Wan Azizah Wan Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Wan Azizah" dilencongkan di sini.
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Datin Seri DiRaja Dr.
Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah.jpg
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-12
Memegang jawatan
21 Mei 2018
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Didahului oleh Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga
Memegang jawatan
21 Mei 2018
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Didahului oleh Rohani Abdul Karim
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 31 Julai 2008
Raja Sultan Mizan Zainal Abidin
Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad Badawi
Didahului oleh Lim Kit Siang
Digantikan oleh Anwar Ibrahim
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen
untuk P44 Permatang Pauh, Pulau Pinang
Dalam jawatan
8 Mei 2015 – 7 April 2018
Didahului oleh Anwar Ibrahim
Digantikan oleh Nurul Izzah Anwar
Majoriti 8,841 undi
Butiran peribadi
Lahir (1952-12-03) 3 Disember 1952 (umur 65)
Singapura
Parti politik Lambang keadilan.png PH-PKR
Pasangan Anwar Ibrahim (berkahwin 1979)
Anak-anak 6 (termasuk Nurul Izzah Anwar)
Pekerjaan Doktor, ahli politik

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Datin Seri DiRaja Dr. Wan Azizah Dato’ Wan Ismail (lahir 3 Disember 1952) merupakan ahli politik dan merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia dan juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, yang mana beliau telah tubuhkan di Malaysia. Beliau juga merupakan isteri kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, yang beliau telah kahwini dalam tahun 1980. Pada 2004, mereka mempunyai enam orang anak, lima orang perempuan dan seorang lelaki.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura,[1] ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Datin Seri DiRaja Dr. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban.[2] Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau pada 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.[3][4]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau Yang Amat Berhormat Datuk Seri Datin Seri DiRaja Dr. Wan Azizah Dato’ Wan Ismail (sewaktu berumur 23 tahun) berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sewaktu berumur 28 tahun) dan bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur.[5] Sejak 1973 lagi, perkenalan mereka menerusi sekeping gambar Anwar yang ketika itu telah menjadi Presiden ABIM. Pertemuan diatur oleh sahabat mereka pada 1979, ketika Revolusi Iran sedang memuncak. Pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dan berakhir di jinjang pelamin pada 28 Februari 1980. Mulanya tidak begitu direstui oleh bapanya Wan Ismail tetapi selepas mendapat anak pertama, hubungan kekeluargaan semakin akrab.[6]

Bapanya, Dato’ Wan Ismail Wan Mahmood berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Bapanya menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis. Wan Ismail berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah ayahnya. Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan dan ada sedikit sangkut-paut dengan keturunan Kelantan.[7][8]

Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Adik lelakinya profesor di USM. Adik perempuannya pula bekerja sebagai jurugambar di Bernama. Seterusnya, adik perempuan bongsunya menjadi peguam di Kuala Lumpur. Ketika bapa dan ibunya berhijrah ke London, Azizah diserahkan sementara kepada pakciknya Che Rus bin Tahir dan Wan Asma Wan Mahmood di Alor Setar. Bapa angkatnya bekerja sebagai Merinyu Kesihatan bagi Kedah/Perlis dan mendedahkannya kepada kesihatan awam.

Anak mereka, Nurul Izzah Anwar telah berkahwin dengan Raja Shahrir semasa Anwar masih meringkuk di Penjara Sungai Buloh. Ketika itu, Anwar memakai nombor baju bernombor 28/98. Selepas merayu, Anwar dbenarkan keluar daripada penjara untuk menjadi wali anaknya. Perkara yang sama berlaku apabila Ihsan berkahwin dengan Syaheedah. Anwar telah dibebaskan pada 2 September 2004 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Parti Keadilan Nasional[sunting | sunting sumber]

Selepas suaminya Anwar dipecat dan ditahan pada 20 September 1998. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Datin Seri DiRaja Dr. Azizah membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999 (kini Parti Keadilan Rakyat) dan menjadi presidennya.[9]

Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan pada tahun 2008, beliau dilantik oleh partinya sebagai Penasihat Umum (de facto) sehingga tahun 2015.

Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam tahun 1999, yang mana beliau telah menang menewaskan Dato' Seri Ibrahim Saad dengan satu majoriti 9077 undi. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya seterusnya dalam tahun 2004 dengan majoriti kecil selepas beberapa kali kiraan semula. Beliau menewaskan Ustaz Firdaus.

