Permaisuri Elizabeth Permaisuri Bonda
Elizabeth Bowes-Lyon | |
---|---|
Permaisuri Bonda | |
Permaisuri United Kingdom dan Dominion British | |
Tempoh | 11 Disember 1936 – 6 Februari 1952 |
Kemahkotaan | 12 Mei 1937 |
Maharani India | |
Tempoh | 11 Disember 1936 – 15 Ogos 1947 |
Keputeraan | Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon[a] 4 Ogos 1900 Hitchin atau London, England |
Kemangkatan | 30 Mac 2002 Royal Lodge, Windsor, Berkshire | (umur 101)
Pemakaman | 9 April 2002 Gereja Kecil St George, Istana Windsor |
Pasangan | George VI (k. 1923; m. 1952) |
Anakanda | |
Kerabat | Windsor (melalui perkahwinan) |
Ayahanda | Claude Bowes-Lyon, Earl ke-14 Strathmore dan Kinghorne |
Bonda | Cecilia Cavendish-Bentinck |
Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon (4 Ogos 1900 – 30 Mac 2002) merupakan suri kepada Raja George VI dan bonda kepada Ratu Elizabeth II dan Puteri Margaret, Countess Snowdon. Baginda merupakan Permaisuri United Kingdom dan Dominion sejak suaminya menaiki takhta pada tahun 1936 sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1952, setelah itu baginda dikenali sebagai Permaisuri Elizabeth Permaisuri Bonda,[2] untuk mengelak kekeliruan dengan paduka puteri baginda. Baginda merupakan Maharani India yang terakhir.
Diputerakan sebagai kerabat bangsawan British, baginda mula menonjol pada tahun 1923 apabila baginda berkahwin dengan Duke York, putera kedua Raja George V dan Permaisuri Mary. Pasangan itu dan puteri-puteri baginda merangkum idea tradisional kerabat dan khidmat awam.[3] Baginda menjalankan pelbagai urusan awam dan jadi terkenal disebabkan oleh air muka baginda yang selalu ceria.[4]
Pada tahun 1936, suami baginda dengan tidak disangka-sangka menjadi raja apabila paduka kakanda baginda, Edward VIII, turun takhta untuk berkahwin dengan janda cerai warga Amerika Syarikat Wallis Simpson. Elizabeth kemudian menjadi permaisuri. Baginda mendampingi suami baginda dalam keberangkatan diplomasi ke Perancis dan Amerika Utara sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua. Ketika perang, semangat waja baginda yang tampak pada lahirnya memberikan sokongan moral kepada orang ramai British. Sebagai tanda menghargai peranan baginda sebagai suatu aset kepentingan British, Adolf Hitler menggambarkan baginda sebagai "wanita paling berbahaya di Eropah".[5] Selepas perang, kesihatan suami baginda merosot dan baginda menjadi balu pada usia 51 tahun. Paduka puteri sulung baginda, berusia 25 tahun, menjadi ratu baru.
