting sumber]

Hi baru-barunya saya telah menterjemahkan halaman 2019 Pakistan train fire dan mencipta halaman baru bertajuk Kebakaran Kereta Api Pakistan 2019. Namum Templat:Infobox public transit accident belum dicipta dalam Wikipedia Bahasa Melayu, oleh itu sebahagian informasi yang terdapat dalam Wikipedia Bahasa Inggeris tidak dapat dipaparkan. Saya tidak jelas tentang cara mencipta templat, so bolehkah tuan tolong cipta templattu?

Selain itu, saya tidak pernah jumpa {{subst:Link-en}} inter-wikipedia conversion dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Memangkah Wikipedia BM tidak menggunakan templat ini untuk menghubungkan Wikipedia BM ke Wikiepdia bahasa lain?

Terima kasih kerana manjawab! Bfyhdch (bincang) 16:22, 2 November 2019 (UTC)[balas]

Chikni Chameli[sunting sumber]

Selamat petang Fandi89! Bolehkah anda membuat artikel mengenai lagu Shreya Ghoshal Chikni Chameli dalam bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, mungkin lagu ini popular di negara anda? Terima kasih! --178.66.99.51 15:34, 22 November 2019 (UTC)[balas]

Saya tak pernah dengar lagu itu, apapun saya akan cuba menciptanya nanti.-Fandi89 (bincang) 02:29, 8 Januari 2020 (UTC)[balas]

Berkenaan Suria FM lama[sunting sumber]

Oh, Tidak mengapa! Saya redha.. Maafkan Saya.. Saya cuma nak hilangkan rindu pada zaman Suria FM lama.. Zaman Adibah Noor dan Linda Onn.. Sedihnya saya..😭😭 Sania Zakwan (bincang) 09:47, 26 Januari 2020 (UTC)[balas]

Thank you for being one of Wikipedia's top medical contributors![sunting sumber]

please help translate this message into your local language via meta
The 2019 Cure Award
In 2019 you were one of the top ~300 medical editors across any language of Wikipedia. Thank you from Wiki Project Med for helping bring free, complete, accurate, up-to-date health information to the public. We really appreciate you and the vital work you do! Wiki Project Med Foundation is a thematic organization whose mission is to improve our health content. Consider joining here, there are no associated costs.

Thanks again :-) -- Doc James along with the rest of the team at Wiki Project Med Foundation 18:49, 5 Mac 2020 (UTC)

Jangan terjemahkan ikut suka hati[sunting sumber]

Salam! Saudara mencipta laman "perumah" ["hos (biologi)"?!?] tu masih tampak selekeh - saya sudah baiki. Cuma satu je - lain kali rujuk kamus baik-baik dan periksa dahulu tatabahasa draf entri sebelum submit . Biar cantik sikit sekali baca...saya harap saudara faham. Jangan terjemah selekeh (machine translate) macam ni, tahu.

Yang ikhlas, Anumengelamun (bincang) 10:38, 12 Mac 2020 (UTC)[balas]

Terima kasih atas teguran (kadang-kadang saya terlepas pandang).–Fandi89 (bincang) 10:42, 12 Mac 2020 (UTC)[balas]

Bantuan kembangkan jadual[sunting sumber]

Hai Fandi89. Apa khabar? Boleh saya minta bantuan awak untuk tolong saya kembangkan jadual butiran pandemik COVID-19 ? Maklumlah saya agak sibuk beberapa hari ni. Hanya dapat kemas kini sampai kes ke-444. Sekarang ni dah 790 kes. Memang saya tak sempat dan letih kalau buat sorang-sorang. Sebab itu saya nak minta bantuan saudara kalau saudara naklah. Saya tak paksa. Itu sahaja dari saya. Terima kasih. Anne4321 (bincang) 10:55, 18 Mac 2020 (UTC)[balas]

Helo Anne4321, saya akan cuba, tapi saya sendiri pun sibuk sejak beberapa hari ini. Apapun, terima kasih kerana memaklumkan hal ini.–Fandi89 (bincang) 12:03, 18 Mac 2020 (UTC)[balas]

Jemputan melakukan pengundian sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama[sunting sumber]

Salam semua ahli Wikipedia! Pesanan ini dihantar bertujuan untuk menjemput anda semua bagi membuat pengundian dasar sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama yang diusulkan oleh saya, CyberTroopers. Pengundian ini diteruskan semula kerana kutipan undian tidak mencukupi untuk diterima/ditolak. Dasar ini akan mengubah konfigurasi hak bagi kumpulan penggguna untuk pengguna awanama iaitu membatalkan hak kumpulan ini daripada mencipta rencana di Wikipedia bahasa Melayu. Namun begitu, mereka boleh memohon rencana untuk diciptakan atau membuka akaun bagi tujuan tersebut. Oleh itu saya berharap anda semua dapat memberi kerjasama dengan membuat undian. Saya juga ingin memohon kerjasama semua ahli Wikipedia untuk berganding bahu dengan sentiasa menyemak dan mencipta rencana di Wikipedia:Memohon rencana yang dipinta oleh pengguna-pengguna. Sekian.-CyberTroopers (bincang · sumbangan · log) 06:54, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]

