Pusaka (filem 2019)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pusaka
PengarahRazaisyam Rashid
PenerbitPriya Narayanan
PenulisAnwari Ashraf
Alfie Palermo
Amree Jukree
Dibintangi olehSyafiq Kyle
Mimi Lana
Hafidz Roshdi
Farhanna Qismina
Ogy Ahmad Daud
Faizal Hussein
Muzik olehRicky Lionardi
SinematografiMadnor Kassim
Disunting olehRazaisyam Rashid
Syarikat
penerbitan
Alpha 47
Director Think Tank
PengedarAstro Shaw
Mula ditayangkan
31 Oktober 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei)
Tempoh tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 2 Juta[1]
Pecah panggungRM 7.5 Juta

Pusaka merupakan filem seram Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Ia ditayangkan pada 31 Oktober 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pusaka diarahkan oleh Razaisyam Rashid, ia merupakan filem kedua arahannya selepas CEO (2014) dengan naratif ceritanya berdasarkan idea asal dari Natasha Chopra dan lakon layar serta skrip digarap sepenuhnya oleh pasukan penulis Astro Shaw.[1] Filem ini mendandakan penampilan layar lebar pertama Hafidz Roshdi,[3] Mimi Lana[4] dan Yuna Rahim. Kos pembikinan filem menelan belanja sebanyak RM2 juta dan telah menjalani penggambaran selama 30 hari.[1] Lagu tema filem ini bertajuk "Kejam", dicipta oleh Dato' Wah Idris dan dinyanyikan oleh Siti Nordiana.[1]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Pusaka ditayangkan pada 31 Oktober 2019.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Pusaka bawa anda ke satu dunia lain bermula 31 Oktober ini Utusan Borneo (22 Oktober 2018). Dicapai pada 2 November 2018.
  2. ^ "Pusaka mungkin filem tempatan paling ngeri tahun ini". Rojak Daily. Dicapai 30 Oktober 2019. 
  3. ^ Zaidi Mohamad (29 Julai 2019). Akhirnya Hafidz Roshdi berlakon filem Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.
  4. ^ Farhana Ab Rahman (7 Oktober 2019). Saya memang macam ini: Mimi Lana Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]