Pink Youth
|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
- B0C4DE;" | Senarai runut Rouge
|- | colspan="3" |
"Pink Youth" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Yuna dan Little Simz | ||||
daripada album Rouge | ||||
Bahasa | Bahasa Inggeris | |||
Dilancarkan | 30 Jun 2019 | |||
Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 4:00 | |||
Syarikat | Verve Forecast Records, UMG Recordings | |||
Penulis |
| |||
Penerbit | Robin Hannibal | |||
Kronologi single Yuna dan Little Simz | ||||
| ||||
"Pink Youth" di YouTube |
"Teenage Heartbreak" (Trek 4) |
"Pink Youth" (Trek 5) |
"Forget About You" (Trek 6) |
"Pink Youth" ialah lagu nyanyian Yuna menampilkan penyanyi rap England, Little Simz,[1] yang dikeluarkan sebagai single ketiga untuk album studio antarabangsa keempat beliau, Rouge. Lagu ini dicipta bersama oleh Yuna, Chloe Angelides, Robin Hannibal, Joel van Djik, Jason Pounds dan Little Simz dan dikeluarkan pada 30 Jun 2019 oleh Verve Music Group.[2][3]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Menurut laporan The Malay Mail, Yuna mendedahkan keluaran album terbarunya dan single ketiganya yang mengetengahkan pemberdayaan wanita. Beliau mendapat inspirasi untuk menulis "Pink Youth" berdasarkan pengalaman lalunya mengenai diskriminasi jantina.[4] Beliau berkata:
“Apabila saya menulis "Pink Youth", Saya ingin meraikan hakikat bahawa saya seorang wanita. Dahulu ketika saya masih muda, saya ingat ramai yang tidak mempercayai bakat saya hanya kerana saya seorang wanita. Mereka menganggap saya tidak mampu mencapai impian. (Lagu ini) "Pink Youth" ialah untuk kesemua remaja perempuan di luar sana, yang tidak mendapat kata-kata semangat dan sokongan yang selayaknya,"[5]
Dalam temuramah bersama The Star, Yuna mendedahkan lagu ini telah diinspirasikan daripada lagu No Doubt, "Just a Girl".[6]
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Muzik video rasmi "Pink Youth" dikeluarkan di saluran YouTube dan Vevo rasmi Yuna pada 30 Jun 2019. Ia menampilkan konsep anime dengan cerita dan konsep oleh Yuna dan suami, Adam Sinclair. Ia diarahkan oleh Esteban Valdez yang turut menulis dan menyunting muzik video ini.[7][8]
Ulasan kritis
[sunting | sunting sumber]Dalam ulasan retrospektif Rouge, Skylar de Paul dari The Daily Californian menyifatkan lagu itu "satu ketukan tarian yang dipengaruhi tahun 80-an mendorong penceritaan lagu, menyerupai lagu Madonna moden".[9] Adriane Pontecorvo dari PopMatters menganggap lagu ini sebuah "nu-disco banger" dan "sorotan yang jelas".[10]
Format dan senarai runut
[sunting | sunting sumber]- Muat turun digital
- "Pink Youth" – 4:00
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 30 Jun 2019 | Muat turun digital Penstriman digital[11] |
Verve Forecast Records UMG Recordings |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Yuna Debuts PINK YOUTH Video Featuring Little Simz". Boradway World. 1 July 2019. Dicapai pada 4 July 2019.
- ^ Milica P. (30 Jun 2019). "Little Simz Joins Yuna On "Pink Youth"". Hotnewhiphop. Dicapai pada 1 Julai 2019.
- ^ Asyraf Roslan (30 Jun 2019). "'Pink Youth' buah tangan terbaharu Yuna, kolaborasi bersama Little Simz". Astro Awani. Dicapai pada 1 Julai 2019.
- ^ Tan Mei Zi (2 Julai 2019). "Yuna's 'Pink Youth' music video marries girl power with cyberpunk visuals (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 2 Julai 2019.
- ^ "Yuna lancar Pink Youth berkonsep anime". Remaja. 1 Julai 2019. Dicapai pada 2 Julai 2019.
- ^ Gordon Kho (16 July 2019). "A bolder Yuna goes 'Rouge'". The Star Online. Dicapai pada 17 July 2019.
- ^ Asyraf Roslan (1 Julai 2019). "Yuna drops music video Pink Youth ft Little Simz". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 1 Julai 2019.
- ^ "Yuna's 'Pink Youth' music video marries girl power with cyberpunk visuals (VIDEO)". Yahoo! News. 2 July 2019. Dicapai pada 5 July 2019.
- ^ Skylar de Paul (19 July 2019). "Yuna's 'Rouge' is sophisticated story of empowerment, reflection, class". The Daily Californian. Dicapai pada 20 July 2019.
- ^ Adriane Pontecorvo (12 July 2019). "Yuna Embraces Her Global Pop Superstar Status on 'Rouge'". PopMatters. Dicapai pada 13 July 2019.
- ^ "Pink Youth - Yuna ft. Little Simz". Spotify. Dicapai pada 4 July 2019.