Festival Filem Malaysia ke-31

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Festival Filem Malaysia ke-31
Tarikh2021

Festival Filem Malaysia ke-31 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2019. Sebanyak 67 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan.[1] Susulan pandemik COVID-19, acara ini telah ditunda dan berkemungkinan tarikh baharu FFM31 diputuskan antara Julai hingga Ogos depan.[2] Ia dijadualkan akan berlangsung pada 18 April 2020, namun berikutan pandemik COVID-19 di Malaysia, ia ditunda ke 2021.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Pengumuman rasmi FFM31 diadakan pada Januari 2020.[3] "Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan" dipilih sebagai tema untuk FFM31, karya yang bakal dipertandingkan termasuk 35 filem dalam bahasa Melayu; Mandarin dan Kantonis (15), Tamil (12), animasi (empat) serta sebuah filem yang mewakili kategori lain.[1][4]

Malam kemuncak FFM31 akan disiarkan secara langsung melalui Astro pada jam 9 malam. Majlis perasmian festival itu akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 9 April 2020. Empat kategori anugerah iaitu Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Cereka Animasi Terbaik dan Filem Digital terbaik diperkenalkan semula. Buat kali pertama, kategori Tatarias Terbaik dipertandingkan pada penganjuran kali ini.[1]

Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia akibat pandemik COVID-19 di Malaysia, FFM 31 telah ditunda penganjurannya sehingga 2021.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (16 Januari 2020). "67 filem rebut 32 kategori FFM31". Berita Harian. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (17 Mac 2020). "COVID-19 : Festival Filem Malaysia Ke-31 ditunda". Berita Harian. Dicapai pada 13 April 2020.
  3. ^ Farhan Ikram (16 Januari 2020). "Festival Filem Malaysia kembali, 67 filem bakal berentap rebut 32 kategori". mStar Online. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  4. ^ Asraf Adied (16 Januari 2020). "67 Filem Bersaing Di Festival Filem Malaysia Ke-31". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (21 Jun 2020). "FFM31 tahun depan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 Jun 2020). "FFM31 masih ditangguh". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2020.