Raja Azlan Raja Ngah Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raja Azlan bin Raja Ngah Ali berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau pernah menjadi Timbalan Penguasa Khemah Tahanan Barakas, Brunei. Ketika itu (1973) tahanan politik Brunei berjaya melarikan diri.

Beliau pernah berkhidmat di Penjara Batu Gajah, Perak. Dia seorang nasionalis Melayu anti British dan bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Raja Azlan dari keluarga Sultan Perak, Almarhum Sultan Ali yang terlibat dalam gerakan orang Melayu menentang Inggeris, di Pasir Salak, tepian Sungai Perak pada tahun 1875. Raja Azlan bersama kira-kira 40 orang warder penjara dari Malaysia telah berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan Brunei.

Beliau bertugas di sana ketika berlaku Revolusi Brunei 1962 dan tahanan melarikan diri dari tahanan pada 1973. Setelah berlaku orang-orang tahanan khemah Tahanan Barakas telah melarikan diri, Raja Azlan telah mengirimkan kepada wartawan Berita Harian Mokhtar Petah sebuah dokumen 26 muka surat, melalui seorang pegawai, di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Malaysia, di Kuala Lumpur. Dokumen itu bertajuk 'Detik-Detik Peristiwa Yang Mencemaskan Di Khemah Tahanan Barakas, Brunei, pada 30 Julai 1973.Dokumen itu turut mencatatkan peranannya membebaskan para tahanan politik Brunei itu.

Revolusi Tuntut Kemerdekaan Brunei[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 1962, semua anggota Parti Rakyat Brunei (PRB)dan penyokong mereka melancarkan revolusi menuntut kemerdekaan Berunei .Pada 8 Desember 1962 mereka telah ditangkap dan ditahan oleh askar dan polis Kerajaan Inggeris . Mereka telah dikurung dalam khemah Tahanan Politik, di Barakas, Brunei. Pemimpin utama mereka ialah A.M. Azahari telah berjaya mendapat suaka politik dari pemerintah Republik Indonesia.

Pada 12 Julai 1973 semua tahanan politik itu telah berjaya melepaskan diri masing-masing dengan sebuah bot laju ke Sabah, Malaysia . Mereka telah diberi suaka politik oleh Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.


Bekas pejuang-pejuang kemerdekaan Brunei itu telah ditempatkan di Sabah. Mereka telah mendapat perlindungan dari Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Datu Mustapha bin Harun. Seterusnya mereka telah dipindahkan ke sebuah banglo di Kuala Lumpur berhampiran dengan Wisma Putra dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada petang 24 Ogos 1990, bekas Timbalan Naib Presiden Parti Rakyat Brunei (PRB), Haji Zaini Haji Ahmad telah mengadakan perjumpaan dengan bekas pejuang-pejuang Kemerdekaan Brunei yang akan diadakan di sebuah restoran dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah :

  1. Haji Zaini Haji Ahmad - Pemangku Naib Presiden, penulis buku ’Partai Rakyat Brunei’
  2. Jasin Affandi (penulis terkenal di Brunei) - Setiausaha Agung.
  3. Osman Latif – Ketua Jabatan Penerangan.
  4. Mesir bin Awang Keruddin – Peminpin Tentera Revolusi Brunei.

Rujukan[sunting | sunting sumber]