Darjah kebesaran Wilayah Persekutuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia kepada mereka yang telah menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan Wilayah Persekutuan. Ia mula diperkenalkan buat pertama kalinya pada Hari Wilayah Persekutuan tahun 2008.

Senarai[sunting | sunting sumber]

  • Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama
  • Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) - Datuk Seri
  • Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) - Datuk
  • Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.)
  • Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.)
  • Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.)
  • Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.)