Dari kemangkatan Permaisuri Mary pada tahun 1953 Permaisuri Elizabeth dipandang sebagai bonda kepada kerabat diraja British. Dalam kehidupan berikutnya, baginda selalu menjadi ahli yang popular dalam kerabat diraja, walaupun apabila ahli-ahli yang lain mengalami daripada tahap rendah persetujuan awam.[6] Baginda teruskan hidup yang aktif dalam awam hingga hanya beberapa minggu sebelum kemangkatan baginda pada usia 101 tahun, tujuh minggu selepas kemangkatan puteri bongsu baginda, Puteri Margaret.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon merupakan puteri bongsu dan anakanda yang kesembilan daripada sepuluh orang anakanda kepada Claude Bowes-Lyon, Lord Glamis (kemudian Earl Strathmore dan Kinghorne yang ke-14 dalam Bangsawan Scotland), dan isterinya, Cecilia Cavendish-Bentinck. Bondanya dari keturunan Perdana Menteri British William Cavendish-Bentinck, Duke ke-3 Portland, dan Gabenor-Jeneral India Richard Wellesley, Marquess Wellesley ke-1, iaitu kakanda sulung kepada Perdana Menteri yang lain, Arthur Wellesley, Duke ke-1 Wellington.[b]
Tempat kelahiran baginda masih tidak pasti, tetapi baginda dikatakan dilahirkan di rumah Westminster ayahanda dan bonda baginda di Belgrave Mansions, Grosvenor Gardens, atau di dalam sebuah ambulans yang ditarik kuda dalam perjalanan ke sebuah hospital.[9] Tempat boleh jadi yang lain termasuk Rumah Forbes di Ham, London, rumah nenda sebelah bonda baginda, Louisa Scott.[10] Kelahiran baginda didaftar di Hitchin, Hertfordshire,[11] berdekatan rumah desa Inggeris Strathmore, St Paul's Walden Bury, juga diberi sebagai tempat kelahirannya dalam banci tahun berikutnya.[12] Baginda diberi nama di sana pada 23 September 1900, di gereja kariah tempatan, All Saints, dan bonda dan ayahanda pembaptisan baginda termasuk bonda saudara sebelah ayahanda Lady Maud Bowes-Lyon dan sepupu Venetia James.[13]
Baginda menghabiskan banyak zaman kanak-kanaknya di St Paul's Walden dan di Istana Glamis, rumah nenek moyang Earl di Scotland. Baginda mendapat pendidikan di rumah oleh seorang pengasuh sehinggalah mencecah usia lapan tahun, dan suka akan sukan lapangan, kuda padi dan anjing.[14] Apabila baginda mula bersekolah di London, baginda mengagumkan guru-gurunya dengan memulakan karangan begitu muda dengan dua patah perkataan bahasa Yunani daripada karya Xenophon yang berjudul Anabasis. Mata pelajaran terbaik baginda ialah sastera dan kitab. Setelah kembali ke pendidikan di sekolah swasta di bawah seorang pengasuh Yahudi Jerman, Käthe Kübler, baginda lulus dalam Peperiksaan Tempatan Oxford dengan cemerlang pada usia tiga belas tahun.[15]
Pada ulang tahun kelahirannya yang keempat belas, Britain mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Empat kakandanya berkhidmat dalam tentera. Kakanda sulungnya, Fergus, seorang pegawai dalam Rejimen Black Watch, terbunuh dalam pertempuran di Pertempuran Loos pada tahun 1915. Kakandanya yang lain, Michael, telah dilaporkan hilang sewaktu bertugas pada 28 April 1917.[16] Tiga minggu kemudian, keluarganya mendapat tahu beliau telah ditangkap setelah cedera. Baginda kekal dalam kem tawanan perang sepanjang perang itu. Glamis diserahkan ke dalam sebuah rumah pemulihan untuk askar yang tercedera, yang Elizabeth bantu untuk jalankannya. Baginda begitu memainkan peranan penting dalam mengurus menyelamatkan kandungan istana ketika kebakaran yang buruk pada 16 September 1916.[17] Salah satu askar yang baginda rawat tulis dalam buku autograf baginda yang baginda akan "Digantung, ditarik, & ditempatkan ... Digantung dalam intan, ditarik di dalam kereta kuda dan empat, dan ditempatkan di dalam rumah terbaik di daratan."[18]
