Raisha 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Raisha 2
GenreDrama, cinta, konflik, keluarga, dendam
Ditulis olehMufid Suhaimi
Next Scene Team
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Diana Danielle
Hafidz Roshdi
Lagu pembukaan"Bukan Aku" oleh Tasha Manshahar
Lagu penutup"Bukan Aku" oleh Tasha Manshahar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutifVareen Kaur
Dato' Sadupal Singh
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalPortal Tonton™
TV3
Siaran asal5 Disember 2018 – 21 Disember 2018
Kronologi
MengikutiCinta Lemon Madu
Diikuti olehAku Cinta Dia

Raisha 2 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Nizam Zakaria. Ia merupakan kesinambungan kepada drama dengan tajuk sama yang disiarkan pada 2017 dan dibintangi oleh Diana Danielle sebagai watak tajuk.[1] Raisha ditayangkan di platform Tonton dua minggu sebelum tayangan di TV dan mula ditayangkan di TV3 mulai 5 Disember 2018.[2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.

Tempat Raisha bekerja dikunjungi syarikat penerbitan dan dijadikan lokasi penggambaran. Bagaikan tuah datang bergolek, kejelitaan Raisha menarik perhatian Rashdan dan ditawarkan watak utama di dalam sebuah filem. Raisha telah merahsiakan statusnya malahan dia mendakwa Qayyum hanyalah anak saudaranya.

Fuad tidak senang hati dengan perubahan Raisha. Raisha sering mencari masa dan alasan untuk berjumpa dengan Rashdan. Dia sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Rashdan pula sudah jatuh cinta dengan Raisha. Dia meyakinkan Raisha bahawa dia akan menjaga Raisha di Kuala Lumpur nanti. Lantas, Raisha berfikir bahawa penceraian bersama Fuad adalah jalan terbaik baginya.

Perasaan marah telah menguasai Fuad dan mereka berdua bergaduh besar. Fuad tidak akan bersetuju untuk menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Raisha. Bagaimanapun, Raisha sudah tidak tahan lagi dengan perangai Fuad yang sering memaksanya untuk berubah. Raisha tetap inginkan penceraian dari Fuad dan nekad berhijrah ke Kuala Lumpur. Adakah Fuad akhirnya melafazkan cerai?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

: Lestary, Rabu - Jumaat 9:00 Malam
Sebelumnya Raisha 2 Berikutnya
Cinta Lemon Madu Aku Cinta Dia