Raden Mas (filem 1959)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raden Mas
PengarahL. Krishnan
DibintangiM. Amin
Latifah Omar
Nordin Ahmad
SinematografiHitam-putih
Tarikh tayangan
(1959-08-19) 19 Ogos 1959 (umur 64) [1]
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Filem Raden Mas merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1959. Filem Raden Mas diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Raden Mas diarah oleh pengarah L. Krishnan pada 1959.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Pengiran Agung berkahwin dengan Mas Ayu, seorang penari namun perkahwinan mereka ditentang oleh Raden Manosekoro dan Raden Mas Ratu mengutuskan Pengiran Agung memburu kijang. Sekembalinya Pengiran Agung daripada berburu, baginda mendapati istananya terbakar dan Mas Ayu terbunuh. Pengiran Agung mengambil keputusan untuk membawa diri bersama puterinya Raden Mas yang berjaya diselamatkan. Raden Mas dibesarkan seperti orang kebanyakan tanpa mengetahui asal-usulnya. Satu hari, Raden Mas terserempak dengan seorang puteri raja bernama Tengku Halijah. Raden Mas dipukul kerana mencuba menasihati Tengku Halijah. Apabila mengetahui siapa sebenarnya Raden Mas, Sultan mengahwinkan Pengiran Agung dengan puterinya sebagai menebus kesalahan. Raden Mas yang dahagakan kasih sayang ibu gembira dengan perkahwinan itu sebaliknya Tengku Halijah malah memusuhi Raden Mas. Apakah kesudahan nasib Raden Mas?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]