Berkahwin dengan Putera Albert
[sunting | sunting sumber]Putera Albert, Duke York—"Bertie" oleh ahli kaum kerabatnya—merupakan putera kedua kepada Raja George V. Baginda mulanya melamar Elizabeth pada tahun 1921, tetapi Elizabeth menolak lamaran baginda, kerana "takut tidak akan, tidak akan lagi bebas berfikir, bercakap dan berkelakuan seperti saya rasa yang saya amat harus".[19] Apabila baginda menegaskan baginda tidak akan mengahwini siapa-siapa, bonda baginda, Permaisuri Mary, berangkat menziarahi Glamis untuk melihat sendiri perempuan yang telah mencuri hari puteranya. Baginda jadi yakin yang Elizabethlah "perempuan yang dapat menggembirakan Bertie", tetapi walau bagaimanapun enggan masuk campur.[20] Pada masa yang sama, Elizabeth telah dipikat oleh James Stuart, pengiring raja Albert, sehinggalah beliau meninggalkan berkhidmat untuk Putera kerana mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik dalam perniagaan minyak Amerika.[21]
Pada bulan Februari 1922, Elizabeth menjadi pengapit di perkahwinan adinda Albert, Puteri Mary, dengan Viscount Lascelles.[22] Bulan berikutnya, Albert melamar lagi, tetapi Elizabeth menolaknya sekali lagi.[23] Akhirnya, pada bulan Januari 1923, Elizabeth bersetuju untuk mengahwini Albert, walaupun rasa ragu-ragunya tentang kehidupan diraja.[24] Kebebasan Albert dalam memilih Elizabeth, bukan seorang ahli kaum kerabat diraja, walaupun baginda puteri seorang bangsawan, dianggap satu tanda menyokong pemodenan politik; sebelum ini, putera dijangka untuk mengahwini puteri dari kerabat diraja yang lain.[25] Baginda berdua memilih sebentuk cincin pertunangan platinum bertahtakan batu nilam Kashmir dengan dua biji intan menghiasi tepinya.[26]
Baginda berdua berkahwin pada 26 April 1923, di Westminster Abbey. Dengan tidak disangka-sangka,[27] Elizabeth meletakkan jambak bunganya di Makam The Unknown Warrior dalam perjalanannya ke Gereja,[28] untuk memperingati kakandanya Fergus.[29] Elizabeth dikurniakan gelaran Her Royal Highness The Duchess of York (Yang Teramat Mulia Duchess York).[30] Berikutana santapan pagi perkahwinan di Istana Buckingham yang disediakan oleh jurumasak Gabriel Tschumi, Duchess yang baru dan suaminya berbulan madu di Polesden Lacey, sebuah rumah manor di Surrey, dan kemudian berangkat ke Scotland, di sanalah baginda dijangkit batuk kokol yang dianggap "tidak romantik".[31]
Duchess York (1923–1936)
[sunting | sunting sumber]Selepas keberangkatan lawatan yang berjaya ke Ireland Utara pada bulan Julai 1924, kerajaan Parti Buruh bersetuju Albert dan Elizabeth boleh berangkat melancong ke Afrika Timur dari bulan Disember 1924 hingga bulan April 1925.[32] Kerajaan Parti Buruh telah dikalahkan oleh Parti Konservatif dalam sebuah pilihan raya umum pada bulan November (Elizabeth memerikannya sebagai "mengagumkan" kepada bondanya)[33] dan Gabenor Jeneral Sudan Inggeris-Mesir, Sir Lee Stack, telah dibunuh tiga minggu kemudian. Sungguhpun berita ini, keberangkatan baginda berdua diteruskan, dan baginda berdua berangkat menziarahi Aden, Kenya, Uganda, dan Sudan, namun Mesir dielakkan disebabkan oleh ketegangan politik.[34]
