Pusaka (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusaka
PengarahRazaisyam Rashid
PenulisAnwari Ashraf
Alfie Palermo
Zulaikha Zakaria
Natasha Azlan
Luqman Ghazali
Dihasilkan olehPriya Narayanan
DibintangiSyafiq Kyle
Mimi Lana
Hafidz Roshdi
Sweet Qismina
Ogy Ahmad Daud
Faizal Hussein
SinematografiMadnor Kassim
Disunting olehRazaisyam Rashid
Muzik olehRicky Lionardi
Syarikat
penerbitan
Alpha 47
Director Think Tank
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
31 Oktober 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2 juta[1]
Pecah panggungRM 13.7 juta

Pusaka merupakan filem seram Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid dengan idea asal oleh Natasha Chopra serta skrip oleh Anwari Ashraf, Alfie Palermo dan Amree Jukree.[2] Ia dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Ogy Ahmad Daud dan Faizal Hussein. Ia mengisahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah menemui mayat pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar. Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat dan gangguan. Kematian demi kematian sering berlaku.[3] Filem ini ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 31 Oktober 2019 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Syafiq Kyle sebagai Inspektor Nuar
Mimi Lana sebagai Nur

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pusaka diarahkan oleh Razaisyam Rashid, ia merupakan filem ketiga arahannya selepas My Indie Rock Darling (2007) dan CEO (2014) dengan naratif ceritanya berdasarkan idea asal dari Natasha Chopra dan lakon layar serta skrip digarap sepenuhnya oleh pasukan penulis Astro Shaw.[1] Filem ini menandakan penampilan layar lebar pertama Hafidz Roshdi,[5] Mimi Lana[6] dan Yuna Rahim. Kos pembikinan filem menelan belanja sebanyak RM2 juta dan telah menjalani penggambaran selama 30 hari.[1] Lagu tema filem ini bertajuk "Kejam", dicipta oleh Dato' Wah Idris dan dinyanyikan oleh Siti Nordiana.[1]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Pusaka ditayangkan pada 31 Oktober 2019.[1] Filem ini meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan.[7] Pusaka berjaya memperoleh kutipan kasar sebanyak RM7.2 juta dalam masa 11 hari tayangan, sekaligus memintas kutipan hujung minggu filem Maleficent: Mistress of Evil dan Terminator: Dark Fate. Filem ini turut mendominasi tangga pertama carta filem pecah panggung Golden Screen Cinemas (GSC) selama lima hari berturut-turut.[8][9] Pusaka berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM11 juta selepas 18 hari tayangan.[10]

Menulis untuk Malaysiakini, Za'im Yusoff menyifatkan Pusaka "lebih cemerlang berbanding Dukun, rupa-rupanya ia cuma lebih baik daripada Munafik 2. Tidak lebih, tidak kurang".[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Pusaka bawa anda ke satu dunia lain bermula 31 Oktober ini Utusan Borneo (22 Oktober 2018). Dicapai pada 2 November 2018.
  2. ^ "Pusaka mungkin filem tempatan paling ngeri tahun ini". Rojak Daily. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
  3. ^ RD Minion (4 November 2019). 'Best Local Horror Movie': Here's What Malaysians Are Saying About 'Pusaka' Rojak Daily. Dicapai pada 24 November 2019.
  4. ^ Kamaruddin Razal (1 November 2019). Seram Habis! Kerana Filem Pusaka, Ada Yang Terlalu Takut Nak Pulang Ke Rumah... Sampai Kena Check-In Hotel! Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2019.
  5. ^ Zaidi Mohamad (29 Julai 2019). Akhirnya Hafidz Roshdi berlakon filem Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.
  6. ^ Farhana Ab Rahman (7 Oktober 2019). Saya memang macam ini: Mimi Lana Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.
  7. ^ Kamaruddin Razal (4 November 2019). Power! Filem Pusaka Raih RM2 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan! Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2019.
  8. ^ Najiy Jefri (11 November 2019). Sebelas hari tayangan, Pusaka raih RM7.2 juta Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2019.
  9. ^ Rafiq Mazlan (11 November 2019). Pusaka dah kutip lebih RM7.2 juta dalam 11 hari, memang gempak! Media Hiburan. Dicapai pada 14 November 2019.
  10. ^ Memang mega... Filem Pusaka raih lebih RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan! Astro Awani (18 November 2019). Dicapai pada 24 November 2019.
  11. ^ Za'im Yusoff (5 November 2019). Pusaka yang kurang lemak dan masak Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]