Castaway (lagu)
|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
- B0C4DE;" | Senarai runut Rouge
|- | colspan="3" |
"Castaway" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Yuna dan Tyler, the Creator | ||||
daripada album Rouge | ||||
Dilancarkan | 16 Oktober 2019 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 4:29 | |||
Syarikat | Verve Forecast Records, UMG Recordings | |||
Penulis |
| |||
Penerbit | Robin Hannibal | |||
Kronologi Kronologi single Yuna | ||||
| ||||
"Castaway" di YouTube |
"Castaway" (Trek 1) |
"Blank Marquee" (Trek 2) |
"Castaway" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Yuna menampilkan penyanyi rap Amerika Syarikat, Tyler, the Creator.[1][2] Ia dikeluarkan sebagai single kelima Yuna pada 16 Oktober 2019 dan dimuatkan sebagai lagu pembukaan untuk album antarabangsa keempat beliau, Rouge. Seperti kebanyakan lagu-lagu di dalam Rouge, "Castaway" diterbitkan oleh bekas ahli Rhye, Robin Hannibal. Ia merupakan lagu yang berentak jazz-pop dengan bunyi vokal R&B.[3]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]"Castaway" mengisahkan tentang kisah di sebalik kejayaan Yuna sebagai penyanyi di Amerika Syarikat. Ia bermula apabila beliau bertemu dengan penyanyi Tyler, The Creator di tepi jalan ketika sedang memakan ais krim, pertemuan mereka sekaligus membuahkan hasil. Dalam satu video yang dimuat naik di YouTube, Yuna menceritakan kisah di sebalik lagu tersebut.[4][5]
"Saya tidak membuat cerita. Memang menakjubkan bagaimana perkara begini boleh berlaku. Saya memang mahu berkolaborasi dengan Tyler,"[4]
Yuna berkata beliau sudah menghubungi Tyler sebanyak beberapa kali tetapi tidak berjaya, kerana Tyler sibuk dengan projek lain.[4] Dalam temuramah bersama Kosmo!, Yuna menjelaskan beliau berasa senang bekerja dengan Tyler: "Hampir 90 peratus lagu kolaborasi dalam album ini dirakamkan secara berasingan. Begitu juga lagu yang dibikin dengan Tyler. Jadi, apabila "Castaway" disiapkan, secara automatik saya terfikirkannya. Saya sangat menghargai kerjasama ini kerana Tyler sendiri sedang sibuk pada waktu itu untuk menyelesaikan projeknya. Namun, dia tetap meluangkan masa untuk saya". Yuna menyifatkan "Castaway" sebagai sebuah lagu yang begitu dekat dengannya.[6]
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Muzik video rasmi untuk "Castaway" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Yuna pada hari keluarannya. Ia difilemkan di sebuah rumah usang dan diarahkan oleh suami Yuna, Adam Sinclair.[7]
Ulasan kritis
[sunting | sunting sumber]Dalam ulasan retrospektif untuk PopMatters, Adriane Pontecorvo menyifatkan lagu ini "bergerak dari momentum rentak funk."[8] Skylar de Paul dari The Daily Californian dalam ulasannya berkata: ""Castaway" bermula dengan seksyen rentetan gelombang impian elegan. Selepas peralihan yang lancar ke dalam kelembutan yang lembut, bunyi Yuna membawa bisikan analog kembali."[9] Kelly Tucker dari MXDWN menyifatkan "Castaway" sebagai karya "yang penuh jiwa dan mendalam".[10]
Format dan senarai runut
[sunting | sunting sumber]- Muat turun digital[11]
- "Castaway" – 4:29
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Shaad D'Souza (12 Julai 2019). Listen to Tyler, the Creator and Yuna’s “Castaway” The Fader. Dicapai pada 30 Julai 2019.
- ^ Tyler, the Creator Joins Yuna For New "Castaway" Track Hype Beast (12 Julai 2019). Dicapai pada 30 Julai 2019.
- ^ Chris DeVille (12 Julai 2019). Yuna – “Castaway” (Feat. Tyler, The Creator) Stereo Gum. Dicapai pada 23 Julai 2019.
- ^ a b c Amirah Sharifuddin (7 Jun 2019). Kolaborasi Yuna bersama Tyler, The Creator bermula daripada ais krim? Astro Awani. Dicapai pada 23 Julai 2019.
- ^ Aiskrim Realisasi Impian ‘Castaway’ Yuna Bersama Tyler The Creator Makanlena (7 Jun 2019). Dicapai pada 23 Julai 2019.
- ^ Tinta muzik Yuna Diarkibkan 2019-07-23 di Wayback Machine Kosmo! (20 Julai 2019). Dicapai pada 23 Julai 2019.
- ^ Feleg Tesema (15 Oktober 2019). Yuna & Tyler, the Creator release melancholic visuals for "Castaway" video Highs Nobiety. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
- ^ Adriane Pontecorvo (12 July 2019). "Yuna Embraces Her Global Pop Superstar Status on 'Rouge'". PopMatters. Dicapai pada 13 July 2019.
- ^ Skylar de Paul (19 July 2019). "Yuna's 'Rouge' is sophisticated story of empowerment, reflection, class". The Daily Californian. Dicapai pada 20 July 2019.
- ^ Kelly Tucker (13 Julai 2019). Yuna Debuts Personal New Track “Castaway” Featuring Tyler The Creator MXDWN. Dicapai pada 30 Julai 2019.
- ^ "Rouge". iTunes. 16 May 2019. Dicapai pada 16 May 2019.