Albert gagap orangnya dan ia mempengaruhi kebolehan baginda untuk bertitah, dan selepas bulan Oktober 1925, Elizabeth membantu dalam menolongnyaa melalui terapi yang direka oleh Lionel Logue, satu episod yang digambarkan dalam filem 2010 The King's Speech. Pada tahun 1926, pasangan berkenaan dikurniakan berputerakan anakanda pertamanya, Puteri Elizabeth—"Lilibet" oleh kaum kerabatnya—yang kemudian menjadi Ratu Elizabeth II. Puteri yang lain, Puteri Margaret Rose, diputerakan empat tahun kemudian. Albert dan Elizabeth, tanpa anakanda baginda berdua, mencemar duli ke seluruh Australia untuk berkenan membuka Bangunan Parlimen di Canberra pada tahun 1927.[35] Baginda, dalam kalimat baginda sendiri, "duduk di dalam percintaan kerana meninggalkan bayi".[36] Perjalanan baginda berdua melalui laut membawa baginda berdua melalui Jamaica, Terusan Panama Canal dan Pasifik; Elizabeth kerap bimbang akan bayinya di Britain, tetapi perjalanan baginda berdua merupakan hubungan awam yang berjaya.[37] Baginda menawan hati orang awam di Fiji apabila, berkenan bersalaman dengan barisan panjang tetamu rasmi, seekor anjing liar berjalan di dalam istiadat dan baginda bersalaman dengan anjing itu juga.[38] Di New Zealand baginda jatuh gering dengan selesema dan terlepas beberapa urusan, tetapi berseronok dengan memancing di sana[39] di Bay of Islands diiringi oleh nelayan sukan Australia Harry Andreas.[40] Dalam perjalanan keberangkatan balik, melalui Mauritius, Terusan Suez, Malta dan Gibraltar, pengangkutan baginda berdua, HMS Renown, terbakar dan baginda berdua bersedia untuk berangkat meninggalkan kapal sebelum api dapat dikawal.[41]
Kenaikan dan penurunan takhta Raja Edward VIII
[sunting | sunting sumber]Pada 20 Januari 1936, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja George V mangkat dan kakanda Duli Yang Teramat Mulia Putera Albert, Edward, Putera Wales, menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Edward VIII. George telah menzahirkan kesangsian peribadi tentang penggantinya, dengan bertitah, "Beta berdoa Tuhan yang putera sulung beta tidak akan berkahwin dan tiada yang akan menghalang antara Bertie dan Lilibet dan takhta."[42]
Hanya beberapa bulan dalam pemerintahan baginda, Raja Edward memaksa krisis perlembagaan dengan berkeras untuk mengahwini janda cerai Amerika Wallis Simpson. Walaupun secara sah Edward boleh mengahwini Simpson, sebagai Raja, baginda juga ketua Gereja England, yang pada masa itu tidak membenarkan orang yang telah bercerai untuk berkahwin semula. Para menteri Raja Edward percaya yang rakyat tidak akan menerima Simpson sebagai Permaisuri dan menasihat menentang perkahwinan itu. Sebagai seorang raja berperlembagaan, Edward terpaksa mengikut nasihat menteri.[43]
Daripada meninggalkan rancangannya untuk mengahwini Simpson, baginda memilih untuk turun takhta untuk Putera Albert,[44] yang dengan berat hati menjadi Raja di tempatnya pada 11 Disember 1936 di bawah nama pemerintah Raja George VI. Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth dimahkotakan Raja dan Permaisuri Great Britain, Ireland dan Dominion British, dan Maharaja dan Maharani India di Westminster Abbey pada 12 Mei 1937, tarikh sebelum ini dijadualkan untuk Raja Edward VIII. Mahkota Permaisuri Elizabeth diperbuat daripada platinum dan bertahtakan intan Koh-i-Noor.[45]
