Putera Edward, Earl Wessex dan Forfar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Putera Edward
Earl Wessex dan Forfar
Putera Edward pada usia 50 tahun
Earl Wessex di Belfast, Februari 2015
Keputeraan (1964-03-10) 10 Mac 1964 (umur 58)
Istana Buckingham, London, England
PasanganSophie Rhys-Jones (k. 1999)
Anakanda
Nama penuh
Edward Antony Richard Louis[a]
KerabatWindsor
AyahandaPutera Philip, Duke Edinburgh
BondaElizabeth II
Pendidikan
  • Gordonstoun
  • Jesus College, Cambridge

Putera Edward, Earl Wessex dan Forfar, KG, GCVO, CD, ADC (Edward Antony Richard Louis; diputerakan 10 Mac 1964)[2] ialah ahli keluarga diraja British. Baginda ialah paduka anakanda bongsu kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh, serta paduka adinda termuda kepada Raja Charles III. Edward kini berada di tempat ke-13 dalam susur galur pewarisan takhta British.

Edward, yang diputerakan di Istana Buckingham, bersekolah di Heatherdown School dan Gordonstoun College sebelum menghabiskan sebahagian daripada tahun jurangnya mengajar di Whanganui Collegiate School di New Zealand. Baginda belajar di Jesus College, Cambridge, dan lulus dari Universiti Cambridge pada tahun 1986 dengan ijazah dalam sejarah. Selepas berkhidmat sebentar di Marin Diraja, Edward bekerja sebagai pembantu penerbitan teater di Really Useful Theatre Company sebelum membantu dalam penerbitan televisyen. Baginda kemudiannya menubuhkan syarikatnya sendiri, Ardent Productions.

Edward berundur daripada syarikat itu pada 2002 untuk memulakan tugas sepenuh masa sebagai ahli keluarga diraja yang bekerja dan menjalankan penglibatan awam bagi pihak Ratu. Baginda memegang naungan lebih 70 badan amal dan organisasi, termasuk National Youth Theatre, Sport and Recreation Alliance dan Persatuan Paralimpik British. Kerja amalnya memfokuskan pada seni, olahraga, dan pembangunan Anugerah Duke Edinburgh, yang berpusat di sekitar kecergasan, kesejahteraan dan khidmat masyarakat.

Edward telah dijadikan Earl Wessex sebelum berkahwin dengan Sophie Rhys-Jones pada tahun 1999. Pasangan itu mempunyai dua anakanda: Lady Louise Mountbatten-Windsor dan James Mountbatten-Windsor, Viscount Severn. Pada 2019, Edward diberi gelaran tambahan iaitu Earl Forfar.

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Edward biasanya tidak menggunakan nama keluarga tetapi apabila diperlukan, ia adalah Mountbatten-Windsor.[1] Nama tengah Louis disebut sebagai "loo-wee".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Royal Family name". Official website of the British monarchy. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2009. Dicapai pada 3 February 2009.
  2. ^ "TRH The Earl and Countess of Wessex". Members of The Royal Family. Buckingham Palace. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2008. Dicapai pada 19 March 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Paget, Gerald (1977). The Lineage and Ancestry of H.R.H. Prince Charles, Prince of Wales (2 vols). Edinburgh: Charles Skilton. ISBN 978-0-284-40016-1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Putera Edward, Earl Wessex dan Forfar
Tarikh keputeraan: 10 Mac 1964
Susunan penggantian
Didahului oleh
Puteri Eugenie dari York
Pewarisan ke takhta British
ke-10 dalam susur galur
Diikuti oleh
Viscount Severn
Bangsawan United Kingdom
Ciptaan baharu Earl Wessex
1999–kini
Pemegang jawatan kini
Heir:
James, Viscount Severn
Susunan keutamaan di United Kingdom
Didahului oleh
Duke York
Lelaki
Earl Wessex
Diikuti oleh
Duke Cambridge
Lelaki
dalam amalan sekarang
Diikuti oleh
Duke Sussex
Jawatan akademik
Didahului oleh
Lord Tugendhat
Canselor Universiti Bath
2013–kini
Pemegang jawatan kini