Duke Edinburgh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jata rasmi Duke Edinburgh

Duke Edinburgh, dinamakan bersempena sebuah nama bandar iaitu di Edinburgh, Scotland, ialah gelaran substantif yang telah dicipta tiga kali untuk anggota kerabat diraja British sejak tahun 1726.

Putera Frederick Louis (1707–1751) ialah Duke Edinburgh pertama, dari tahun 1726 sehingga kemangkatannya.

Pemegang semasa gelaran ini ialah Putera Edward, Duke Edinburgh, yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 2023 oleh paduka kekanda baginda, Raja Charles III.

Pewaris[sunting | sunting sumber]

Sesuai dengan Surat Paten yang dikeluarkan untuk penciptaan gelaran Duke ketiga pada tahun 1947, Putera Wales, sebagai putera sulung Duke, secara automatik mewarisi gelaran selepas kemangkatan paduka ayahandanya,[1] menjadi Duke kedua selepas penciptaan kali ketiga. Walaupun ahli-ahli kerabat berikut menjadi pewaris Duke, mereka juga turut menjadi pewaris takhta. Akibatnya, sekiranya salah satu dari ahli-ahli kerabat berikut menjadi raja, penggunaan Duke Edinburgh akan berhenti, kerana ia akan bergabung dengan Mahkota.

Sekiranya Putera Wales menjadi Raja, jawatan akan diciptakan untuk adinda baginda, Putera Edward, Earl Wessex, menjadikan baginda Duke pertama ciptaan kali keempat.[1] Berikut ialah garis pewarisan Duke Edinburgh:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Channon, Max (9 April 2021). "Prince Philip: Duke of Edinburgh title will be inherited by Earl - but not yet". Derbyshire Telegraph. Dicapai pada 9 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]