Edward dan Simpson berkahwin dan menjadi Duke dan Duchess Windsor, tetapi sementara Edward mendapat gelaran Royal Highness (Yang Teramat Mulia), Raja George VI enggan mengurniakan gelaran kepada Duchess, keputusan yang sokong Elizabeth.[46] Elizabeth kemudian memetik merujuk Duchess sebagai "wanita itu",[47] dan Duchess merujuk Elizabeth sebagai "Cookie", disebabkan oleh keserupaan yang dikatakan baginda dengan seorang tukang masak Scots yang gemuk.[6] Dakwaan yang Elizabeth kekal berasa murka dan duka cita terhadap Duchess itu disangkal oleh kawan rapat baginda; Duke Grafton menulis yang baginda "tidak pernah berkata cabul terhadap Duchess Windsor, kecuali berkata baginda memang tidak tahu langsung perkara yang baginda sedang hadapi."[48]
Permaisuri (1936–1952)
[sunting | sunting sumber]Lawatan negara dan kunjungan diraja
[sunting | sunting sumber]Pada musim panas 1938, satu lawatan negara ke Perancis oleh Raja dan Permaisuri ditunda selama tiga minggu disebabkan oleh kemangkatan bonda Permaisuri, Lady Strathmore. Dalam masa dua minggu, Norman Hartnell mencipta sepersalinan trousseau serba putih untuk Permaisuri kerana baginda tidak dapat menyalin persalinan yang berwarna kerana baginda masih berkabung.[49] Keberangkatan itu direka untuk memperkukuh perpaduan Inggeris-Perancis ketika menghadapi kelangsangan daripada Jerman Nazi.[50] Akhbar Perancis memuji perilaku dan daya tarikan pasangan diraja ketika lawatan yang ditunda namun berjaya, ditambah oleh koleksi pakaian Hartnell.[51]
Meskipun begitu, kelangsangan Nazi berterusan, dan kerajaan bersedia untuk perang. Selepas Perjanjian Munich 1938 muncul untuk menghalang munculnya pertempuran bersenjata, Perdana Menteri British Neville Chamberlain dijemput ke beranda Istana Buckingham menghadap dengan Raja dan Permaisuri untuk menerima sambutan meriah daripada khalayak ramai yang merafak sembah selamat.[52] Sementara pada umumnya terkenal dalam kalangan orang awam, polisi Chamberlain terhadap Hitler merupakan perkara beberapa penentangan dalam the Dewan Rakyat, yang menyebabkan sejarawan John Grigg untuk menggambarkan tingkah laku Raja dalam mengaitkan dirinya utama dengan seorang ahli politik sebagai "tindakan yang paling tidak mengikut perlembagaan oleh seorang Raja British pada abad kini".[53] Walau bagaimanapun, para sejarawan mengemukakan alasan yang Raja hanya pernah mengikuti nasihat menteri dan bertindak seperti baginda bergantung pada untuk berlaku mengikut perlembagaan.[54]
Pada bulan Mei dan Jun 1939, Permaisuri Elizabeth dan suaminya berangkat mencemar duli ke Kanada dari pantai ke pantai dan kembali, dan berangkat mencemar duli di Amerika Syarikat, meluangkan masa dengan Presiden Roosevelt di Rumah Putih dan estet Lembah Hudson beliau.[55][56][57][58] Wanita Pertama A.S. Eleanor Roosevelt berkata yang Permaisuri Elizabeth ini "sempurna sebagai seorang Permaisuri, baik budi, berpengetahuan, berkata benda benar & baik tetapi sedikit sedar sendiri diraja".[59] Keberangkatan ini direka untuk memperkukuh sokongan rentas Atlantik sekiranya berlaku perang, dan untuk mengesahkan status Kanada sebagai kerajaan merdeka berkongsi dengan Britain orang yang sama sebagai raja.[60][61][62][63]
Menurut sebuah cerita yang kerap diceritakan, ketika salah satu pertemuan terawal pertemuan berulang kali pasangan diraja dengan orang ramai, seorang bekas perajurit Perang Boer memohon menanyakan Permaisuri Elizabeth, "Tuanku orang Scotland atau tuanku orang Inggeris?" Baginda membalas, "Beta orang Kanada!"[64] Sambutan baginda berdua oleh orang awam Kanada dan A.S. amatlah bersemangat,[65] dan sebahagian besar melesapkan sebarang rasa sisa-sisa yang George dan Elizabeth pengganti yang lemah untuk Raja Edward.[66] Permaisuri Elizabeth memberitahu Perdana Menteri Kanada William Lyon Mackenzie King, "bahawa keberangkatan itu membentuk [citra] kami",[67] dan baginda berangkat kembali ke Kanada dengan kerap kedua-duanya dalam keberangkatan rasmi dan peribadi.[68]