Undi sekarang! Cipta rencana

Salam Fandi89. Kenapa ada tanda * pada "bahagian senarai filem" dalam rencana ini?- CyberTroopers bincang/sumbangan 04:19, 27 Mac 2020 (UTC)[balas]

Saya sudahpun membuang tanda *. Selesai.-Fandi89 (bincang) 14:32, 27 Mac 2020 (UTC)[balas]

Cadangan penyelia[sunting sumber]

Fandi, saya lihat anda begitu aktif di Wikipedia dan turut membantu undur suntingan laku musnah. Saya cadangkan anda menjadi penyelia di WBM untuk memantau laku musnah disini. Claude (bincang) 09:04, 1 April 2020 (UTC)[balas]

@Claude Warrior: Saya pun pernah terfikir ingin menjadi penyelia, saudara Hasrolhashim (bincang · sumbangan) juga pernah mencadangkan kepada saya agar menjadi penyelia. Apapun terima kasih kerana makluman anda.–Fandi89 (bincang) 10:31, 1 April 2020 (UTC)[balas]

Penambahan maklumat tentang Arkib Negara Malaysia[sunting sumber]

Salam Fendi86

Hubungi saya di norazam_zainal@yahoo.com

Terima kasih. Azamzainal (bincang) 05:13, 9 April 2020 (UTC)[balas]

Britney Spears[sunting sumber]

Hi! boleh tak saya nak mintak tolong kamu untuk menukarkan daripada bahasa inggeris ke bahasa melayu di page Britney Spears, terima kasih. Johhnyfrankie13 (bincang) 07:06, 13 April 2020 (UTC)[balas]

@Johhnyfrankie13: Saya terlalu sibuk mencipta rencana baru, tapi apapun saya akan tengok-tengokkan nanti. Terima kasih atas makluman anda.-Fandi89 (bincang) 02:05, 15 April 2020 (UTC)[balas]

Teg penghapusan[sunting sumber]

Salam saudara, tolong pantau sedikit pengguna Slainthayer‎. Dia banyak meletakkan teg penghapusan di rencana2 penyumbang lain. Saya telah membalikkan suntingannya, tetapi dia membalikkan semula suntingan saya. Bukankah WBM menggalakkan hasil sumbangan pengguna lain. Jika dibiarkan begitu, ia mampu mengurangkan jumlah penyumbang. Kita nak tambahkan penyumbang, bukan mengurangkan penyumbang. Claude (bincang) 07:44, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Saya bersetuju dengan pendapat anda. Perkara ini tidak boleh dibiarkan, perlu minta bantuan daripada penyelia. Saya rasa lebih baik jika rencana-rencana di sini dikekalkan daripada dicalonkan untuk dihapuskan. Walau apapun alasan yang diberikan oleh Slainthayer di laman perbincangannya, dia tidak boleh berbuat begitu.–Fandi89 (bincang) 07:47, 18 April 2020 (UTC)[balas]
Saya sudah usulkan di Kedai Kopi. Dalam tajuk yang sama diusulkan oleh saudara.Claude (bincang) 07:54, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Perihal: menerjemahkan "Early life"[sunting sumber]

Salam! Saya rasa tiada salahnya "awal hidup" dipakai memadan kepada Early life berbanding "kehidupan awal" dalam konteks biografi. Saya pun mahu kandungan yang dibaca terasa sejadi (natural) dan tidak seakan kemesinan (not machine-like) atau "lurus bendul"; takkan throughout his life misalnya nak terus jadi "sepanjang kehidupannya", life tidak semestinya diterjemahkan tepat tanpa mempedulikan jika pembacaannya lancar mahupun tidak - ia boleh juga jadi "hayat", "usia," "umur" dsb. Kita kena utamakan penerjemahan yang dibuat seolah-olah jika ia ada dibaca kuat di hadapan skrin...maka, saya rasa "Awal hidup" lebih cocok untuk tujuan begini. --Anumengelamun (bincang) 14:10, 19 April 2020 (UTC)[balas]

@Anumengelamun: Saya berasa ragu-ragu dengan pendapat anda. Jika hendak diikutkan, saya (dengan rendah hati) lebih suka ikut cara saya tersendiri dengan menggunakan "Kehidupan awal" daripada "Awal hidup" dalam konteks biografi. Tanya kepada penyelia jika anda rasa musykil.-Fandi89 (bincang) 16:08, 19 April 2020 (UTC)[balas]

Halo? Saya mengunggah fail (poster filem) tapi langsung di tujukan ke cummons, apa bisa mengungganya tanpa melalui cummons? Seperti [1] Araaa28 (bincang) 04:42, 28 April 2020 (UTC)[balas]