Putih Mariah Ibrahim Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Puan Sri Datin Hajjah Putih Mariah Ibrahim Rashid atau 'Puteh Mariah' adalah ahli politik UMNO/Perikatan.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1914 di Kuala Kurau, Perak. Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Inggeris. Ketika Perang Dunia Kedua meletus, beliau tidak dapat meneruskan pelajaran. Beliau berkahwin dengan Tan Sri Datuk Zainal Abidin bin Abas ketika berusia 16 tahun.

Mereka suami isteri terpilih sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan era penjajahan British. Zainal Abidin adalah bekas Setiausaha Agung UMNO.[1]

Anak mereka Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin telah dilahirkan pada 27 Julai 1936 di Teluk Intan, Perak. Zain Azrai menjadi Pegawai Khas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie.Seterusnya menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Mexico , Brazil ,Cuba dan juga bertugas sebagai ‘Executive Director of the World Bank’ mewakili kawasan Asia Tenggara dari tahun 1978-1982. Zain pernah dilantik menjadi Pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Pengerusi Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Pengerusi Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn. Bhd. (SPPK).[2]'

Politik Wanita UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada mulannya beliau giat aktif dalam Persatuan Melayu Perak [3]yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Perak,Datuk Panglima Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz.


Kemudian beliau menyertai UMNO dan pada 1947, menubuhkan Jabatan Kaum Ibu UMNO .Pada 25 Ogos 1949 wakil-wakil UMNO yang bersidang di Butterworth telah menubuhkan Badan Ahli Perempuan UMNO (APU) dan Putih Mariah sebagai ketuanya yang pertama (25 Ogos 1949). Dari itu berkembang menjadi Wanita UMNO (1946-1950).[4]

Usaha-usaha menjaga kebajikan kaum ibu mendapat sokongan daripada Dato Onn Jaafar, pengasas UMNO. Wanita UMNO turut bangkit menentang Malayan Union kerana mahu menamatkan hak orang-orang Melayu.Tokoh wanita lain ialah Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari Persatuan Melayu Selangor. Mereka telah bertemu bagi membincangkan mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.


Kerajaan Brtish bersetuju mengadakan Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 , yang pertama di Tanah Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi. Calon wanita tunggal, Halimahton Abdul Majid telah bertanding dan menang. Beliau merupakan Wakil Rakyat wanita pertama.

Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita. Dalam Pilihan raya 1959 , Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi Parlimen Jitra/Padang Terap dan menang.Sejak itu bilangan tokoh wanita bertanding dalam pilihan raya bertambah.[5]

Terhenti sebagai ahli politik[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Februari 1955, Putih Mariah telah meletak jawatan beberapa hari sebelum Pilihan raya 1955. Beliau protes terhadap pembahagian UMNO-MCA iaitu 5 Melayu, 6 Cina dan 1 India yang dibincangkan oleh Dato Yahya Razak- Pengerusi Jawatankuasa Pilihan raya Kuala Lumpur UMNO.[6][7]

Pilihan raya pertama ini mula diadakan di Pulau Pinang bukan di Kuala Lumpur .Ia diadakan pada bulan Disember 1955.Pilihan raya di Kuala Lumpur diadakan pada bulan Februari 1955. IMP yang dipimpin oleh Onn Jaafar bertanding di semua 12 kerusi. IMP turut disokong oleh beberapa pemimpin kanan MCA yang lain termasuk Tan Siew Sin, Khoo Teik Ee dan Yong Shook Lin dan pemimpin MIC.

Menyertai IMP[sunting | sunting sumber]

Penglibatan beliau di dalam UMNO terhenti apabila Datuk Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara. Beliau turut sama menyertai Parti Negara dan pada tahun 1955 dan dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Negara sehingga tahun 1956. Dari 1958-1960, beliau dilantik sebagai Pengerusi Tetap Parti tersebut.

Khidmat sukarela[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai khidmat sukarela, termasuk :

  1. Citizen’s Advisory Bureau di Ipoh dalam tahun 1945-1947
  2. Jawatankuasa Kebajikan Pasukan Polis Khas (1948-1949) di Kuala Kubu Bharu dan menjadi Pengerusinya.
  3. Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaya (1957-1963) mengambil tempat Lady Mac Gillivary. Beliau adalah anak negeri yang pertama memegang jawatan tersebut.
  4. Majlis Kebajikan Pusat daripada tahun 1948 hingga 1962. 1958 - mewakili majlis ini ke Tokyo, di mesyuarat Majlis Kebajikan Mesyuarat Antarabangsa.1961 - ke Rome, Itali dan dilantik ke Majlis Kerja..1960 - 1962 - menjadi Naib Pengerusi
  5. Jawatankuasa Kebajikan Negeri Selangor, Ahli tahun 1950-1953, menjadi Presiden daripada tahun 1953 hingga berhenti dalam tahun 1956.
  6. Jawatankuasa Persatuan Pelajaran Dewasa Malaya daripada tahun 1950 hingga 1973.
  7. Jawatankuasa Pelajaran Dewasa Negeri Selangor daripada tahun 1951-1973.
  8. Persatuan Orang-orang Buta Malaysia, beliau adalah salah seorang pengasasnya, Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa Kerja daripada tahun 1952-1958. Ahli Jawatankuasa Kecil bagi Persatuan Pencegah Buta (1952-1958). Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Persatuan Kebajikan Orang-orang Buta Malaya (1952-1958).
  9. Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa Kerja Perkumpulan Perempuan dalam tahun 1952.
  10. Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia - Salah seorang Pengasas dan Naib Yang Di Pertua (1962-1975).
  11. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu - Salah seorang Pengasas Pertubuhan ini yang ditubuhkan dalam tahun 1961 dan telah menjadi Naib Yang Dipertua. - mewakili Lembaga Kebajikan Perempuan Islam di Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai Integrasi Wanita dalam pembangunan (NACIWID) (1976-1981). 1975 - Pengerusi dan Pengelola Muktamar yang pertama dianjurkan oleh Lembaga. 1977 - Pengerusi Pengelola Muktamar yang kedua dianjurkan oleh Lembaga.
  12. Majlis Kebajikan Masyarakat Malaya :Tahun 1964, menjadi wakil dari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam ke sidang yang diadakan; Naib Pengerusi bagi Majlis Kebajikan Masyarakat tahun 1968.
  13. Persatuan Kanak-kanak Cacat Selangor :Ahli Jawatankuasa Kerja daripada tahun 1965-1966.
  14. Biro Bantuan Guaman - (1971-1972).
  15. Jawatankuasa Musabaqah, Wilayah Persekutuan (1972-1984).
  16. Ahli Jemaah Universiti Malaya (1975-1984).[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]