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
[sunting | sunting sumber]Terasul dan gelaran
[sunting | sunting sumber]- 4 Ogos 1900 – 16 Februari 1904: Yang Berhormat (The Honourable) Elizabeth Bowes-Lyon
- 16 Februari 1904 – 26 April 1923: Lady (Che Puan British) Elizabeth Bowes-Lyon
- 26 April 1923 – 11 Disember 1936: Yang Teramat Mulia (Her Royal Highness) Duchess York
- 11 Disember 1936 – 6 Februari 1952: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (Her Majesty) Permaisuri
- 6 Februari 1952 – 30 Mac 2002: Yang Maha Mulia (Her Majesty) Permaisuri Elizabeth Permaisuri Bonda
Anakanda
[sunting | sunting sumber]Nama | Keputeraan | Kemangkatan | Perkahwinan | Anakanda mereka | Cucunda mereka | |
---|---|---|---|---|---|---|
Tarikh | Pasangan | |||||
Elizabeth II | 21 April 1926 | 20 November 1947 | Putera Philip dari Greece dan Denmark | Charles, Putera Wales | Putera William, Duke Cambridge Putera Henry dari Wales | |
Anne, Puteri Diraja | Peter Phillips Zara Tindall | |||||
Putera Andrew, Duke York | Puteri Beatrice dari York Puteri Eugenie dari York | |||||
Putera Edward, Earl Wessex | Lady Louise Windsor James, Viscount Severn | |||||
Puteri Margaret | 21 Ogos 1930 | 9 Februari 2002 | 6 Mei 1960 Cerai 11 Julai 1978 |
Antony Armstrong-Jones | David Armstrong-Jones, Earl ke-2 Snowdon | Charles Armstrong-Jones, Viscount Linley Lady Margarita Armstrong-Jones |
Lady Sarah Chatto | Samuel Chatto Arthur Chatto |
Keturunan
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Versi nama kerabat yang disempangkan telah digunakan dalam dokumen rasmi pada waktu perkahwinan baginda, tetapi kerabatnya sendiri selalunya meninggalkan sempang itu.[1]
- ^ Lady Colin Campbell mendakwa bonda kandung Elizabeth merupakan tukang masak keluarga, Marguerite Rodiere, dengan cara urusan menjadi ibu tumpang yang biasa dalam kalangan keluarga bangsawan pada zaman itu. Teori ini diketepikan oleh penulis biografi seperti Michael Thornton dan Hugo Vickers.[7] Dalam dakwaan awal, diterbitkan oleh Kitty Kelley pada tahun 1997, bonda Elizabeth dikatakan sebagai seorang pembantu rumah Wales.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Shawcross, p. 8
- ^ "No. 55932". The London Gazette (Supplement). 4 August 2000. m/s. 8617. "No. 56653". The London Gazette (Supplement). 5 August 2002. m/s. 1. "No. 56969". The London Gazette. 16 June 2003. m/s. 7439.
- ^ Roberts, pp. 58–59
- ^ British Screen News (1930), Our Smiling Duchess, London: British Screen Productions
- ^ Langworth, Richard M. (Spring 2002), HM Queen Elizabeth The Queen Mother 1900–2002, The Churchill Centre, dicapai pada 1 Mei 2010
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamoore
- ^ "Queen Mother was daughter of French cook, biography claims", The Telegraph, 31 March 2012
- ^ Beck, Joan (5 October 1997), "Royal Muck: $27 Down The Drain", Chicago Tribune, dicapai pada 16 February 2017
- ^ Weir, Alison (1996), Britain's Royal Families: The Complete Genealogy, Revised edition, London: Pimlico, m/s. 330, ISBN 0-7126-7448-9
- ^ Shawcross, p. 15
- ^ Civil Registration Indexes: Births, General Register Office, England and Wales. Jul–Sep 1900 Hitchin, vol. 3a, p. 667
- ^ 1901 England Census, Class RG13, piece 1300, folio 170, p. 5
- ^ Demoskoff, Yvonne (27 December 2005), Yvonne's Royalty Home Page
- ^ Vickers, p. 8
- ^ Vickers, pp. 10–14
- ^ Shawcross, p. 85
