Remp-It 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Remp-It 2
PengarahFarid Kamil
PenulisFaten Syamimie
Dihasilkan olehFarid Kamil
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting oleh
Syarikat
penerbitan
FKX Film
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
  • 24 November 2022 (2022-11-24) (Malaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM2 juta

Remp-It 2 merupakan filem aksi Malaysia arahan Farid Kamil. Ia merupakan lanjutan daripada filem Remp-It (2006) arahan Ahmad Idham. Ditayangkan pada 24 November 2022, ia merupakan filem pertama arahan Farid dalam tempoh 10 tahun sejak Pe3 (2012).

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sudah 13 tahun berlalu sejak kejadian yang menimpa Madi (Farid Kamil) dan Spark (Niezam Zaidi). Madi kini bekerja sebagai tenaga pengajar di pusat latihan scrambler yang dimiliki oleh Roy (Ahirine Ahirudin) dan mengendalikan bengkel dengan Macha (Cat Farish). Macha kini bahagia dengan isterinya, Ieka dan anaknya, tetapi ianya tidak lama apabila kemunculan seorang kanak kanak lelaki bernama Muhammad yang mendakwa beliau anak kepada Madi hasil hubungan lampau

Sementara itu Spark masih menaruh dendam terhadap Madi walaupun baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan lalu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Farid Kamil sebagai Madi, bekas pelumba haram dan pengajaran scrambler bengkel Macha
  • Muhammad Kamil sebagai Mad, anak kandung kepada Madi
  • Cat Farish sebagai Macha, kawan baik kepada Madi, Roy dan suami kepada Ieka
  • Ahirine Ahirudin sebagai Roy, kawan kepada Madi dan pemilik akademi scrambler
  • Niezam Zaidi sebagai Spark, musuh lama Madi (menggantikan Zul Huzaimy)
  • Izzue Islam sebagai Dek Wan, orang kanan Spark
  • Farez Ridzwan sebagai Ajak, orang kanan kedua Spark
  • Shiha Zikir sebagai Youtuber 1
  • Chiwan Chilok sebagai Youtuber 2
  • Izzy Reef sebagai Adruce
  • Shahkimin sebagai Shah
  • Rudy GTB sebagai Rudy
  • Gabit Saleh sebagai Gabit
  • Anas Ridzuan sebagai Addy
  • Faizal Hussein sebagai Pit
  • Julia Hana sebagai Ieka, Isteri kepada Macha dan bekas teman wanita Madi
  • Mamak Puteh sebagai Ali

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan filem Remp-It telah diumumkan pada 2019. Farid Kamil dan Zul Huzaimy pada mulanya mahu mengarahkan bersama filem ini,[1] bagaimanapun Zul Huzaimy mengumumkan di akaun Instagram beliau, telah menarik diri daripada menjayakan Remp-It 2 kerana perbezaan kreatif. Zul mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjayakan Remp-It 2 selepas Farid dikatakan mahu menerbitkan filem sendiri dan melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.[2]

Zul Huzaimy sebelum ini dilaporkan telah berjumpa dengan Ahmad Idham untuk mengarahkan Remp-It 2.[3]

Penggambaran dijalankan di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor. Antara pelakon yang terlibat ialah Ahirine Ahirudin, Cat Farish, Niezam Zaidi, Izzue Islam dan ramai lagi.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Remp-It 2 pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Mac 2020, namun ditunda akibat pandemik COVID-19.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Ogos 2019). 'Saya bukan kacang lupakan kulit' - Farid Kamil Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ Zul Huzaimy Tidak Terlibat Dalam Filem Remp-It-2 Kool FM. 23 Ogos 201. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  3. ^ Budiey (23 Mei 2019). Hasilkan Filem REMP-IT 2, Zul Huzaimy Minta Restu Ahmad Idham Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Jun 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]