Dan pada 8 Mac 2008, sekali lagi menentang Ustaz Firdaus sekali lagi beliau mempertahankan kerusi Permatang Pauh mewakili Parti KeADILan Rakyat, selaku parti komponen Pakatan Rakyat, yang juga disertai oleh PAS dan DAP. Beliau juga adalah mantan Ketua Pembangkang Malaysia.

Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.[10][11]

Pada 1 April 2015, Anwar disabitkan bersalah diatas kesalahan meliwat pembantu peribadinya dan telah dihukum penjara 5 tahun. Ini memyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. SPR telah menetapkan 7 Mei 2015 sebagai hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015. 8 Mei 2015, Wan Azizah berjaya memenangi kerusi tersebut dan beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu dengan majoriti 8,841 undi menewaskan calon dari BN, Shabudin Yahya dan dua orang calon bebas (kedua-duanya hilang deposit).

Pilihan raya Mac 2008[sunting | sunting sumber]

Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 dengan majoriti 13,388.[12] Beliau disokong oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengetuai pembangkang di rumah parlimen, Dewan Rakyat.

Dengan pengumuman awam oleh Anwar Ibrahim berhubung hasratnya untuk kembali ke politik aktif walaupun di sisi undang-undang dihalang daripada berbuat demikian,[13] Wan Azizah menunjukkan kesediaannya untuk mengosongkan kedudukan presiden parti jika beliau dipilih.[14] Bagaimanapun, beliau juga telah menyatakan bahawa dia bercadang untuk mempertahankan kerusi Parlimennya untuk Permatang Pauh.[15] Beliau meletak jawatan kerusi parlimennya untuk Permatang Pauh pada 31 Julai 2008, untuk memberi laluan kepada suaminya, yang memenangi pilihan raya kecilnya pada 26 Ogos 2008 dengan majoriti besar.

Gelaran kehormat[sunting | sunting sumber]

Wan Azizah diberi penghormatan sempena hari ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 12 Julai 2008 apabila beliau dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri, suatu perintah pangkat kedua di negeri ini. Anugerah itu membawa gelaran Datuk Seri.[16][17]

Krisis politik Selangor 2014[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mac 2014, PKR telah mengumumkan beliau sebagai calon baharu untuk pilihan raya kecil Kajang.[18] Perkara ini adalah berikutan daripada keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Anwar Ibrahim. Suaminya disabitkan atas kesalahan meliwat, sekali gus telah menyebabkan hilangnya kelayakan sebagai calon DUN kawasan tersebut.[19] Selepas memenanginya, beliau dicalonkan partinya sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR.[20]

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil telah diadakan untuk kerusi Dewan Rakyat bagi Permatang Pauh pada 7 Mei 2015,[21] selepas suami Wan Azizah Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan daripada memegang kerusi tersebut setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat dalam perbicaraan kontroversi.[22] Wan Azizah bertanding bagi kerusi itu menentang tiga calon lain,[23] mengekalkannya untuk PR dengan majoriti 8,841 undian.[24]

Pilihan raya 2018[sunting | sunting sumber]

Pada pilihanraya 2018, Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.[25] Ia merupakan sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk Mahathir untuk berkhidmat sebagai interim jika dipilih, meminta pengampunan untuk Anwar dan membuka jalan baginya untuk mengambil alih.[26] Ada pula yang membuat spekulasi bahawa Wan Azizah yang akan memberi laluan kepada suaminya.[27]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia
Tahun Perlembagaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 Permatang Pauh Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan) 23,820 61.77% Ibrahim Saad (UMNO) 14,743 38.23% 39,210 9,077 78.95%
2004 Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 21,737 50.47% Pirdaus Ismail (UMNO) 21,147 49.1% 43,734 590 80.93%
2008 Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 30,338 64.1% Pirdaus Ismail (UMNO) 16,950 35.81% 47,442 13,388 81.17%
2015 Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 30,316 57.09% Suhaimi Sabudin (UMNO) 21,475 40.44% 53,102 8,841 74.53%
2018 Pandan Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 64,733 75.47 % Leong Kok Wee (MCA) 12,190 14.21% 85,774 52,543 %
Mohamed Sukri Omar (PAS) 8,336 9.72%
Jenice Lee Ying Ha (PRM) 442 0.52%
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz (BEBAS) 73 0.08%