- ^ Shawcross, pp. 79–80
- ^ Forbes, p. 74
- ^ Ezard, John (1 April 2002), "A life of legend, duty and devotion", The Guardian, m/s. 18
- ^ Airlie, Mabell (1962), Thatched with Gold, London: Hutchinson, m/s. 167
- ^ Shawcross, pp. 133–135
- ^ Shawcross, pp. 135–136
- ^ Shawcross, p. 136
- ^ Longford, p. 23
- ^ Roberts, pp. 57–58; Shawcross, p. 113
- ^ Lady Elizabeth Bowes-Lyon's Engagement Ring, Vintage Royal Wedding, diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2013, dicapai pada 13 April 2014
- ^ Shawcross, p. 177
- ^ Vickers, p. 64
- ^ Rayment, Sean (1 May 2011), "Royal wedding: Kate Middleton's bridal bouquet placed at Grave of Unknown Warrior", The Telegraph, dicapai pada 20 August 2012
- ^ Shawcross, p. 168
- ^ Letter from Albert to Queen Mary, 25 May 1923, quoted in Shawcross, p. 185
- ^ Shawcross, pp. 218–219
- ^ Letter from Elizabeth to Lady Strathmore, 1 November 1924, quoted in Shawcross, p. 217
- ^ Shawcross, pp. 221–240
- ^ Queen Elizabeth The Queen Mother> Royal tours, Official web site of the British monarchy, dicapai pada 1 May 2009
- ^ Elizabeth's diary, 6 January 1927, quoted in Shawcross, p. 264
- ^ Shawcross, pp. 266–296
- ^ Shawcross, p. 277
- ^ Shawcross, pp. 281–282
- ^ "Royal anglers", The Register, Adelaide: National Library of Australia, m/s. 9, 25 February 1927, dicapai pada 1 September 2012
- ^ Shawcross, pp. 294–296.
- ^ Ziegler, Philip (1990), King Edward VIII: The Official Biography, London: Collins, m/s. 199, ISBN 0-00-215741-1
- ^ Beaverbrook, Lord (1966), Taylor, A. J. P. (penyunting), The Abdication of King Edward VIII, London: Hamish Hamilton, m/s. 57
- ^ The Duke of Windsor (1951). A King's Story. London: Cassell and Co., p. 387
- ^ Shawcross, p. 397
- ^ Letter from George VI to Winston Churchill in which the King says his family shared his view, quoted by Howarth, p. 143
- ^ Michie, Alan A. (17 March 1941) Life Magazine, quoted by Vickers, p. 224
- ^ Hogg and Mortimer, pp. 84–85
- ^ Shawcross, pp. 430–433
- ^ Shawcross, p. 430
- ^ Shawcross, pp. 434–436
- ^ Shawcross, pp. 438–443
- ^ Hitchens, Christopher (1 April 2002) "Mourning will be brief", The Guardian, retrieved 1 May 2009.
- ^ Sinclair, David (1988), Two Georges: the Making of the Modern Monarchy, Hodder and Stoughton, m/s. 230, ISBN 0-340-33240-9
- ^ Bell, Peter (October 2002), "The Foreign Office and the 1939 Royal Visit to America: Courting the USA in an Era of Isolationism", Journal of Contemporary History, 37 (4): 599–616, doi:10.1177/00220094020370040601, JSTOR 3180762
- ^ Rhodes, Benjamin D. (2001), United States foreign policy in the interwar period, 1918–1941, Greenwood, m/s. 153, ISBN 0-275-94825-0
- ^ Reynolds, David (August 1983), "FDR's Foreign Policy and the British Royal Visit to the U.S.A., 1939", Historian, 45 (4): 461–472, doi:10.1111/j.1540-6563.1983.tb01576.x
- ^ Rhodes, Benjamin D. (April 1978), "The British Royal Visit of 1939 and the "Psychological Approach" to the United States", Diplomatic History, 2 (2): 197–211, doi:10.1111/j.1467-7709.1978.tb00431.x
- ^ Shawcross, p. 479
- ^ Galbraith, William (1989), "Fiftieth Anniversary of the 1939 Royal Visit" (PDF), Canadian Parliamentary Review, Ottawa: Commonwealth Parliamentary Association, 12 (3): 7–8, dicapai pada 14 December 2009
- ^ Bousfield, Arthur; Toffoli, Garry (1989), Royal Spring: The Royal Tour of 1939 and the Queen Mother in Canada, Toronto: Dundurn Press, m/s. 65–66, ISBN 1-55002-065-X
