Mokhtar Petah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah atau 'Mokhtar Petah', 'Akhdiat', 'M. Fathy', 'Noor Iskandar'. 'Saiful M' (lahir di Kampung Ngor, Sauk, Kuala Kangsar, Perak, 3 Julai 1934; umur 89 tahun) merupakan penulis pelbagai buku politik di Malaysia.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ayahnya berasal dari Indonesia . Ibunya berasal dari Patani. Mohktar petah anak sulung dari dua adik-beradik.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dia bersekolah Sekolah Agama Teluk Intan, Perak dan Sekolah Daeratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Prai.Dia tidak sempat belajar di Universiti Islam Indonesia kerana faktor kemiskinan.Namun mengikuti Kursus Sains Politik untuk penulis dan wartawan politik Asia yang dianjurkan oleh Presiden Soekarno, Indonesia.

Beliau minat menulis tumbuh sejak kecil lagi. Banyak tulisannya tersiar dalam majalah bertulisan Jawi seperti Hiboran, Juita, Mutiara, dan Mustika yang diterbitkan di Singapura. Majalah Belia, Gelanggang Filem, dan Majalah Guru bertulisan Rumi turut menyiarkan tulisannya.Akhbar utama seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman, Berita Harian, Berita Minggu dan Warta Negara turut menyiarkan berita dan rencana tulisannya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mokhtar Petah menjadi pemberita bagi akhbar Warta Negara dan Warta Mingguan yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Apabila Utusan Melayu diterbitkan di Singapura beliau menjadi pemberita akhbar itu bagi kawasan negeri Perak. Pada 1950-an beliau bertukar profesyen , menjadi guru di sekolah agama rakyat bersama Ustaz Abu Bakar Hamzah di Kampung Berala,Kuala Kangsar.Seterusnya menjadi Kadi negeri Perak , sehari sahaja.

Beliau kembali menjadi wartawan kepada akhbar Harian Patriot, Medan, Indonesia.

Apabila Berita Harian diterbitkan di Singapura di bawah pimpinan A. Samad Ismail, Mokhtar Petah ditugaskan menjadi wartawan sekitar Perak.Dia menggunakan pelbagai nama samaran seperti M. Fathy dan Noor Iskandar.Tahun 50an-60an, Mokhtar Petah menganjurkan beberapa Kursus Kewartawanan di Kuala Kangsar dan di Ipoh.Sebagai wartawan, beliau rapat dengan Sultan Perak Sultan Idris Shah dan orkestra pimpinan baginda.Hubungan juga rapat dengan pengarah dan pelakon filem P. Ramlee yang datang ke Perak.

Bahan bacaan Mokhtar Petah meliputi karya penulis Arab dan Indonesia seperti Syed Qutub, Mustafa Al-Ghalayeen, Hassan Al-Banna, Hamka, Sutan Takdir Ali Shahbana, Chairil Anwar, Tan Melaka, Haji Agus Salim. Pada 1950-an, Hamka sering datang melawat Malaysia dalam tahun 1950an. Mokhtar Petah sempat mewawancara Presiden Soekarno.

Genre sastera[sunting | sunting sumber]

Mokhtar Petah turut menulis novel, cerpen dan rencana umum.Namun beliau tidak pernah menyertai sebarang peraduan.Beliau mendapat bimbingan daripada A. Samad Ismail, Dahari Ali, Mazlan Nordin, Abdullah Zawawi, Aziz Ishak, Dr. Burhanuddin al-Helmi dll.Baginya, politik haruslah berlandaskan al Quran dan Hadis dan bermanfaat kepada manusia, terutama orang-orang Melayu yang beragama Islam

Pada tahun 1973 beliau menjadi editor 'Berita Perak' sebuah akhbar rasmi Kerajaan Negeri Perak.Menteri Besar Perak ketika itu ialah Dato’ Sri Haji Kamaruddin Mat Isa.

Pada 1978, Mokhtar Petah berhenti daripada menjadi wartawan Berita Harian kerana berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau pernah menulis untuk majalah Era, Berita Kesatuan Pekerja-pekerja Bandaraya ,editor Mingguan Famili dan majalah bulanan Hawa dan menerbitkan majalah Iman pada 1989. Selain itu menjadi Ketua Editor surat khabar mingguan ERA BARU. Kini menjadi Ketua Editor Mata Publication.

Hasil karya[sunting | sunting sumber]