Dewan Undangan Negeri Selangor
Tahun Perlembagaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2014 Kajang Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 16,741 59.6% Chew Mei Fun (MCA) 11,362 40.4% 28,314 5,379 72%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Habibu, Sira; Rahim, Rahimy (3 September 2014). "Party lists PKR president and deputy for Selangor MB post". The Star. Petaling Jaya, Malaysia. Dicapai 3 September 2014. 
  2. ^ P Ramakrishnan (8 May 1999). "In Desperate Straits". Aliran.com. 
  3. ^ Parti Keadilan Rakyat: Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
  4. ^ Asiaweek : A Woman of Grace
  5. ^ Habibu, Sira; Rahim, Rahimy (3 September 2014). "Party lists PKR president and deputy for Selangor MB post". The Star. Petaling Jaya, Malaysia. Dicapai 3 September 2014. 
  6. ^ P Ramakrishnan (8 May 1999). "In Desperate Straits". Aliran.com. 
  7. ^ Parti Keadilan Rakyat: Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
  8. ^ Asiaweek : A Woman of Grace
  9. ^ Parti Keadilan Rakyat: Background & History
  10. ^ Permatang Pauh: Presiden letak jawatan, Anwar tanding, Suara KeADILan online
  11. ^ Wan Azizah Kosongkan Kerusi Permatang Pauh Untuk Beri Laluan Kepada Anwar, Bernama
  12. ^ Malaysian General Election 2008 : Results for Permatang Pauh Diarkibkan 19 September 2009 di Wayback Machine.
  13. ^ Radio Australia: MALAYSIA: Anwar Ibrahim to make political comeback
  14. ^ Daily Express: Wan Azizah agrees to make way for Anwar
  15. ^ Malaysiakini : She's ready to make way for hubby
  16. ^ "CJ and Dr Wan Azizah top Penang awards list". The Star. Star Publications (M) Bhd. 10 July 2008. Dicapai 12 July 2008. 
  17. ^ "Darjah Panglima Pangkuan Negeri". Penang State Government Portal. Government of the State of Penang, Malaysia. Dicapai 12 July 2008. 
  18. ^ Wan Azizah to replace Anwar in Kajang
  19. ^ Anwar Ibrahim sentenced to five years' prison after Malaysia's court of appeal overturns sodomy acquittal - Australia Network News (Australian Broadcasting Corporation) 9 Mac 2014
  20. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/khalid-ibrahim-dipecat-1.306231
  21. ^ "Four cornered fight in Permatang Pauh by-election". The Star (Malaysia). 25 April 2015. 
  22. ^ "Anwar no longer Permatang Pauh MP". The Malaysian Insider. 1 April 2015. 
  23. ^ http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/election-commission-expects-permatang-pauh-by-election-results-by-9pm-polli
  24. ^ "Official: PKR retains Pmtg Pauh, smaller majority". Malaysiakini. 7 May 2015. 
  25. ^ Tun Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 pagi ini.
  26. ^ Kee Beng, Ooi (8 January 2018). "Commentary: Why the opposition has a shot at toppling the Barisan Nasional with Mahathir at the helm". Channel News Asia. Dicapai 12 January 2018. 
  27. ^ Kamarudin, Raja Petra (9 January 2018). "RPK asks: Is Dr Mahathir the interim PM or is Wan Azizah the interim DPM?". New Straits Times. Dicapai 12 January 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan parti politik
Didahului oleh
Jawatan digugurkan
Presiden Parti Keadilan Rakyat
1999–kini
Pemegang jawatan kini
Pemimpin Pakatan Rakyat
2008
Diikuti oleh:
Anwar Ibrahim
Kerusi dewan
Didahului oleh
Anwar Ibrahim
Ahli Dewan Rakyat
untuk Permatang Pauh

1999–2008
Diikuti oleh:
Anwar Ibrahim
Kerusi dewan
Didahului oleh
Anwar Ibrahim
Ahli Dewan Rakyat
untuk Permatang Pauh

2015–2018
Diikuti oleh:
Nurul Izzah Anwar
Pemegang jawatan kini
Jawatan politik
Didahului oleh
Lim Kit Siang
Ketua Pembangkang
2008
Diikuti oleh:
Anwar Ibrahim
Didahului oleh
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
2015–2018
Diikuti oleh:
Mohd Najib bin Abdul Razak