- ^ Lanctot, Gustave (1964), Royal Tour of King George VI and Queen Elizabeth in Canada and the United States of America 1939, Toronto: E. P. Taylor Foundation
- ^ Library and Archives Canada, "The Royal Tour of 1939", A Real Companion and Friend: The diary of William Lyon Mackenzie King, Queen's Printer for Canada, dicapai pada 16 February 2017 Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan) - ^ Speech delivered by Her Majesty the Queen at the Fairmont Hotel, Vancouver, Monday, 7 October 2002 as reported in e.g. Joyce, Greg (8 October 2002) "Queen plays tribute to Canada, thanks citizens for their support", The Canadian Press
- ^ Shawcross, pp. 457–461; Vickers, p. 187
- ^ Bradford, pp. 298–299
- ^ Bradford, p. 281
- ^ Past Royal Tours – Her Majesty Queen Elizabeth The Queen Mother (d. March 30, 2002), Government of Canada, 31 January 2017, diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-16, dicapai pada 16 February 2017
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Bradford, Sarah (1989), The Reluctant King: The Life and Reign of George VI, New York: St Martin's
- Forbes, Grania (1999), My Darling Buffy: The Early Life of The Queen Mother, Headline Book Publishing, ISBN 978-0-7472-7387-5
- Hogg, James; Mortimer, Michael, penyunting (2002), The Queen Mother Remembered, BBC Books, ISBN 0-563-36214-6
- Howarth, Patrick (1987), George VI, Century Hutchinson, ISBN 0-09-171000-6
- Goldman, Lawrence (May 2006) "Elizabeth (1900–2002)", Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, doi:10.1093/ref:odnb/76927, retrieved 1 May 2009 (Subscription required)
- Longford, Elizabeth (1981), The Queen Mother, Weidenfeld & Nicolson
- Roberts, Andrew (2000), Fraser, Antonia (penyunting), The House of Windsor, London: Cassell and Co., ISBN 0-304-35406-6
- Shawcross, William (2009), Queen Elizabeth The Queen Mother: The Official Biography, Macmillan, ISBN 978-1-4050-4859-0
- Shawcross, William (2012), Counting One's Blessings: Selected Letters of Queen Elizabeth the Queen Mother, Macmillan, ISBN 978-0-230-75496-6
- Vickers, Hugo (2006), Elizabeth, The Queen Mother, Arrow Books/Random House, ISBN 978-0-09-947662-7
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Elizabeth Bowes-Lyon |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Elizabeth Bowes-Lyon |
- (Inggeris) Tapak web rasmi
- (Inggeris) Elizabeth di Encyclopædia Britannica
- (Inggeris) Ingat Ini—Sebuah Elegi atas kemangkatan YMM Permaisuri Elizabeth, Permaisuri Bonda oleh Andrew Motion, Poet Laureate, di BBC
- (Inggeris) The Queen Mother's Wedding di YouTube di The Royal Channel
Kerabat diraja British | ||
---|---|---|
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh Mary dari Teck |
Permaisuri United Kingdom dan Dominion British 1936–1952 |
Diikuti oleh: Philip dari Greece dan Denmark |
Maharani India 1936–1947 |
Gelaran digugurkan pada 22 Jun 19481 | |
Jawatan akademik | ||
Didahului oleh Earl Baldwin Bewdley |
Pelawat Maktab Girton, Cambridge 1948–2002 |
Diikuti oleh: Baroness Hale Richmond |
Didahului oleh Earl Athlone |
Canselor Universiti London 1955–1981 |
Diikuti oleh: Puteri Anne |
Institusi baharu | Canselor Universiti Dundee 1967–1977 |
Diikuti oleh: Earl Dalhousie |
Gelaran Kehormat | ||
Gelaran baharu | Grand Master of the Royal Victorian Order 1937–2002 |
Diikuti oleh: Puteri Diraja |
Didahului oleh Sir Robert Menzies |
Lord Warden of the Cinque Ports 1978–2002 |
Diikuti oleh: Lord Boyce |
Nota dan rujukan | ||
1. "No. 38330". The London Gazette. 22 Jun 1948. m/s. 3647. |