  1. Zulkifli Muhamad: Pelopor Angkatan Islam di Malaysia,(1983) terbitan Tra-Tra - membincangkan peranan dan kepimpinan Zulkifli Mohamad dan Dr. Burhanuddin al-Helmi dalam perjuangan PAS. Gandingan mereka berdua telah membawa PAS ke era kegemilangan sehingga menawan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959.
  2. Dinoda / M. Fathy ; Singapura ; Geliga Limited 1957 ,40
  3. Janda Lawan Dara / M. Fathy ; Singapura ; Geliga Limited, 1957, 40
  4. Terpaut  ; Ipoh ; Pustaka Andalas , 91
  5. Kelopak yang Kuncup  ; Kuala Lumpur ; Pustaka Melayu Baru 1965 90
  6. Tandus  ; Pulau Pinang ; Saudara Sinaran Berhad 1967 149
  7. Mereka Hanya Mangsa  ; Kuala Lumpur ; Penerbit Titiwangsa 1977 170
  8. Nekad Anak Watan  ; Kuala Lumpur ; Penerbit Titiwangsa 1977 307
  9. Bunga Mekar yang Ternoda  ; Subang Jaya ; Tra-Tra Publishing & Trading Co. 1980 128
  10. Cinta Tinggal di Rantau  ; Subang Jaya ; Tra-Tra Publishing & Trading Co. 1980 181
  11. Detik-detik Perpisahan  ; Subang Jaya ; Penerbitan Tra-Tra Sdn. Bhd. 1981 253
  12. Hadiah Dari Batin  ; Subang Jaya ; Penerbitan Tra-Tra 1981
  13. Cinta di Langit Zaman  ; Subang Jaya ; Tra-Tra Publishing & Trading Co. 1983 228
  14. Akibat Dosa  ; Kuala Lumpur ; Pustaka Minda 1992
  15. Kasih Ibuku  ; Kuala Lumpur ; Mata Publication 2005
  16. Serpihan Hidup (antologi bersama Nora dan Rokiah Abu Bakar)  ; Kuala Lumpur ; Penerbitan Pustaka Antara 1964 140
  17. Salman Rushdie Pengarang ‘The Satanic Verses’ (Surah-surah Syaitan) Dihukum Bunuh oleh Mahkamah Islam  ; Kuala Lumpur ; Wadah Pelita 1989
  18. Falsafah Ibadat Umrah dan Haji  ; Kuala Lumpur ; Mata Publication 1990
  19. Akibat Dosa ;1993
  20. Rahsia dari Al-Quran: Manusia, Haiwan dan Serangga  ; Kuala Lumpur ; 1994
  21. Rahsia dari Al-Quran: Sains dan Seksologi  ; Ampang ; Citakhidmat 1995
  22. Soal Jawab Masalah Wanita  ; Ampang ; Citakhidmat 1997
  23. Jerebu  ; Kuala Lumpur ; Pustaka Antara 1997
  24. Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan Biografi ; Kota Bharu ; Pustaka Aman Press 1965
  25. Bangsa Melayu Menggugat Dunia  ; Kota Bharu ; Pustaka Aman Press 1966
  26. Siapa Bakal Menteri Besar Perak ?  ; Ipoh ; Yayasan Massa 1977
  27. Dr Mahathir dan Masa Depan Negara  ; Subang Jaya ; Penerbitan Tra-Tra 1982
  28. Zulkifli Muhammad: Pelopor Angkatan Islam di Malaysia Biografi ; Subang Jaya ; Tra-Tra Publishing & Trading Co. 1983 108
  29. Perak dibawah Pimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ramli Ngah Talib  ; Kuala Lumpur ; Karya Bestari 1987
  30. MB Selangor Tergugat kerana Kahwin dengan Puteri Istana  ; Kuala Lumpur ; Mata Publication 1989
  31. Krisis antara Raja-Raja Melayu dengan UMNO  ; Kuala Lumpur ; Mata Publication 1991
  32. Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu  ; Kuala Lumpur ; Art Media 1993
  33. Reformasi Fikiran dan Pembangunan  ; Kuala Lumpur ; Mata Publication 1994
  34. Semarak: Menteri Besar Negeri Sembilan  ; Kuala Lumpur ; Mata Publication 1994
  35. Kejayaan Bersama  ; Kuala Lumpur ; Mata Publication 1995
  36. Datuk Abdullah Badawi: Pejuang Kemanusiaan Sejagat Biografi ; Kuala Lumpur ; Pustaka Antara 1997
  37. Sheikh Abdullah Fahim: Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57 Biografi ; Kuala Lumpur ; Pustaka Antara 1997
  38. Abdul Kadir: Peguam Rakyat Biografi ; Kuala Lumpur ; Tabung Kebajikan Ronald McDonald untuk Kanak-Kanak Malaysia 1998
  39. Meniti Derita ke Puncak Biografi ; Kuala Lumpur ; Darulfikir 1998
  40. Perjuangan yang belum Selesai: Dr. Mahathir Menangis Demi Bangsanya  ; Kuala Lumpur ; Simfoni Gemilang 1999
  41. Terima Kasih Dr. Mahathir  ; Kuala Lumpur ; 1999
  42. Amanah Cekap dan Adil: Falsafah Kepimpinan Dr. Abdullah Badawi  ; Kuala Lumpur ; Yayasan Amal Maaruf Malaysia 2004
  43. Abdullah Badawi Penjana Modal Insan Raspintar Sdn.Bhd 2006
  44. Patah Sayap Bertongkatkan Paruh Memoir/ ; Kuala Lumpur ;
  45. Cinta dan Jihad Novel
  46. Bunga Padma Di Lembah Nil Novel
  47. Kelip-kelip di Kota London Novel
  48. Madu dan Air Mata Kering Di pipi Novel
  49. Basmi Rasuah
  50. Perjuangan Suci Lima Perdana Menteri Politik
  51. Kedaulatan Raja-Raja Melayu

Rujukan[sunting | sunting sumber]