Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 diadakan pada 6 Disember 2005. Calon Barisan Nasional / UMNO iaitu Hanafi Mamat berjaya menewaskan calon PAS di DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan. UMNO / BN menang dengan majoriti 134 undi. Calon bebas hanya mendapat 415 undi dan hilang wang pertaruhan. Dalam pilihan raya 2004, Hanafi Mamat kalah di Pengkalan Pasir tapi menang kali ini (2005).

Pengkalan Pasir terletak di tengah bandar Pasir Mas dan ditadbir oleh Majlis Daerah Pasir MAS. DUN Pengkalan Pasir terletak dalam kawasan parlimen Pasir Mas. Ia bersebelahan dengan Sungai Kelantan di selatan. DUN Meranti di utara di DUN Tendong di timur. PAS dan UMNO silih berganti memenangi kawasan ini.

Tahun 1974, ketika itu bernama DUN Pasir Mas telah dimenangi oleh PAS. Selepas Mageran Mac 1978 di Kelantan, maka dalam pilihan raya umum 11 Mac 1978, ia dimenangi oleh calon BN sehingga 1990. Dari 1990 hingga 2004 ia dimenangi oleh PAS. Dalam pilihan raya umum 2004, PAS menang dengan undi sebanyak 7168 dan BN, 7112 iaitu majoriti 56 undi.

Tahun 2005, terdapat 18,600 pengundi iaitu 94.8% Melayu dan 5.2% Cina.

Calon[sunting | sunting sumber]

SPR mengumumkan 3 calon bertanding iaitu calon PAS Hanifa Ahmad (59), calon BN Hanafi Mamat dan calon bebas, Dato' Ibrahim Ali.

Ketika itu Ibrahim Ali baru sahaja dipecat dari UMNO. Kehadiran Ibrahim Ali sebagai calon Bebas akan memecahkan undi UMNO dan undi PAS.

Barisan Nasional / UMNO[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru sahaja memperkenalkan Islam Hadhari yang bertujuan murni agar umat Islam yang lebih bertamadun , toleran dan tidak dibabitkan dengan ekstremis. Jentera pilihan raya UMNO lebih tersusun dan lancar walaupun ada masalah dalaman. Peminpin UMNO seperti Dato Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib , Dato Annuar Musa, Dato Mustapha Mohamad, Dato Seri Shahidan Kassim dan pemimpin Pemuda UMNO seperti Khairy Jamaluddin berhempas pulas menggerakkan jentera UMNO. Datuk Seri Najib menyatakan kerajaan BN akan membina Universiti Kelantan jika berjaya menawan Kelantan. Ketika itu belum ada universiti di Pahang, Perlis dan Negeri Sembilan.

Ketua Menteri Melaka, Dato Mohd Ali bin Mohd Rustam sebelum ini pernah melarang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Melaka melawat Kelantan.

PAS[sunting | sunting sumber]

Semasa penamaan calon, turut berarak ialah PMusyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama ialah Dato' Anuar Tan Abdullah. PAS pula terlalu yakin menang di situ kerana adanya ADUN Bebas yang mendapat undi majoriti 1600 undi semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. PAS menyalahkan undi pos dan undi hantu dan ada ura-ura untuk ke mahkamah membantah keputusan pilihan raya kecil itu.[1]

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkempen di Stadium Mini Pasir Mas. .Turut berkempen ialah Dato' Kamaruddin Jaafar, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan. Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pengkalan Pasir adalah permulaan muafakatan Barisan Alternatif.

Ada beberapa yang dipertikaikan oleh PAS ketika itu, antaranya ialah :

  1. SPR diletakkan dan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri
  2. Penukaran sempadan pilihanraya secara sewenang-wenang bagi kepentingan pihak tertentu
  3. Menukarkan syarat pendaftaran menurut kepentingan pihak tertentu
  4. Menukar pengundi keluar dari kawasan mengundi dan memasukkan pengundi ke kawasan lain tanpa pengetahuannya
  5. Penambahan kerusi parlimen dan DUN bagi kepentingan politik tertentu
  6. Daftar pemilih yang tidak bersih. Ada pengundi hantu
  7. Menggunakan daftar pemilih yang berlainan
  8. Berlakunya pengulangan mengundi bagi seorang individu lebih dari sekali
  9. Penyalinan no siri pengundi pada tunggul keratan kertas mengundi yang membolehkan dikesan nama pengundi
  10. Pejabat Pendaftaran Negara diperalatkan bagi menambah dan mengurangkan pendaftaran di sesuatu kawasan menurut kepentingan BN.
  11. Pengeluaran kad pengenalan sementara bagi pengundi-pengundi upahan
  12. Memanipulasi pengundi-pengundi pos
  13. Politik wang dan rasuah politik
  14. Penambahan waktu mengundi bercanggah dengan akta pilihanraya
  15. Keputusan penghakiman petition pilihanraya yang tidak konsisten
  16. Parti pemerintah menggunakan peralatan dan kemudahan kerajaan
  17. Menyekat golongan tertentu yang sudah berkelayakan dari mengundi
  18. Menggunakan samseng dan kaki pukul untuk menyekat dan menakutkan pengundi
  19. Menahan atau tidak menyerahkan borang 14 bagi tujuan penipuan keputusan mengundi
  20. Memonopoli segala media elektronik dan cetak.[2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]