Ejen Ali
Ejen Ali | |
---|---|
![]() | |
Genre | Aksi, Komedi |
Format | Animasi |
Pencipta | Usamah Zaid Yasin |
Dibangunkan oleh | WAU Animation |
Pengarah | Usamah Zaid Yasin |
Pengarah kreatif | Nazmi Yatim Syafiq Isa Adam Amiruddin |
Pelakon suara | Ida Rahayu Yusoff Syafiq Isa Azman Zulkiply Azuan Wanji Shamsir Noorhayati Maslini Omar Nurul Radhiah Ibrahim Megat Zahrin Megat Hisham Roshilawati Razlan Salina Salmee Nor Meirysha Nurol Ashikin Usamah Zaid Sarah Azman Iliyas Abdull Latif Aina Nadzir Muhammad Zulhilmi Azi Shafian Haziq Khushairi Syahrul Matnizam Ain Hafizah Mohammed Haziq Khairul Anwar Suwandi Syuhadah Hysham Shafiqah Zulkefli Iqbal Mustaqim Fadhli Abu Shafian Nur Atika Abdullah Hakim Kamal |
Lagu pembukaan | Ejen Ali Intro |
Lagu penutup | Ejen Ali Ending |
Penggubah | Azri Yunus |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu Bahasa Indonesia |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 39 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Usamah Zaid Yasin Khairul Anwar Salleh Nini Yusof |
Penerbit | Mohd Faiz Hanafiah Aziemah Azman Andrea Lok |
Penyunting | Usamah Zaid Yasin Nazmi Yatim |
Tempoh siaran | 21 min/episod (Musim 1)
22-23 min/episod (Musim 2) 21 min/episod (Musim 3) |
Syarikat penerbitan | WAU Animation |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios (Media Prima Berhad) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 Disney+ Hotstar |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | 5.1 |
Siaran asal | 8 April 2016 - 3 Mac 2017 (S1)
22 September 2017 - 30 Mac 2018 (S2) 25 Jun 2022 - 28 Januari 2023 (S3) |
Pautan luar | |
Laman sesawang | |
Tapak sesawang penerbitan WAU Animation |
Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation dan ditayangkan secara perdana di TV3 mulai 8 April 2016. Kisahnya mengenai seorang murid Darjah Enam bernama Ali yang menjadi seorang ahli perisikan untuk sebuah pertubuhan rahsia secara terpaksa kerana tidak sengaja melibatkan diri dengan misi pertubuhan tersebut menentang musuh.
Siri ini diterbitkan dalam format HDTV. Ejen Ali merupakan siri animasi pertama yang dijadikan harta intelek Media Prima Berhad (MPB).[1] Ejen Ali ditayangkan di China juga menerusi Tencent Video.
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman Disney+ Hotstar pada 12 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan. Selain di TV3, Ejen Ali juga ditayangkan di saluran Media Prima yang lain iaitu TV9 dan NTV7
Ringkasan[sunting | sunting sumber]
Ejen Ali mengisahkan seorang murid sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang ejen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency). Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Dos dan Trez cuba mendapatkannya semula tetapi dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem I.R.I.S sehingga hanya dirinya sahaja yang mampu menggunakan alat tersebut. Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baharu M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya daripada sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan baharunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.[2]
Penerbitan[sunting | sunting sumber]
Idea menghasilkan siri animasi ini datang kepada Usamah Zaid Yasin, pengarah dan penulis skrip, selepas menubuhkan WAU Animation pada 2013. Untuk jalan cerita, beliau dan pasukan beliau menonton filem, siri animasi dan membaca novel tentang perisikan. Penghasilan Ejen Ali mengambil masa dua tahun sebelum kerja-kerja produksi bermula pada Julai 2015. Berkaitan nama yang dipilih dalam siri ini, Usamah berkata bahawa Ali merupakan nama yang ringkas dan banyak digunakan dalam buku teks. Mereka pening pada mulanya untuk memilih nama yang ringkas dan akhirnya Ali telah dipilih.[3]
Pada mulanya, WAU Animation bercadang untuk menjadikan Ejen Ali sebagai projek filem, tetapi disebabkan oleh kesukaran mendapatkan pelaburan dan selepas berbincang dengan pelbagai pihak dan beberapa maklum balas, mereka merasakan bahawa ia satu kerugian jika mereka hanya menjadikan ia sebagai satu filem sahaja kerana konsepnya amat luas. Mereka merancang untuk mengembangkan siri ini sekurang-kurangnya sehingga 5 musim, kemudian filem pula bakal menyusul.[4]
Buat masa sekarang, musim ketiga Ejen Ali telah bersiaran pada 25 Jun 2022 dengan tayangan perdana di laman penstriman Disney+ Hotstar.
Ejen Ali musim ketiga terbahagi kepada dua bahagian, iaitu episod 1 hingga 7 pada 25 Jun hingga 6 Ogos 2022, manakala episod 8 hingga 13 mulai 24 Disember 2022 hingga 28 Januari 2023.
Episod[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Watak[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Dunia risikan Ejen Ali di TV3 Diarkibkan 2017-01-11 di Wayback Machine" Harian Metro. 30 Mac 2016. Dicapai pada 29 Mei 2016.
- ^ "Ejen Ali" Tonton. Dicapai pada 25 November 2016.
- ^ "Fenomena Ejen Ali Diarkibkan 2016-06-07 di Wayback Machine" Harian Metro. 2 April 2016. Dicapai pada 29 Mei 2016.
- ^ The Making of Ejen Ali. TV3. 1 April 2016, 5.30 pm.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkenaan animasi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |